Pages

Saturday, October 31, 2009

Apabila Kerepek Tidak Mempunyai Rasa Enak Lagi

Diam-diam tak diam, sudah dua tahun lebih aku meniaga kerepek. Tapi, janganlah kau ingat aku kaya raya dengan menjual kerepek. Yalah, dengan untung seringgit dua, memang lambat untuk kaya dengan menjual kerepek.

Diam-diam tak diam juga, aku tidak lagi berkeinginan untuk memakan kerepek. Kini, aku hanya makan kerepek untuk menguji kualiti kerepek sahaja, tidak lebih dari itu. Dan itu sebenarnya pengorbanan yang terpaksa aku lakukan sebagai seorang tauke kerepek terlampau.

Oleh kerana aku tidak lagi memakan kerepek, pada hari raya yang lepas, aku hanya memakan biskut raya yang moden. Baru aku tahu, banyak rupa paras biskut raya ini.






Keputusan Nombor Ekor 4D dan 6D

Lama sudah aku perasan perkara ini. Semenjak dari aku mula pandai membaca akhbar dan tahu apa itu nombor ekor. Jika dulu, keputasan nombor ekor ini akan terpampang kecil sahaja di ruangan belakang akhbar. Tetapi, kini iklan keputusan nombor ekor melalui sms menjangkau 2 setengah mukasurat.

Aku tak kisah jika iklan itu dipaparkan di surat khabar cina, india atau inggeris. Tetapi, iklan itu ada di dalam akhbar Bahasa Melayu paling popular!!! Biasanya di Malaysia orang Melayu adalah beragama Islam. Juga, Islam mengharamkan perjudian. Erm...


Tuesday, October 20, 2009

Makanan Hari Raya

Tahun ini, kali pertama aku berhari raya di Terengganu. Pertama kali juga aku jumpa pelbagai makanan yanga aku anggap pelik pada hari raya. Antaranya

Mee Kari


Nasi Dagang


Ketupat Daun Palas Goreng & Serunding Daging (Sambal Daging)


Tapai Pulut



Nasi Kapit (Nasi Himpit) & Rendang Daging

Sungguh enak makanan di atas itu. Hinggakan aku merasakan perut aku ketat selepas hari raya. Owh!!!

Monday, October 19, 2009

Tenggelamkan Kapal Itu: Siri 2

Semester lepas, aku ada menganjurkan satu tugasan untuk meneggelamkan kapal. Oleh kerana ia mendapat sambutan yang menggalakkan, aku menganjurkan lagi untuk semester ini untuk subjek Mekanik Bendalir.

Jangan kau sangka aku saja-saja suruh budak-budak aku buat kapal dan kemudian tenggelamkan ia. Aku mahu mereka mengaplikasikan teori Pakcik Archimides mengenai konsep keapungan. Dan juga, aku kasihan melihat budak-budak aku yang sering saja ternganga mulutnya atau terkebil-kebil matanya atau menggaru-garu kepala tatkala aku mengajar. Dan buat pertama kalinya aku melihat mereka bersuka ria tatkala melakukan tugasan.

Objektif tugasan masih sama. Kapal perlu tenggalam tatkala beban 250 N di letakkan ke atas kapal.

Jujur, kapal buatan mereka lebih baik berbanding kapal-kapal yang lepas.










Monday, October 05, 2009

Buah Keranji



Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan saya makan,
Suruh mengaji saya tak tahu.

Pantun yang cukup popular. Tapi aku tidak tahu bagaimana rupa paras buah keranji itu. Hinggalah tatkala pulang ke Dungun dari Bandar Tenggara tempoh hari; melalui Jalan Kuantan - Segamat; di sekitar Muadzam Shah; orang asli menjualnya.

Mulanya aku tidak mahu berhenti. Tetapi setelah di desak oleh Pn. Nurul, terpaksalah juga berhenti dan membeli buah keranji itu dengan harga RM4 sebungkus. Aku beli dua bungkus.

Buahnya berkulit agak keras, dan seolah-olah disaluti lapisan baldu. Isinya seolah-olah asam jawa. Begitu juga dengan bijinya. Tetapi, ternyata buah keranji itu tidak kena dengan selera aku. Masam + manis + kelat rasanya.

Bagi pengetahuan kau, orang Terengganu memanggilnya sebagai buah kadeh.

Thursday, October 01, 2009

Kuku Berinai Terakhir


Diam tak diam sudah hampir 3 bulan aku berkahwin. Banyak yang sudah hilang. Banyak juga yang berubah. Termasuk juga kuku aku yang berinai itu. Saja untuk meletakkan gambar kuku terakhir aku, sebagai kenangan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin