Pages

Tuesday, December 20, 2011

Telur Power

Kalau kau berada di Dungun pada waktu pagi, aku cadangkan kau bersarapan di Power Cafe Batu 48.

Tapi, sebelum itu, aku perlu beritahu kau bahawa Power Cafe Batu 48 bukanlah kedai/cafe milik kompeni Power Root, atau Super Power ataupun Power Rangers.

Seperti namanya, kedai ini terletak jalan besar Kuantan-Kuala Terengganu jalan pantai di Batu 48. Kalau kau dari Kuala Terengganu, kedai tersebut berada di sebelah kiri kau. Kalau kau dari Kuantan, sebelah kiri kau adalah pejabat TNB dan kedai tersebut di sebelah kanan.

Menu makanan di kedai ini adalah seperti kebanyakan kedai sarapan pagi di Terengganu yang menghidangkan menu wajib iaitu masi minyak, nasi dagang, nasi kunyit dan nasi lemak ikan.

Tapi yang terbaik di sini adalah telur power. Sekali lagi ditegaskan bahawa telur itu bukan telur Power Root, Super Power atau Power Rangers. Telur power adalah telur separuh masuk yang ditambah dengan ramuan "power". Setahu aku ramuan "power" adalah terdiri dari herba dan rempah terpilih. Antara ramuannya adalah halia bara dan lada hitam.






Kalau kau kelesuan, aku cadangkan kau makan telur yang power itu.

Kalau kau rasa loya hendak makan telur separuh masak, kau boleh juga mencuba minum air yang ditambah dengan ramuan "power", seperti teh power, nescafe power atau kopi power.

Selain kepoweran yang ditawarkan di kedai ini, kedai ini turut menghidangkan air di dalam cawan yang klasik ini.





Juga, setiap pelanggan yang datang ke sini terus dihidangkan air suam apabila duduk menunggu pesanan. Air suam ini penting tatkala kau menikmati telur atau minuman power. Lupa aku hendak bagitahu kau bahawa ramuan power ini sedikit hangat dan pedas.


Mengenai harga, kau jangan sangkakan makan di Terengganu khususnya di Dungun adalah semurah harga makanan di Muar atau Alor Setar. Kau harus jangkakan ia semahal di Kuala Lumpur.

Tapi, pada aku menikmati sarapan di kedai ini amat berbaloi dengan harga.

Monday, December 19, 2011

Pulau Pinang 8: Episod Akhir

Biasanya kalau drama bersiri ada 13 episod. Akan tetapi, kerana ini bukan drama bersiri, ia hanya 8 siri episod sahaja. Juga, inikan blog aku, suka hati akulah nak buat berapa episod pun. Hahahahahahaha

Hari terakhir di bumi Francis Light si penipu. Hajat ingin menaiki feri, akan tetapi memandang agak lewat bertolak, hajat itu dibatalkan sahaja.

Seperti perjalanan pergi, melalui Kulim - Baling, pemandangan sangat menarik.


Jalan terus tanpa henti. Berhenti di Titiwangsa. Berehat. Qada' Hajat. Menikmati pemandangan puncak yang menakjubkan. Menikmati suasana yang nyaman pada jam 1.00 petang.




Usai makan, jalan terus lagi ke Bukit Bunga. Isi petrol juga membeli-belah. Melihat suasana di Bukit Bunga, ada iras Air Hitam di Johor.





Demam Angry Bird sekarang ni. Selipar Angry Bird pun ada. Tak lama lagi ada agaknya spender Angry Bird. Argh! Biarkan sahaja burung itu marahkan babi. Perjalanan kami masih jauh lagi.

Destinasi seterusnya di Masjid Pekan Jabi. Jamak akhir + qasar. Zohor + Asar.




Tiba di Setiu lebih kurang jam 6. Perjalanan aku diteruskan ke Kuala Terengganu dan seterusnya ke Dungun. Aku sampai Dungun kurrang lebih jam 10 malam. Aku tersepa.

Tamat memori Pulau Pinang 2011. Aku tak tahu bila lagi aku akan ke sana. Harapnya aku akan kembali lagi ke sana. Tak puas lagi pusing Penang!

Pulau Pinang 7: Jeruk Buah Pala Aishah

Selepas bersuka ria di Taman Perbandaran Pulau Pinang, kami ke Pasar Chowrasta, ingin membeli jeruk barang sekilo dua. Kami tidak masuk ke Pasar Chowrasta, hanya menuju ke kedai Jeruk Buah Pala Aishah di lorong sebelah pasar itu.






Menariknya, di simpang masuk lorong, ada seorang pekerja kedai jeruk itu memanggil pengunjung supaya ke kedai jeruk itu. Teknik tersebut kelihatan menjadi!

Menariknya di kedai Jeruk Buah Pala Aishah, kau boleh mencuba semua jeruk yang dijual. Kalau kau kaki jeruk macam Pn. Nurul, pasti kau terliur. Aku? Memang tak tertarik pada jeruk dan benda masam. Rasa macam tengok siput babi je. Hahahahahaha

Sementara menunggu Pn. Nurul siap membeli jeruk, aku sempat berbual dengan pakcik yang berdiri di simpang masuk yang dok panggil pelanggan. Panjang juga yang dibualkan. Tapi, intipatianya adalah, Pakatan Rakyat berjaya mentadbir Pulau Pinang dengan baik. Bukan aku cakap. Pakcik yang duduk di simpang masuk itu yang cakap. Huhuhuhu.

Mulanya aku menyangkakan Aishah membuat sendiri jeruk buah pala dan jeruk-jeruk lain yang dijual di kedainya. Tetapi, Aishah membeli dari kilang. Kilang mana? Aku tak tahu. Tapi menurut pakcik di simpang masuk itu, amat tidak berbalai untuk membuat sendiri jeruk. Kos tinggi katanya.

Apa-apa pun, selamat maju jaya untuk Kedai Jeruk Buah Pala Aishah!

Sunday, December 18, 2011

Pulau Pinang 6: Taman Bandaran Pulau Pinang (Penang Municipal Park)

Tempat ni memang terbaik. Taman Bandaran Pulau Pinang (Penang Municipal Park). Semua dalam satu. Kau boleh bawa satu keluarga kau untuk menghabiskan masa satu hari di sini.

Bila mula masuk di taman ni, kau akan nampak kawasan lanskap yang cantik dan taman permainan kanak-kanak.





Juga, kawasan ini juga dilengkapi trek jongging dan trek junggle tracking. Pada sepanjang trek jogging, terdapat beberapa alat senaman yang membolehkan kau meningkatkan agility and strength kau.








Bagi kanak-kanak, turut disediakan kolam mandi rekreasi. Bapak budak pun boleh mandi di sini. Hahahahaha




Selain itu, kalau kau adalah pemain catur handalan, kau boleh membawa set catur kau dan bermain dengan tenang di sini.


Kalau kau rasa papan catur kau tu kecil, kau boleh bermain di papan yang lebih besar. Cadangan: Kau boleh membawa jiran sekampung untuk menjadi buah catur kau.


Kalau kau rasa nak terkucil tatkala memerah otak untuk menewaskan lawan, kau boleh buang air di bangunan berhampiran papan catur gergasi itu.


Jika kau terpengaruh dengan Robin Hood tatkala mengelamun ketika "melabur" kau boleh memanah di sini.


Sedang kau memanah, kau boleh mengajak anak bujang kau yang kelihatan macam mat hip hop bermain skateboard atau rollercoaster rolling stone roller blade.



Tapi, kau perlu ingatkan anak kau yang kelihatan seperti mat hip hop itu agar tidak melepasi sempadan. Khuatir akan menjadi seperti batu yang tergolek ini.


Dipercayai, batu ini tergolek dari sini


Tapi, di sini kau perlu berhati-hati dengan monyet. Mereka agak berani dan gemar mencuri makanan pengunjung.



Kalau kau mahu rasa pengalaman bergayut seperti monyet, kau juga boleh mencuba aktiviti musang terbang (flying fox) di sini.


Setelah penat melakukan aktiviti lasak, kau boleh bersenang lenang di "Bukit Bendera"



"Bukit Bendera" Taman Bandaran Pulau Pinang (Penang Municipal Park) kecil sahaja. Budak umur 3 tahun pun boleh panjat dengan selamba.

Sebenarnya, ada lagi gambar dan lokasi menarik di Taman Bandaran Pulau Pinang (Penang Municipal Park). Cuma aku sahaja yang malas mengambil gambar.

Namun begitu, post ini adalah post aku yang paling banyak gambar.

Aku cadangkan, kalau kau ke sini kau bawa bekal dan pakaian lebih. Sebab, macam-macam yang kau boleh buat di sini dalam sehari.

Cerita Ubi Kayu

Aku telah melakukan kempen Bumi Hijau. Bagi tujuan itu aku telah menanam serai dan ubi kayu di belakang rumah yang hanya berkeluasan 18x4 kaki.

Aku telah menanam lapan pokok ubi kayu dan dua rumpun serai, lama dulu, lapan bulan lepas.

Sekarang musim tengkujuh di Terengganu. Jadi, tiba-tiba sahaja aku teringat ubi kayu yang aku tanam dahulu. Lantas aku kembali menjengah laman belakang rumah. Kaget. Terkejut. Sedih dan marah. Enam pokok ubi kayu telah lesap bersama isinya. Lebih bangsat apabila batang-batang ubi dibiarkan bersepah. Semacam kerja babi menyondol ubi. Tapi, adalah mustahil babi berkeliaran di taman perumahan dalam bandar! Jadi aku membuat kesimpulan bahawa ubi aku telah dicuri oleh manusia yang berperangai .....

Hahahahahaha.

Ah, biarkan sahaja manusia itu diadili kelak. Tapi, sempat juga aku merasa hasil dari dua pokok ubi.





Ubi, pada aku amat sedap apabila dipotong sebesar ibu jari dan digaul bersama rempah kari, kunyit dan garam sebelum digoreng. Kemudian dimakan dengan bersoskan sambal kicap. Lada ditumbuk dan dibancuh kicap.

Ubi sedap juga bila direbus begitu sahaja. Sudah empuk ditos dan dimakan panas sambil dicicah sambal tumis ikan bilis. Pergh!

Juga, ubi boleh dibuat getuk. Ubi rebus yang sudah empuk dan ditos airnya dan dilenyek bersama parutan kelapa, gula dan garam. Kemudian dimampatkan dalam loyang, macam buat nasi himpat. Bila sudah mampat dan mengeras, boleh dipotong dan dimakan begitu sahaja. Atau untuk lebih nikmat, boleh dicicah bersama sambal tumis ikan bilis.

Getuk juga boleh digoreng celup tepung. Amat enak apabila menikmati getuk goreng yang dicicah sambal kicap.

Barangkali bagi orang Terengganu cara aku makan ubi kayu kelihatan janggal. Pn. Nurul misalnya, hairan apabila aku memakan ubi rebus dengan sambal tumis ikan bilis. Juga beliau terpinga-pinga apabila aku meminta untuk menggoreng ubi atau membuat getuk. Huhuhuhuhu

Resipi ubi kayu Pn. Nurul sangat mudah. Ubi direbus kemudian airnya ditoskan. Masa tengah panas-panas tu, masukkan gula. Gula akan mencair, jadi ubi tu akan rasa manis. Enak dimakan begitu sahaja (sila baca mengikut rentak lagu roti gardenia). Atau, lebih enak dicicah dengan kelapa parut.

Owh, kembali kepada ubi yang aku tanam. sebahagian telah digoreng. selamat masuk ke usus aku tanpa aku sempat mengambil gambarnya. Sebahagian lagi direbus, malangnya sedikit hangus akibat kealpaan. Hahahahaha



Namun, sempat juga aku menikmati ubi yang berbau hangit itu. Huhuhuhuhu


Pulau Pinang 5: Pantai Batu Feringgi

Pagi, hari ketiga di Pulau Pinang, kami merancang untuk berpiknik di Pantai Batu Feringgi. Dengan membawa bekalan nasi lemak dan keropok lekor kami bergerak ke Pantai Batu Feringgi seawal jam 8.00 pagi.

Mulanya, dalam bayangan fikiran aku, aku menjangkakan Pantai Batu Feringgi adalah seperti Pantai Port Dickson atau Pantai Batu Burok yang mempunyai jalur pantai yang panjang dan luas. Rupanya, kawasan Pantai Batu Feringgi agak terhad dan sempit. Owh!





Walaupun begitu, aku tetap merasakan Pantai Batu Feringgi adalah pantai yang unik dan cantik. Lain dari yang lain.

Mulanya juga, kami merancang untuk bermandi-manda. Akan tetapi, sewaktu tiba, ombak agak bergelora. Barangkali kesan gerhana malam semalam belum hilang sepenuhnya.

Lalu, kami putuskan untuk makan sahaja dan bersuka-ria di pesisir pantai


Jalan sepanjang Batu Feringgi ini juga agak berliku. Teringat aku seprti jalan di Bukit Putus, cumanya Batu Feringgi ini terletak di tepi laut.

Di sekitar Batu Feringgi juga, kedapatan banyak kediaman dan hotel mewah. Sama situasinya seperti di Batu Buruk-Kuala Ibai, Kuala Terengganu atau Tanjung Puteri-Stulang di Johor Bharu.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin