Pages

Sunday, February 05, 2012

Ulasan Buku: Panduan Solat Dan Doa

Ini semacam handbook yang patut kau simpan. Ringkas, saiz poket dan senang dibelek. Panduan Solat dan Doa yang diterbitkan oleh Al-Hidayah Publication dan disusun oleh Mohamad Hanbali.

Dengar tajuk pun kau pasti tahu apa kandungan dalamnya. Solat dan doa. Tapi, lebih dari itu, buku ini juga ada menerangkan mengenai asas-asas tauhid dan fekah seperti rukun Islam dan Iman, maksud wajib, sunat, makruh, haram serta harus, dan syarat serta rukun. Itu bab pertama.

Bab kedua, buku ini menceritakan tentang hal berkenaan taharah (bersuci). Termasuk dalam bab ini adalah mandi wajib, tayamum, wuduk, najis dan bersuci. Bab seterusnya, menceritakan tentang perkara sunat sebelum solat.

Bab keempat, barulah masuk bab mengenai solat. Solat yang fardu itu. Didehkan dalam bab ini rukun-rukun solat, cara jamak qasar dan lain-lain lagi. Bab kelima, pelbagai cara solat sunat dipaparkan. Antaranya solat tahajjud, solat istikharah dan tidak ketinggalan solat minta hujan dan solat gerhana.

Bab keenam mencatatkan himpunan surah-surah pendek dalam Al-Quran. Manakala bab seterusnya menghimpunkan doa-doa lazim yang umum.

Berbaloi memiliki buku ini. Ia semacam refresh kepada pengetahuan sedia ada kau. Saiz dia pun kecil je, kecil sedikt dari tangan aku. Jadi, boleh diselit dan disimpan dimana-mana sahaja. :-)


Saturday, February 04, 2012

Telefon Bimbit Kesayangan

Dulu, masa aku sekolah rendah, pernah terlihat orang membawa telefon bimbit. Tapi, bukan macam sekarang,  bentuk dia macam briefcase. Kiranya macam telefon awam bergerak.

Lama kemudian, di akhir-akhir persekolahan wajib aku, terlihat orang membawa telefon bimbit. Tapi, bukan macam sekarang. Ia agak besar. Cuma kecil sedikit dari botol air 1.5L. Kiranya, masa itu jika kau ada telefon bimbit sebegitu, kau dikira orang kaya dan berkemampuan. Sepengetahuan aku, telefon bimbit botol air itu tidak mempunyai sim kad. Kiranya sim kadnya terus terbina dalam telefon tersebut.

Tapi, dalam memori aku, paling segar mengenai telefon bimbit adalah tatkala aku di tahun awal ketika menuntut di Parit Raja. Antara telco yang terkemuka pada masa itu adalah Maxis (012), Celcom (019), TM Touch (013), Adam (017). Paling kelakar bilamana rakan-rakan yang menggunakan talian Adam. Tak boleh guna di Parit Raja. Sebabnya, Adam membina pencawang di sepanjang lebuhraya PLUS. Memandangkan Parit Raja agak jauh juga dari lebuhraya, memang takde la line Adam. Hahahahaha.

Telefon paling terkemuka pada zaman itu adalah Nokia. Nokia popular masa tu sebab ia merupakan telefon bimbit yang pertama yang tiada arial. Hahahahaha. Telefon lain semua ada arial. Ada sesetengah telefon yang mana kau perlu menarik arialnya supaya lebih panjang tatkala menerima atau membuat panggilan.

Juga, starter pack tidak semurah sekarang. Kalau kau jumpa starter pack yang harganya RM100, itu sudah cukup murah. Kemudian, nilai topup minimum yang di jual adalah RM50. Topup bukan satu jenis je, ada dua jenis topup yang kau kena pastikan ia memenuhi syarat.
1- Topup untuk "line". Tak ingat berapa. Aku rasa dalam RM50 sebulan. Kalau beli enam bulan sekaligus, hanya RM230.
2- Topup untuk call/sms. Takde had limit masa. Tapi, zaman tu kalau call RM0.60 seminit dan sms 30sen, kira ok la tu.

Aku bukan seorang yang mengejar sangat kecanggihan telefon. Telefon pertama aku adalah Siemens C30, harganya separuh dari Nokia 3310 yang tersohor pada waktu itu.

Telefon bimbit aku yang kedua dan ketiga aku guna sepanjang tahun-tahun akhir sarjana muda dan sepanjang pengajian sarjana aku. Juga tetap digunakan pada tahun awal aku mengajar di Dungun. Nokia 3310/3315. Masa tu orang sibuk cerita pasal telefon Nokia daun, Nokia sabun dan macam-macam nokia yang canggih.

Telefon bimbit aku yang keempat, Nokia juga. Aku tak ingat jenis apa, tapi, skrinnya hitam putih. Memandangkan aku menggunakan 2 nombor pada masa itu, aku memutuskan untuk membeli satu lagi telefon bimbit Nokia yang skrin berwarna dan ada kamera! Hahahaha. Kamera tahap vga je. Orang lain sibuk bertanya kepada yang lain "Kamera henpon kau berapa mega pixel?"

Tiga tahun lepas, aku membeli telefon yang aku gunakan sekarang, setelah telefon nokia berwarna itu rosak dan telefon nokia hitam putih tu aku bagi pada orang lain. Telefon terkini aku dari tiga tahun lepas adalah Sony Ericcson T280i. Aku beli RM350. Ada kamera. Skrin berwarna. Sound true tone. Tapi, tiada wifi. Hahahahaha


Memang puas hati pakai telefon ni. Jumlah panggilan hampir 179 jam!!! Itu lebih kurang 7 setengah hari bercakap.


Tatkala orang memperkatakan tentang iPhone5 (akan keluar ke), iPad, Samsung Galaxy Note, Blackberry (Blueberry pun ada), Android, Symbian, Windows Phone OS dan macam-macam lagi, aku masih setia dengan telefon ni. Aku tak pasti bila aku akan tukar telefon. Yang pasti aku cukup berpuas hati jika telefon aku boleh call dan sms sahaja.....

Friday, February 03, 2012

Jagung Merchang

Sebetulnya, aku tak pasti kawasan sebenar tempat ini berada. Yang aku pasti, ia berada di jalan pantai Dungun-Kuala Terengganu, selepas Rantau Abang dan Jambu Bongkok kalau kau dari Dungun.

Pada kawasan ini, ada lebih 40 gerai yang menjual jagung sebagai komoditi utama. Mula-mula aku membeli jagung di sini pada harga RM1 bagi sebiji jagung. Kini harganya lebih kurang 6 atau 7 biji jagung bagi setiap RM10.



Kebanyakan jagung di sini dijual mentah atau direbus. Akan tetapi, ada beberapa gerai yang menjual jagung bakar pada kadar RM2.50 sebiji.



Selain jagung, kebanyakan gerai juga menjual kacang tanah; secara mentah atau yang siap direbus. Tidak ketinggalan, turut dijual produk lain di beberapa gerai di sini. Antaranya madu, jelly kelapa, air minuman, nira kelapa dan aneka kerepek/keropok.




Sebelum kahwin dulu, amat jarang aku membeli jagung. Tidak hairan kerana aku bukan penggemar jagung sejati. Tapi, memandangkan jagung merupakan makanan ruji Pn. Nurul yang ketiga selepas nasi dan keropok lekor, boleh dikatakan setiap bulan beliau akan membeli jagung.



Akan tetapi, terkadang, ada sesetengah gerai yang menjual jagung yang kurang kualiti. Barangkali kurang manis, kurang masak, terlalu tua atau sudah rongak. Juga, kalau membeli kacang tanah rebus, terkadang ia sedikit berbau. Aku syak bau itu terbit dari pencucuian kacang tanah yang tidak sempurna. Atau kalau yang lebih keji, kacang itu tidak dibasuh!

Tapi, kalau kau masih kepingin jagung dan kacang tanah yang sedap, aku cadangkan kau singgah di gerai yang betul-betul berhadapan dengan stesen minyak Shell. Layanannya bagus dan boleh tawar menawar. Juga, kualitinya amat jarang mengecewakan.

Thursday, February 02, 2012

Susu berketul?

Tempoh hari makan di kedai Selera Selatan. Pesan air nescafe. Bila air sampai, agak terkejut. Air nescafe panas yang aku kacau agak berketul susunya. Semacam tak larut.



Sebetulnya, aku tidak hairan dengan susu berketul tu. Cuma yang aku hairan aku mengalami keadaan itu di beberapa buah kedai. Aku syak susu yang mereka gunakan adalah susu yang sama. Tapi, terlupa aku nak tanya tauke Selera Selatan tu, susu cap apa yang dia pakai.

Rasa air, biasa je, macam nescafe biasa. Perut aku pula, tidaklah memulas selepas minum air tu. Tapi, kalau aku godak air tu lama sikit, tekstur air akan menjadi lebih elok.


Erm....

Wednesday, February 01, 2012

Selera Selatan

Hampir enam tahun duduk di Terengganu. Kadang-kala terasa sangat rindu untuk menikmati masakan Johor. Lontong, soto, mee rebus, mee bandung dan tempe antara makanan Johor yang menjadi kegemaran aku.

Sukar, memang terlalu sukar aku kira untuk mencari makanan Johor yang betul-betul mempunyai rasa 100 peratus rasa seperti di Johor. Mee rebus dan mee bandung di Terengganu, amat berlainan dengan mee rebus dan mee bandung di Johor. Juga tidak janggal untuk menikmati mee rebus pada waktu pagi di Johor.

Sama juga halnya dengan tempe. Tempe di Terengganu biasanya dibungkus dalam plastik. Tapi, di Johor kalau kau jual tempe dalam plastik, memang tak berapa laku. Hahahahahahaha. Tempe di Johor biasa dibungkus dengan sejenis daun (yang aku tak tahu daun apakah ia) dan surat khabar.

Manakala kebanyakan lontong yang di jual di Terengganu kebanyakkan tidak meletakkan tempe. Itu tidak menghairankan kerana tempe tidak sepopular kerepok lekor di Terengganu.

Mujur, ada kedai makan di Dungun ini menghidangkan 80 peratus masakan Johor. Dimiliki oleh pasangan suami isteri dari Negeri Sembilan dan Johor, boleh dikatakan ini merupakan dapur aku pada waktu sarapan dan makan tengahari tatkala bujang dahulu. Selera Selatan nama kedai ini diberi.


Kedai ini terletak betul-betul berhampiran Awie Metal, Shell dan Petronas baru di Alur Tempoyak.

Menu pagi di sini tidak menjual nasi dagang atau nasi kerabu atau nasi minyak. Sarapan pagi di sini menjual nasi lemak sambal ikan bilis ala johor (nasi dia memang terbaik, lemak dan banyak kalori, hahahahaha), soto, mee sup, mee rebus Johor, mee goreng, nasi goreng dan lontong. Kegemaran aku di kedai ni adalah mee rebus dia. Kalah mee rebus yang ada di Johor!



Juga, soto dan sup dia memang mencengkam. Kuah sup memang pekat. Makanan lain aku rasa biasa sahaja.


Lagi best kedai ni memang murah. Sepinggan nasi lemak telur dan teh o baru RM2.80. Tidak hairan ia menjadi tumpuan pelajar politeknik Dungun.


p/s: Aku masih mencari mee bandung Johor di Terengganu

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin