Pages

Tuesday, March 30, 2010

Bukan Alex Ferguson

Mereka bukan Alex Fergusan yang sudah lebih 20 tahun membimbing Manchester United

Mereka juga bukan Wan Jamak Wan Hassan yang menerajui Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia 2009.

Mereka juga bukan Ismail Ibrahim yang berjaya mengajar budak-budak Soccer Kids bermain bola sehingga dapat menumpaskan pasukan Singapura sebanyak 11-0.

Mereka hanyalah pensyarah politeknik yang komited terhadap bolasepak

Sunday, March 28, 2010

Hari Ahad

Aku kerja di Terengganu. Jadi, hari Ahad merupakan hari kerja bagi permulaan minggu. Sama seperti hari Isnin di Kuala Lumpur atau di Johor.

Biasanya hari Ahad aku akan mempunyai semangat untuk membuat kerja dengan gigih, barangkali sebanyak 125%. Tapi, sama seperti hari Ahad yang lainya, semangat itu boleh merudum sehingga tinggal 25% tatkala aku melihat meja kerja aku.


Kalau pen aku jatuh atas meja kerja aku itu, necsaya aku akan mengambil masa sehingga 10 minit untuk menjumpai pen aku kembali. Jadi untuk meningkatkan semangat yang hilang, aku akan bermain ULAT barang dua tiga pusingan. Huhuhuhuhu

Friday, March 26, 2010

Earth Hour 2010



Esok, 27 Mac 2010 jam 8.30-9.30 malam merupakan Jam Bumi. Aku tak pasti secara jelas apakah kempen ini. Tapi kelihatannya seperti kempen kesedaran alam sekitar. Yang pastinya, pada waktu itu kau digalakkan untuk memadam lampu rumah kau. Bukannya lama, satu jam sahaja...

p/s: Maklumat lanjut tentang Jam Bumi di Malaysia ini, kau boleh tengok http://ehm.my/

Wednesday, March 24, 2010

Mesin Itu Untuk Menaip

Lama aku tidak menggunakan mesin taip. Paling akhir seingat aku, semasa membuat laporan projek rekabentuk bagi subjek Pengajian Kejuruteraan Jentera sewaktu tingkatan lima di Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi 12 tahun yang lampau. Kalau diikutkan hati mahu saja aku menulis laporan itu menggunakan tangan, tapi masih segar kata dua Cikgu Maidin, "Siapa tulis tangan, markah pun standard tulis tangan jugalah".

Pada masa itu, ada juga rakan-rakan yang menulis menggunakan komputer, dan mereka dipandang sebagai manusia yang sangat hebat dan sangat kehadapan pengetahuan ilmunya.

Itu 12 tahun yang lalu. Kini, komputer menjadi satu pekara yang biasa. Ia tidak lagi dianggap sebagai kehandak, tetapi ia merupakan suatu keperluan. Ia memudahkan dan mempercepatkan proses kerja. Ia amat membantu di zaman dunia tanpa sempadan kini.

Namun, masih lagi ada manusia yang setia pada mesin taip. Tuan rumah aku misalnya, masih menggunakan mesin taip untuk memberi resit pembayaran sewa rumah.


Bila ditanya kenapa pakcik tak pakai komputer. Jawab beliau, beliau lebih selesa menggunakan mesin taip. Juga, beliau kurang mahir menggunakan komputer. Jawapan yang klise, secara tersurat. Tetapi, secara tersirat menaip memerlukan ketelitian. Kesilapan menaip bermaksud kau perlu membuang seminit masa kau untuk membetulkan kembali ejaannya.Ataupun kau perlu membuang kertas kau.

Ternyata pakcik itu memang teliti orangnya...

Monday, March 22, 2010

Urat Melekat Di Tulang Belakang


 *gambar dari http://biologijaka.blogspot.comhttp://biologijaka.blogspot.com

Kisah ini dialami oleh mak saudara sebelah bini aku. Beliau menceritakan kepada bini aku dan bini aku menceritakan kepada aku. Manakala aku pula menceritakan kepada kau semua. Harapnya ia menjadi iktibar kepada semua.

Pada suatu hari yang nyaman dan mendamaikan, mak saudara sebelah bini aku mengalami sakit pinggang. Lalu, beliau pergi berjumpa tukang urut yang tersohor di sebuah pekan satelit di Kuala Terengganu. Harapan beliau, apabila sudah diurut tukung urut tersohor itu, maka sakit pinggang beliau pun akan hilang bak angin lalu.

Namun, harapan tinggal harapan. Bukan angin yang lalu, tetapi ribut taufan yang melanda pinggang beliau. Kesakitan pinggang beliau semakin teruk, tak tertanggung oleh beliau. Lalu, beliau pergi ke sebuah klinik yang tersohor juga di bandar Kuala Terengganu.

Apabila doktor membuat pemeriksaan, beliau mendapati urat mak saudara sebelah bini aku telah melekat di tulang belakang beliau. Kata doktor lagi, mujurlah mak saudara sebelah bini aku cepat berjumpa beliau, jika tidak, beliau boleh lumpuh!

Kelihatannya seperti kelakar tajuk post ini. Tapi kau perlu mengambil serius akan perkara ini. Ingat! Jangan urut sebarangan!

Saturday, March 20, 2010

Penunggu Gunung Raya

*Gambar diambil dari http://mrdzy.blogspot.com/

Pat pat
Siku lipat
Siapa cepat
Dia dapat

Bait lagu di atas aku rasa biasa sahaja sebelum ini. Tetapi sejak menonton rancangan Penunggu Gunung Raya setiap Khamis jam 9.30 malam, rasa semacam juga bila mendengar lagu tersebut.

Jujur, aku jarang sekali mengikuti rancangan tv, baik tempatan atau pun luar. Tetapi, drama seram tersebut berjaya membuatkan aku ternanti-nanti episod seterusnya! Jujur juga, selain drama Penunggu Gunung Raya, aku turut pernah melayan cerita Nur Kasih. Hohohohohoho.

Buat pengetahuan kau semua, kedua-dua rancangan kegemaran aku diterbitkan oleh FilmScape. Ternyata drama mereka begitu berkualiti.

Pada aku, Penunggu Gunung Raya tidaklah begitu seram, hantunya semacam menggelikan hati, terutama watak hantu bernama Dayak. Tapi, cerita tersebut sangat menarik jalan ceritanya hinggakan aku tidak mampu untuk mengagak apa yang akan terjada pada episod seterusnyanya. Juga, gambar yang diambil turut menarik pada hemat aku. Agak revolusionari berbanding drama Melayu yang lainnya. Sinematografi yang sangat mencengkam.

Kalau kau nak kelainan pada drama Melayu, kau harus tonton Penunggu Gunung Raya...

Sunday, March 07, 2010

Ramai Awek Baca Blog Aku

Kalau kau perasan, di sebelah kanan blog aku ada satu "poll". Tetapi, sejak aku memasang "widget" untuk poll tersebut kira-kira setahun yang lalu, aku tidak pernah memeriksa hasil dapatan "poll" tersebut. Hasil dapat dari "poll" tersebut amat mengujakan aku.

1)  Ramai "babe" (bukan babi, sebut: beb, dalam erti kata lain awek) membaca blog ini. WOW!

2)  Ramai dikalangan awek yang membaca blog aku berusia 19-23 tahun dan 24-30 tahun. FUH!

3) Ramai dari awek muda dan bergetah yang membaca blog aku adalah dari kalangan pelajar. HUYEEH!
 

Amacam? Suka tak?

Saturday, March 06, 2010

4 Tahun di Terengganu

Hari ini, sudah 4 tahun aku di Terengganu. Tidaklah begitu hebat, kerana aku masih di Malaysia. Bukannya aku berkelana ke Arab Saudi, Jepun ataupun Jerman.

Tak banyak perubahan sepanjang empat tahun ini, cuma yang ketara aku sudah berbini dan gaji sedikit besar dari empat tahun lalu.

Paling tiada perubahan, loghat pertuturan aku, masih seperti 20 tahun yang lalu.

Oh ya, aku pernah menulis tentang tahun ke 2 dan ke 3 aku di Terengganu.

Tuesday, March 02, 2010

Panas Dalam, Babe Ruth dan Untung Air

Cuaca panas sejak akhir-akhir ini. Kalau kau melalui jalan Dungun-Marang, kau akan lihat banyak kesan rumput terbakar. Begitu juga jika kau melalui jalan Pekan-Rompin.

Aku mengalami sindrom kekurangan air akibat cuaca yang panas ini. Tekak rasa perit, badan terasa panas dalam. Aku memerlukan air lebih sekali ganda dari kebiasaan aku minum.

Kira-kira 2 tahun yang lampau, ada juga aku menulis tentang kepanasan cuaca. Kau boleh tengok di sini. Bila baca post blog aku yang lama, terasa nak tergelak sendirian. Masa tu aku masih lagi tercari-cari "style" penulisan aku. Maka, banyaklah juga aku bereksperimentasi terhadap "style" penulisan. Maka banyaklah juga yang tak menjadi. Tapi, "practice make perfect". Memperkatakan hal tersebut, teringat aku kepada kisah Babe Ruth, seorang pemain besbol yang tersohor pada zamannya. Beliau adalah pemain yang paling banyak gagal memukul bola. Tetapi pada masa yang sama, beliau adalah pemain yang melakukan "home-run" terbanyak. Bila beliau ditanya mengapa boleh jadi sebegitu, beliau menjawab,"lebih banyak percubaan, lebih banyak kebarangkalian untuk home-run"


Aku pasti kau terpinga-pinga tentang perenggan di atas. Juga kau pasti hairan macam mana pakcik tua ni boleh main besbol. Tapi itu tidaklah menghairankan aku kerana besbol amat jarang dimainkan di Malaysia.
Ahhh! Lupakan sahaja pakcik di atas itu. Tapi kisah pakcik di atas itu ada juga mempengaruhi aku.

Kembali ke kisah cuaca panas. Cuaca panas memberi rezeki juga kepada aku. Air di pantry Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Dungun begitu laris jualannya. Hinggakan aku tak sempat untuk "rolling" membeli stok baru. Terima kasih kawan-kawan. Huhuhuhuhu

Juga sedikit trivia, cuaca paling panas di Malaysia ialah 40.1 darjah Celcius, di rekodkan di Chuping, Perlis pada  9 April 1998. Maklumat lanjut kau boleh tengok di sini.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin