Pages

Wednesday, June 23, 2010

Copy & Menang

Copy & Menang : Sungguh mudah, anda perlu copy & paste sahaja untuk memenangi TIGA buah MP3 Player
Untuk maklumat lanjut, layari www.rkurl.com/117hw
Penaja utama : Raja Kamil, www.akuseorangblogger.com

Rayuan Yang Menyedihkan

Kesalahan 1: Salah eja nama aku (bulatan hitam)
Kesalahan 2: Salah eja perkataan "buat" (bulatan merah)
Kesalahan 3: Buat rayuan pada kertas peperiksaan akhir.

Tindakan: Buat bodoh sahaja! Hahahahaha

Monday, June 21, 2010

Kau Orang Dungun? Tak Payah Pakai La Kad Kredit EON Bank

Oleh kerana seorang amoi, aku ter"apply" kad kredit EON Bank. Ingatkan best, rupa-rupaya macam haram. Hahahahaha

Masalah timbul bila mana aku sukar untuk melakukan pembayaran. Cawangan terdekat adalah di Kuala Terengganu yang berjarak kurang lebih 100km dari Dungun. Terfikir juga untuk membayar menggunakan cek yang dipos, tetapi aku tidak yakin bahawa cek yang aku pos akan sampai sebelum tempoh akhir pembayaran.



Hendak atau tidak, terpaksa aku ke cawangan EON Bank di Kuala Terengganu. Aku tertekan tatkala ingin menggunakan mesin cheque deposit, haram jadah rupanya, rosak. Aku cuba menggunakan cash deposit, juga haram jadah, rosak juga.



Lalu, aku ke EON Islamic Bank, di Kuala Terengganu juga. Cek aku berjaya didepositkan. Mengujakan, mesin cheque deposit mereka agak canggih. Cek yang aku masukkan diimbas dan diberi salinan kepada aku. Hebat juga.

Saturday, June 19, 2010

Streamyx .... Erm...

Lama sudah aku melanggan perkhidmatan Streamyx dari Telekom Malaysia. Lebih setahun rasanya. Dengan kelajuan 384 kbps untuk bayaran sebanyak RM60, ia agak berbaloi pada aku. Lebih berbaloi dari Celcom broadband yang pernah aku pakai dahulu.

Sejak aku melanggan Streamyx, ini kali kedua aku mendapat ganguguan internet. Pada kali pertama, ia diselesaikan dengan "agak pantas", sekitar 2 hari. Aku tak berapa faham apa masalahnya. Barangkali ganguan di server Telekom.

Pada kali kedua, agak tertekan aku menunggu tindak balas dari TM. Masalahnya kecil sahaja aku kira, mereka telah ter"reset" password aku. Tapi, kerana koordinasi yang macam haram jadah antara bahagian khidmat pelanggan, bahagian teknikal dan ibusawat Dungun, masalah kecil itu kelihatannya amat sukar diselesaikan.

Aku kira sudah 4 atau 5 kali aku menelifon talian khidmat pelanggan - 100. Sebanyak itu jugalah aku menerima arahan yang sama dari bahagian khidmat pelanggan. Aku yang buta komputer ini mengikuti sahaja arahan yang telah diskripkan itu. Bila sambungan internet masih juga gagal mereka kata, mereka akan hantar juruteknik untuk mmbetulkan apa-apa yang tak betul. Janji mereka dalam tempoh 24 jam bekerja. Malangnya, setelah 3 kali janji 24 jam bekerja, masih tiada lagi juruteknik yang datang.

Aku mengambil inisiatif ke ibusawat Dungun  dengan membawa modem cap Riger. Mulanya, juruteknik di sana tidak dapat mengesan apakah masalahnya. Lalu, setelah beberapa panggilan dibuat, barulah mereka mengetahui bahawa password streamyx aku telah direset. Kemudiannya, mereka melakukan setting semula pada modem aku, lalu internet aku pun sudah boleh berfungsi seperti biasa.



Tapi, kekecewaan masih terasa kerana aku perlu membayar caj internet yang tidak berfungsi selama seminggu. Cis!

Tapi, ada hikmahnya juga. Buat pertama kali dapat aku melihat dan memahami bagaimana talian telefon dan internet berfungsi - secara kasar. Juga, aku dapat tahu bagaimana talian talifon dan internet di sambung dan di hubungkan.

Thursday, June 17, 2010

Budak Dan Mainan Tidak Dapat Dipisahkan

Kalau kau ada anak, pasti kau akan mengiakan tajuk di atas.

Sebenarnya, sudah lama aku perhatikan situasi seperti ini; walaupun aku belum mempunyai anak lagi.

Memerhatikan gelagat manusia adalah tabiat aku, dan memerhatikan budak membelek-belek mainan di pasaraya adalah sesuatu yang mengujakan aku!


Pada gambar di atas, kelihatan seorang budak lelaki, barangkali berusia 7-10 tahun sedang membelek-belek mainan - seorang diri. Tidak kelihatan ibu atau bapa atau penjaga beliau di sekitar. Situasi di rakamkan di Pasaraya Ten Ten Dungun. Barangkali ibu bapa beliau sedang tercari-cari beliau - kasihan...

Tuesday, June 15, 2010

Tempe Untuk Cantik

Kepada awek-awek, gadis-gadis, ibu-ibu, atau puan-puan yang ingin cantik tanpa perlu berlapar perut barangkali boleh memakan tempe sebagai makanan ruji.

Owh, lama rasanya tidak bercerita mengenai tempe. Paling hampir, semasa bujang dahulu tatkala aku berompak-ompakan pada hujung minggu di Kuala Lumpur.

Juga, aku pernah bercerita mengenai tempe di blog lama aku, menggunakan platform wordpress yang percuma, lewat tahun 2006.

Kalau kau nak tahu, tempe mempunyai khasiat yang tersendiri. Lupakan saja budu, nasi dagang, keropok lekor mahupun satar. Tempe memang mempunyai pesona tersendiri!

Thursday, June 03, 2010

Kalori KFC

Aku sebenarnya tidak pasti sama ada hendak memboikot KFC atau tidak. Polemik ini muncul tatkala aku masih menuntut di peringkat pengajian tinggi. Mulanya aku seorang yang anti KFC. Tetapi, pensyarah aku dahulu memberitahu bahawa KFC Malaysia adalah anak syarikat JCorp yang mengamalkan konsep wakaf korporat. Berbahagi juga fikiran dan hati aku.

Tapi, aku fikir, sekali sekala  boleh juga menikmati ayam gebu KFC. Barang sebulan atau dua bulan sekali.

Tetapi, aku harus fikir dua kali untuk memakan ayam KFC, kerana dikatakan ia mengandungi kalori yang tinggi. Hal ini sudah tentu mengganggu proses diet aku. Huhuhuhuhu.

Tapi, sebenarnya, kau harus tahu meneliti setiap jenis hidangan di KFC. Di mana-mana premis KFC, ada terpampang jumlah kalori setiap makanan dan minuman mereka.


Sebagai contoh, kalori drumstik original recipe adalah lebih rendah dari kalori peha original recipe. Kalori drumstik adalah 160kcal manakala peha adalah 287kcal.


Manakala, kalori bagi  hot and spicy adalah lebih tinggi berbanding original resepi. Sebagai perbandingan bahagian peha. Bagi hot and spicy, kalorinya adalah 313kcal berbanding 287 bagi original recipe.


Bagi minuman pula, adalah lebih baik kau memilih pepsi max, kerana ia tiada kalori.

Owh ya, jika kau ingin kurus dengan kaedah psikologi, ada baiknya kau klik gambar di bawah ini.

Tuesday, June 01, 2010

Aku Marah!

Aku telah melanggan satu polisi insurans dari Capital Oriental, Budaya Protection Plan II nama produknya. Kiranya, sudah 2 tahun aku melanggan polisi ini. pada tahun pertama, aku membayar polisi ini dengan mata ganjaran Real Rewards aku. Tetapi, pada tahun kedua, aku membayar RM200 setahun. Dengan perlindingun sebanyak RM100,000 (kalau aku meniggal dunia), aku kira ia jaminan yang agak baik kepada Pn. Nurul dan orang tua aku jika apa-apa terjadi kepada aku.

Tapi, semakin lama, aku semakin kurang senang dengan Capital Oriental ini. Mereka sering memaksa aku membeli polisi insurans yang sama untuk Pn. Nurul. Pada hemat aku, tidak perlulah Pn. Nurul mengambil insurans jenis Personal Accident (PA) memandangkan aku yang menyara beliau, bukan beliau yang menyara aku.

Paling aku marah dengan Capital Oriental, sudah kiranya 5 orang ejen mereka menelifon aku supaya membeli insurans untuk Pn. Nurul. Ayat 5 orang ejen tersebut sama, semacam ada skrip yang standard di Capital Oriental. Ayat tersebut berbunyi lebih kurang begini

"Kami akan menghantar satu polisi insurans untuk Pn. Nurul. Jadi, di mana saya perlu hantar polisi tersebut?"



Ayat di atas sangat memerangkap. Mulanya aku sangkakan ianya percuma sahaja. Tetapi, secara halus mereka akan meminta nombor kad kredit aku untuk mengecas RM200 untuk  polisi Pn. Nurul. Memang macam gampang.

Diingat kembali, modus operandi mereka sama seperi ejen insurans AIA yang pernah menelefon aku dahulu.

Sepertinya, matlamat menghalalkan cara.

Tapi, ramai sebenarnya ejen insurans/takaful yang sangat beretika di luar sana. Antaranya En. Lukman Hakim. Bukan sahaja produknya bagus, mamat ni pun bagus juga. Hahahahaha

p/s: Kim, belanja aku makan seminggu. Hohohohohohoho

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin