Pages

Monday, November 30, 2009

Kau Dan Tak Sama

Tajuk nak bagus. Dah macam tajuk cerekara TV3 atau tajuk lagu graduan Akademi Fantasia.

Sejak berkahwin ini, sementelaah Pn. Nurul belum bekerja dan belum mempunyai anak, beliau amat gemar membaca buku. Lebih tepat, novel cinta. Boleh dikatakan beliau membaca novel sebanyak sebuah sehari.

Aku juga agak gemar membaca. Namun, citarasa aku tidak sama dengan beliau. Aku terasa bosan bila membaca koleksi novel-novel beliau. Novel-novel popular. Aku boleh mengagak jalan ceritanya dengan hanya membaca lima mukasurat pertama dan lima mukasurat terakhir. Huhuhuhuhuhuhu.

Sebenarnya, aku juga ada koleksi novel yang tersendiri, yang agak sukar didapati. Antaranya:-
1) Salina - A.Samad Said
2) 1515 - Faisal Tehrani
3) Enrique Mengundang Jauh - H.M Tuah Iskandar
4) Adam - Ramlee Awang Murshid
5) Ranjau Sepanjang Jalan - Shahnon Ahmad

Ahhh!! Lupakan sebentar novel-novel itu, kau pasti tidak gemar membacanya.

Cuma aku ingin memberitahu kau, jika kau nak beli novel second hand, kau boleh pergi ke sini.

 http://www.mudah.my/li?ca=5_s&th=1&q=novel&cg=0&w=1

Sunday, November 22, 2009

Kenderaan Amfibia Untuk Dijual



 Gambar di atas merupakan gambar muncung hadapan kenderaan amfibia yang hendak dijual. Bagi melihat gambar penuh kenderaan amfibia ini, boleh klik di sini.

Di darat, kenderaan amfibia ini mampu meluncur selaju 160km/j. Ini buktinya. Kalau di air, lagilah laju!!!

Memandangkan sekarang musim banjir, kenderaan ini amat sesuai di gunakan. Kenderaan ini telah banyak kali terapung meredah banjir di mersing, kluang, dungun, paka dan kerteh.

Kalau berminat, boleh hubungi aku. Harganya tidak kurang dari RM100,000.

Ada berani?

Friday, November 20, 2009

Ujian 2 J3009 DAD5-S1 Julai 2009

Kepada pelajar Kaji Daya Bahan 1 (J3009) di Politeknik Dungun yang masuk kelas Diploma Automotif Diesel  Semester 5 Seksyen 1 (DAD5-S1), berikut adalah link untuk soalan Ujian 2.


Diingatkan juga, Ujian 1 akan berlangsung di Bilik Lukisan pada jam 5.00 petang 22 November 2009.

Monday, November 09, 2009

Mati Katak Dalam Erti Yang Sebenar








Kasihan katak ini. Ia ditemui mati dengan isi perut terkeluar di hadapan Dewan Besar Politeknik Dungun. Barangkali dilenyek oleh kereta. Barangkali juga dipijak oleh seseorang...

Saturday, November 07, 2009

Negeri Sembilan Juara, Kelantan Pun Juara Juga

Berita terkini.

Negeri Sembilan juara Piala Malaysia 2009 menewaskan Kelantan 3-1. Tahniah Wan Jamak Wan Hassan, Idris Karim, Hairudin Omar, kembar Zaquan, dan para pemain Negeri Sembilan. Kau semua memang hebat.

Sudah lama kiranya aku tidak mengikuti perkembangan bolasepak Malaysia. Kali terakhir aku kira pada zaman Johor memang hebat dalam bolasepak pada era 90-an, zaman Salehan Md Som dan Boban.

Piala Malaysia tahun ini kelihatan begitu meriah. Barangkali kerana kemeriahan penyokong Kelantan. Mereka begitu bersemangat menyokong pasukan kijang mereka. Malah, 70% penonton perlawanan akhir ini adalah dari Kelantan.

Tapi, yang tak menariknya, ada sahaja balingan ke dalam padang oleh penyokong Kelantan. Hinggakan menggangu pemain tengah kanan Negeri Sembilan nak buat sepakan sudut. Juga, balingan itu telah mencederakan seorang jurukamera media.

Aku pasti hanya segelintir sahaja penyokong Kelantan yang "gedebe". Tapi, ternyata sikap yang segelintir itu menyebabkan ramai orang memandang serong kepada penyokong bolasepak Kelantan. Seperti seekor kerbau membawa lumpur, kerbau yang lain juga sama berlumpur.

Aku bukan anti-Kelantan. Ramai kawan-kawan aku orang Kelantan. Tapi aku anti mereka-mereka yang "gedebe' itu...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin