Pages

Friday, September 23, 2011

Mercedes Benz E260 untuk dijual

 Mercedes Benz E260
- Kondisi terbaik
- Enjin dan kotak gear takde masalah.
- Memang kereta dijaga baik
- Jimat minyak terutama bila jalan jauh
- Sunroof
- Boleh datang tengok sendiri.
- Lokasi kereta di Dungun
- Harga RM25,990. Boleh runding lagi ni. :-)
- Nak jual sebab nak beli kereta baru. :p
- Jika berminat, jangan segan untuk call Abdullah (019 -910 4345). Kalau segan nak call, SMS pun boleh.











Tuesday, September 13, 2011

Alah Dato' Najib, 6% pun nak berkira ke?

Assalamualaikum Dato' Najib

Sekarang zaman cukai. Terasa macam duduk pada zaman feudal. Cukai kelapa, cukai padi, cukai sampan. Bezanya sekarang makan kedai mamak kena cukai. Tengok tv kena cukai. Lalu lebuhraya kena cukai. Telefon kena cukai. Kereta kena cukai. Pendapatan kena cukai. Perkhidmatan kena cukai. Pos barang kena cukai. Surcaj kena cukai.

Tiba-tiba sahaja beli prepaid kena cukai. 6 peratus. Kalau Dato' Najib nak tahu sekarang ni, nak beli topup RM10 pun dah kena bayar RM10.50. Jadi kalau tambah cukai 6 peratus, topup RM10 sudah jadi RM11.13. Kalau Dato' Najib nak tahu, RM1.13 tu besar bezanya. Tambah beberapa sen lagi saya boleh beli sekilo gula. Jimat kos gula saya sebulan.

Owh, lupa. Dato' Najib tak pakai prepaid. Apa kelas kan Perdana Menteri pakai prepaid. Apa kelas Perdana Menteri minum air oren. Perdana Menteri mesti minum rebina. Kelas kau Dato' Najib. :-)

Tapi, kalau Dato' Najib nak tahu, telco prepaid memang cekik darah. Kalau topup RM10, tempoh penggunaannya sebulan je. Masuk bulan kedua, dah tak boleh buat panggilan keluar, boleh terima panggilan sahaja. Masuk bulan keempat tak topup, memang simkad tu saya boleh buat frame, buat kenangan. Walhal bakinya ada RM8.73 sen lagi.

Kalau Dato' Najib nak tahu, orang kampung macam saya tak berapa pakai telofon bimbit. Sekadar ada sahaja. Untuk kecemasan sahaja. Nak pakai telefon TM tak mampu nak bayar sewa bulanannya. Lagipun telefon rumah susah nak bawa kemana-mana. Kalau boleh bawa pun, nak cucuk kat mana wayar telefon tu?

Tapi, terima kasih la juga kepada Dato' Najib sebab dah suruh Dato' Rais bincang dengan kartel telco supaya ditangguhkan pelaksanaan cukai perkhidmatan tu. Dengar khabarnya, kabinet akan bincang lebih lanjut pasal perkara ni esok ek? Harapnya perkataan "ditangguhkan" tu jadi "dimasuhkan" ye. Jangan senyap-senyap, tiba-tiba naik juga. Alah...macam kes Astro hari tu.

Harapnya, Dato' Najib ambil berat perkara ni. Bukan sahaja perkara cukai prepaid ni, cukai-cukai lain pun ambil perhatian ye. Bukan apa, negara kita kan kaya, minyak banyak, pelaburan asing pun banyak. Bagilah sikit pada rakyat jelata ni. Nanti kami tak undi baru tahu. Hahahahahhaha. Gurau je Dato' Najib, jangan kecil hati ye.

Dengar cerita, Datin Rosmah beli cincin RM24juta. Dengar cerita juga dia nak beli lagi sembilan, bagi cukup kuota 10jari. Betul ke? Tanya je ni, jangan marah ek. Huhuhuhuhuu.

Owh, melalut pula saya. Akhir kata, Dato'Najib dengarlah rintahan saya ni. Harapnya kes cukai prepaid ni tak jadi macam kes cukai kedai mamak, yuran Astro dan surcaj pos. Huhuhuhuhuhu

Selamat hari raya Dato' Najib. Maaf zahr batin. Salam SATU MALAYSIA! (Sambil mengacungkan jari telunjuk kanan ke udara).


Monday, September 12, 2011

Orang Gila Itu Mulia

Dulu, masa mula-mula menuntut di Parit Raja, aku merasa geli dan jijik jika melihat orang gila. Pernah ada orang gila datang ke meja tatkala aku berada di kedai makan. Beliau minta rokok dengan aku. Pada masa yang sama air liurnya tersembur ke makanan aku. Cis!

Semenjak dari itu, kalau orang gila itu datang ke meja aku, aku akan segera beredar.

Masa demi masa, persepsi aku terhadap orang gila mula berubah. Tak tahu kenapa. Pada tahun-tahun akhir aku di Parit Raja, kalau orang gila itu datang meminta rokok, aku akan berikan sahaja pada beliau. Kadang-kala, aku pelawa beliau makan bersama.

Aku pernah mempunyai kenalan yang bekerja di Hospital Tampoi. Beliau berkata kalau lelaki masuk ke hospital itu biasanya mempunyai masalah kewangan. Manakala wanita yang masuk ke situ mempunyai masalah cinta.

Ada pujangga mengatakan bahawa orang gila dan genius hanya dipisahkan oleh sehelai rambut. Jadi, orang gila barangkali lebih bijak dari aku. :-)

Juga, aku perasan yang orang gila jarang sakit. Antibodi mereka memang menakjubkan. Pernah kau tengok orang gila pergi klinik? Walaupun mereka berpanas, berhujan, makan makanan sisa, tidur di tepi tong sampah dan berjalan tanpa alas kaki.

Orang gila juga mulia. Mereka boleh masuk syurga. Kerana ibadat kepada Allah hanya untuk orang yang waras sahaja. Jadi, kita jangan pandang rendah dengan orang gila. Meraka boleh masuk syurga. Kita?





Sunday, September 11, 2011

Tempat Letak Kereta Yang Ajaib di Kuala Terengganu


Tempoh hari, menyelesaikan urusan di pusat bandar Kuala Terengganu. Cuba meletak kereta di belakang bank. Penuh. Lantas terus ke parkir di sebelah bangunan Umno. Kelihatannya di situ terdapat satu bangunan pelik yang berfungsi sebagai tempat letak kenderaan.




Aku rasa, itu merupakan parkir yang satu-satunya seumpanya di Malaysia. Rasanya aku pernah melihat rekabentuk tempat letak kereta berkenaan di internet, di negara barat.

Tetapi, yang aku hairan, sistem parkir tersebut masih dikawal secara manual. Apabila kereta hendak masuk ke parkir berkenaan, akan ada petugas yang akan menunggu. Setelah kereta masuk dan pemandu serta penumpang keluar, butang ajaib akan ditekan oleh petugas untuk menaikkan kereta ke atas. Proses sama akan dilakukan untuk kereta seterusnya. Jika mahu keluar, pengguna harus menunggu beberapa ketika bagi membolehkan kereta diturunkan ke bawah.

Ermm...aku rasa agak leceh juga untuk parkir di bangunan berkenaan. Juga, cajnya lebih mahal sedikit berbanding parkir yang biasa.

Mahal dan leceh. Murah dan mudah. Mana satu kau pilih?

Saturday, September 10, 2011

Mee Udang Simpang Renggam



Kalau kau singgah atau lalu di Simpang Renggam, Johor, kau boleh mencuba menikmati mee udang, kuew tiow goreng dan cendol di sebuah gerai buruk di tepi jalan. Gerai tersebut terletak di jalan keluar dari tol plaza Simpang Renggam.








Cendol dia, sedap. Rasa agak "light". Tak muak kalau makan banyak-banyak. Aku rasa dia guna susu, bukan santan. Tapi cendolnya sedikit masin.

Mee udangnya aku rasa terbaik. Walaupun udang hanya 3 ekor, tapi kuahnya memang rasa udang. Mee dimasak sekali, bukan dicelur. Makan memang tak rasa muak. Kuahnya ada rasa macam mee bandung sikit, ada rasa macam mee racun sikit, ada rasa macam kuah yong tau fu pun ada.

Kuew tiow goreng kerang. Gaya mamak. Kerangnya pun banyak. Makan tak payah taruk sos. Kalau tak fikir pasal kalori, rasanya aku boleh tibai sampai 3 pinggan. Hahahaha.




Tak macam mana secara tiba-tiba meja makan menjadi macam ni
Hahahahaha.

p/s: Selain 3 yang di atas, kedai tersebut juga menjual air tebu, minuman panas dan rojak

Friday, September 09, 2011

Kelogram

Tempoh hari. Singgah di sebuah kilang kerepek di tenggara Johor.








Kalau kau perasan, KILO dieja sebagai "KELO". Gelak guling juga aku bila baca!

Tapi, bila difikirkan balik, tidaklah pelik sangat. Kebanyakan orang Johor akan menyebut KILO sebagai KELO. Sama juga dengan KILANG yang akan disebut sebagai KELANG.

Owh, lupa nak bagi tahu. Huruf "E" ada dua sebutan. EMAK dan ENAK.  Emak adalah sebutan E yang biasa manakala ENAK merupakan sebutan bagi E pepet.

Sebutan "KELO" dan "KELANG" menggunakan sebutan E pepet.

Kalau kau susah sangat nak paham, sila sebut "KELO" sebagai "KEY-LO" dan "KELANG" sebagai "KEY-LANG"

A-E-I-O-U!!!

Thursday, September 08, 2011

Rengit 3: Kedai Barang Terpakai

Kalau ke Rengit, memang tak sah kalau tak limpas di kawasan yang menjual barangan terpakai. Kedudukannya agak tersorok sedikit, di belakang pasar awam Rengit. Kalau kau dari arah Benut, kau akan jumpa balai polis rengit di sebelah kiri kau. Masa tu, kau boleh perlahankan kenderaan. Kemudian, kau jeling-jeling ke kiri sampai kau lihat Agrobank. Kau masuk simpang selepas bangunan Agrobank tu. Kemudian, kau terus dan jumpa kawasan yang menjual barang terpakai. Jangan kau sangkakan tempatnya teratur dan tersusun. Kawasan itu agak berselerak.








Macam-macam barang kau boleh jumpa kat sini. Dari mainan budak sampailah ke perabot jati. Semua ada. Cuma nak cari tu ada jenuh la sikit. Yang penting kat sini kena pandai tawar menawar dan mainkan emosi peniaga. Hahahahah. Satu set home theater siap dengan amplifier dengan DVD player RM450 sahaja. Tu belum tawar lagi tu! Huhuhuhuh

Wednesday, September 07, 2011

Rengit 2: Nasi Ayam Ali

Nasi Ayam Ali ni tiada dalam perancangan aku dan Pn. Nurul tatkala berpoya-poya di Rengit. Tapi memandangkan waktu sudah tengahari dan perut sudah lapar pada ketika itu, kami memutuskan untuk makan di kedai tersebut yang kelihatan begitu ramai pelanggan. Kalau kau nak tahu sesebuah kedai itu sedap atau tidak, kedai tersebut perlulah

1- Ramai pelanggan
Rasional: Kalau tak sedap, mesti tak ramai pelanggan
2- Dimasak dan dijual oleh makcik tua
Rasional: Makcik tua itu mesti banyak pengalaman memasak. Jadi, pengalamannya itu akan menghasilkan makanan yang sedap. Huhuhuhuhu

Lalu, kami pun menyerbu kedai itu dengan gelojoh.



Nasi ayamnya kelihatan amat menyelerakan






Tapi, nasi ayam itu tak sesedap jangkaan aku. Ayamnya biasa sahaja. Sup sangat mengecewakan, rasa air bercampur perisa sahaja. Tapi, nasinya memang sedap. Sosnya pula memang terbaik!

Barangkali nasi ayam itu tidak kena dengan selera aku.

Tuesday, September 06, 2011

Rengit 1: Azhar Food Industries

Sebagai peniaga kerepek, adalah penting untuk senantiasa mengemaskini pengetahuan tentang perniagaan kerepek termasuklah pengilang, pesaing dan pelanggan. Tempoh hari, semasa cuti hari raya, aku bersama Pn. Nurul sempat bersiar-siar di Rengit, dengan pelbagai tujuan. Antaranya adalah untuk membuat tinjuan terhadap pengilang kerepek yang ada di sepanjang Parit Hamid-Parit Raja-Senggarang-Parit Botak-Rengit. Banyak kilang yang kami masuk. Tapi, aku rasa yang terbesar adalah Azhar Food Industries yang terletak di Rengit.


Memang besar gila kilang kerepek ni. Gila pun tak besar macam ni. Siap ada khidmat penghantaran menggunakan trailer. Harganya juga murah, lebih murah berbanding dengan tempat yang selalu aku ambil kerepek selama ni. Tapi, aku rasa aku tak akan ambil stok di sini kerana kos pengangkutan aku akan meningkat beberapa belas peratus. Juga, aku sudah selesa berurus niaga dengan Wak Asmon yang aku kenal lebih lima tahun.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin