Pages

Saturday, July 25, 2009

Selsema Babi Melanda Politeknik Dungun

Selsema babi telah melanda Politeknik Dungun apabila empat orang pelajar disyaki menghidapnya. Politeknik Dungun akan ditutup selama seminggu mulai esok.

Bagi pendaftaran balik Latihan Industri (LI), ia akan ditunda ke tarikh 2/8/2009 jam 8.30 pagi di Dewan Besar.

Sekian, untuk makluman.

Bagi maklumat lanjut, boleh hubungi para pensyarah di Politeknik Dungun.

Wednesday, July 15, 2009

Bukit Besar

Aktiviti aku pada Jumaat pertama menjadi suami adalah mendaki Bukit Besar. Dengan berat 100kg, aku khuatir ia akan bertambah beberapa tahun selepas berkahwin. Jadi, aku mengambil inisiatif awal untuk menguruskan badan.

Juga, aku tercabar dengan Pn. Nurul yang mengatakan aku pasti tidak akan dapat menawan Bukit Besar. Aku sahut cabaran beliau dengan jiwa yang berkobar-kobar dan bersemangat gagah.

Akhirnya, dengan mudah aku dapat menawan Bukit Besar itu hanya dalam tempoh 35minit. Cis, tak la tinggi mana Bukit Besar itu. Huhuhuhuhu

Owh, lupa hendak memberitahu kau semua, Bukit Besar terletak di Kuala Terengganu. Amat hampir dengan Mydin Mall dan Giant. Kiranya kau boleh terus membeli air tin teh bunga di Mydin selepas kau turun dari Bukit Besar. Kalau kau dari arah Kelantan melalui Jambatan Sultan Mahmud kau boleh nampak dari kejauhan Bukit Besar itu yaang terpampang tulisan "Allah Selamatkan Terengganu".


Tetapi, mengah juga sebenarnya aku tatkala mendaki bukit itu. Jadi, untuk melepaskan lelah, sempat aku mengambil beberapa gambar untuk tatapan kau semua.







Tuesday, July 14, 2009

Cara Untuk Melajukan Celcom Broadband Anda

Barangkali, ramai sedia maklum bahawa kelajuan Celcom Broadband di luar Lembah Kelang adalah begitu tidak memuaskan. Kalau Celcom Broadband itu adalah haiwan bernyawa, sudah pasti ia akan tewas apabila berlumba dengan kura-kura.

Bagi memastikan Celcom Broadband menang perlumbaan lari dengan kura-kura, dicadangkan kau melakukan perkara berikut dengan Celcom Broadband kau.

Semakin tinggi lokasi stick Celcom Broadband kau, semakin tinggi kelajuaannya.

Buat masa sekarang aku sedang memikirkan cara untuk menyambungkan stick Celcom Broadband dengan piring Astro. Doakan aku berjaya ya.

Monday, July 13, 2009

Pulau Redang

Jari masih sangat merah, hati masih sangat riang, tetapi tubuh terasa sedikit letih, dan otak terasa begitu kusut. Begitulah keadaan aku beberapa hari selepas berkahwin.

Nasib baik Pn. Nurul telah menempah pakaj percutian 3 hari 2 malam di Pulau Redang. Dapatlah juga aku melegakan fikiran dan badan.

Kami naik bot dari jeti Shahbandar di Kuala Terengganu. Perjalanan air selama lebih kurang sejam setengah tidaklah begitu memenatkan. Suasana dalam bot itu semacam menaiki kapal terbang Air Asia rasanya.

Kami mendarat di Pasir Panjang dan menginap di Lagoon Resort. Difahamkan, hanya resort itu yang mempunyai tukang masak beragama Islam.

Suasana di Pulau Redang itu sangat menakjubkan. Pasirnya sangat putih dan halus. Airnya sangat tenang dan biru. Bila bermain di gigi pantai, boleh nampak dengan jelas ikan-ikan yang comel. Kembali ke asas >>> itu Allah punya kuasa.

Tapi, ketenangan di Pulau Redang itu sedikit terganggu kerana ramai sekali gadis dan nenek mat saleh yang berbikini. Dan, bikini mereka itu tersangat seksi; hanya menutupi puting dan alur di bawah itu sahaja. Sesekali tertengok, takpe, itu rezeki namanya. Huhuhuhuhu

Teringat sewaktu bersekolah agama di Johor dulu. Ustaz sedang mengulas tentang kewajipan menundukkan pandangan. Beliau berkata
Tengok sekali .... rezeki
Tengok 2 kali .... haram
Kemudian ada yang bertanya, "kalau tengok 3 kali ustaz?"
"Haa!!! Dalam badan awak memang ada SETAN!!!"

Kembali ke cerita asal.

Tidak banyak aktiviti kami di Pulau Redang. Cuma kami lebih banyak meluangkan masa berbual-bual tentang kehidupan sambil berjalan atau duduk saja di tepi pantai. Sesekali kami memikirkan juga visi dan misi kehidupan kami.

Kami juga melakukan snorkling, melihat hidupan laut yang begitu jinak. Mengelupur juga aku ketika cuba mengapaungkan diri.

Aku terasa macam post ni tak best je. Jadi, untuk menambahkan ke'best'an post ini, aku selitkan beberapa keping gambar di Pulau Redang...












Sunday, July 12, 2009

Lega...




Aku selamat diijabkabulkan pada 4 Julai yang lepas dengan sekali lafaz di Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu. Lega rasanya. Tetapi terasa berat juga kerana perlu menanggung anak dara orang...

Terima kasih kepada semua jemputan yang hadir. Yang tidak dapat hadir, sudilah kiranya ke majlis di Bandar Tenggara, Johor pada 19 Julai ini.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin