Pages

Thursday, June 21, 2012

Ulasan Buku: Sumbangan Karya Sains Hebat Islam Abad Pertengahan

Sebetulnya, aku tertarik dengan buku ini kerana berharap untuk mencari maklumat tentang Al-Jazari. Jurutera muslim yang juga boleh dikatakan sebagai bapa robotik. Kebayakan peralatan yang dicipta adalah berdasarkan air.



Tapi, serius aku kata bahawa penulisan buku ini agak membosankan. Kalau kau tidak minat tentang sejarah ilmuan Islam, aku cadangkan kau jangan baca buku ini. Lebih menarik jika baca Wikipedia.

Walaupun begitu, banyak maklumat yang aku perolehi ketika membaca buku ini. Paling meloyakan dan menggelikan hati, pada zaman pertengahan, orang Eropah boleh dikatakan sangat bodoh. Gereja terlalu berkuasa dan ilmu sains dianggap tahyul. Oleh sebab itu, pada masa itu orang Eropah menggunakan air kencing untuk membersihkan diri dan gigi. Paling best, dikatakan bahawa air kencing orang Portugal paling baik, kelas A+++. Juga, mereka menggunakan minyak rambut yang diperbuat dari lemak lembu. Fuhh! Boleh pengsan aku kalau hidup zaman tu!

Lalu, ilmuan Islam lah yang menemukan kaedah mengekstrak pati wangi dari tumbuhan. Juga mereka juga menghasilkan haruman minyak zaiton yang boleh digunakan pada rambut.

Pada hemat aku, penulis melakukan kajian yang mendalam untuk menulis buku ini. Tapi, sayangnya buku ini kurang gambar dan lukisan yang berkaitan.

Wednesday, June 20, 2012

Melaka 18: Muzium Dunia Melayu Dunia Islam

Mulanya, aku tidak tertarik untuk ke muzium ini. Kerana terasa bahawa kandungan dalamnya pasti klise.

Tapi, atas ajakan manja Pn. Nurul yang terpengaruh dengan kain rentang dihadapan muzium. Aku gagahkan juga untuk masuk.


Ya, pameran keranda itu yang megujakan Pn. Nurul untuk masuk.

Seperti mana muzium yang dikendalikan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), caj masuk tidaklah terlalu mahal.


Pada masa itu, pada tingkat pertama, ada pameran keranda. Aku tidaklah merasa pelik. Tapi, kalau pelancong asing, mungkin mereka dapat info yang baru.



Ok, habis pameran aras bawah. Untuk melihat muzium ini yang sebenar, boleh ke tingkat seterusnya.


Aras tengah memaparkan sejarah dunia melayu di Melaka dan Malaysia. Rupanya, baru aku tahu bahawa keluarga bahasa Melayu-Polinesia merangkumi kawasan yang cukup luas. Tidak hairan bahasa Melayu/Indonesia merupakan antara 10 bahasa utama di dunia.


Pada aras tengah ini, pamerannya kurang lebih dengan apa yang ada di Muzium Stadthuys dan Istana Melaka. Cuma, yang mencuri perhatian aku ada seterika yang dipercayai dari China. Sangat klasik beb.


Pada aras atas pula, dipaparkan sejarah dan maklumat dari Sumatera Selatan. Ia, ternyata sesuatu yang baru buat aku!



Juga, baru aku tahu asalnya Pak Hamka. Aku masih mencari naskah Dibawah Lindungan Kaabah karya beliau.


Owh, sebelum post ini tamat, kau harus tahu bahawa bangunan muzium ini sebenarnya cukup bersejarah.
 

Melaka 17: Istana Melaka

Tak sah kalau ke Melaka dan kau tidak ke sini. Lokasinya terletak bersebelahan dengan Pintu Gerbang Santiago A Famosa.




Dua ringgit je nak masuk. Sama macam harga aiskrim cedok.

Sebenarnya, istana ini adalah hasil pemerhatian sejarahwan dan tukang terhadap manuskrip Sejarah Melayu. Gambaran istana Melaka dalam Sejarah Melayu cukup jelas di sampai dalam bentuk gurindam. Menariknya, pembinaan istana ini tidak menggunakan paku.  Kalau aku banyak duit, teringin juga nak buat rumah semacam istana ini.




Di dalamnya, dipaparkan suasana dalam istana Melaka.




Juga, dipaparkan segala berkaitan dengan Melaka. Paling mencuri tumpuan aku, sedikit kisah Tun Perak, Bendahara Melaka yang tersohor kerana kebijaksanaan dan kesabaran beliau.


Pada bahagian luar istana ini ada semacam taman, "Taman Larangan" katanya.





Di tengah-tengah taman, terdapat tugu tengkolok yang memaparkan orang-orang penting pada zaman kesultanan Melayu Melaka.





Taman larangan ini cukup bersih dan cantik. Tapi, sayangnya beberapa kemudahan tidak diselenggara dengan betul.



Pembaikan perlu segera dilakukan bagi sebelum kemudahan lain turut terjejas. Jangan sampai semua kemudahan terjejas dan taman itu benar-benar menjadi taman larangan! Hahahahahaha

Tuesday, June 19, 2012

Melaka 16: Medan Selera Pahlawan Walk

Malam terakhir kami di Melaka. Mulanya bercadang untuk makan ikan bakar di Umbai. Batal. Juga, ada seorang rakan lama yang mengajak makan di kawasan UiTM Bandar Melaka. Juga batal dek kerana keletihan menggigit kaki yang lenguh.

Lantas, kami cari kedai di kawasan Melaka Raya sahaja. Namun, tidak ditemui. Lalu, kami berpusing disekitar Pahlawan Walk dan terlihat,



Tapi, sedih beb, kawasan ini terletak di belakang Pahlawan Walk. Bahagian depan dipenuhi gerai makan Cina. Yang ini duduk bahagian belakang.

Tapi, aku rasa suasana, perabot dan kemudahan di sini cemerlang. Suasana tenang, tidak hingar. Perabot dan hiasan dalaman aku kira ia oriental dan minimalis. Surau dan tandas pun ada di kawasan ini. Tapi sayang, mereka tidak menjaga tempat ini pada kadar yang sepatutnya.









Berada di sini sedikit menimbulkan rasa geli.

Ada tiga gerai beroperasi semasa aku ke sini. Gerai jual air. Gerai jual masakan Minang. Gerai jual masakan Siam/Kelantan. Pada hemat aku, ia sudah cukup menarik. Walaupun Minang dan Kelantan adalah dalam rumpun nusantara, tapi rasa masakannya berbeza. Barangkali ia boleh ditambah dengan masakan Jawa dan masakan Borneo.



Tapi, mengenangkan aspek kebersihan di sini, aku pasti mengapa mereka diletakkan di bahagian belakang.

Nasi Beriyani Batu Pahat

Sinonim, nasi beriyani dengan Batu Pahat. Macam pizza dengan Itali. Hahahahaha (Ayat kitar semula)

Tapi, di Batu Pahat, selain nasi beriyani, juga terkenal dengan mee racun. Juga, dalam ingatan aku, aku mengenali Batu Pahat dengan lontong goreng.

Tapi, lama sudah aku tidak ke Batu Pahat. Paling hampir mungkin Parit Raja atau Rengit.

Tapi, tempoh hari, dalam kesesatan yang terpandu, aku terjumpa sebuah restoran Nasi Beriyani Batu Pahat di Taman Equine, Seri Kembangan. Ia terletak bersebelahan Ani Sup Utara.



Bila tengok senarai harga makanan, aku dan Pn. Nurul agak terkejut. Harganya hampir sama dengan set makan tengahari di KFC. Berbanding 10 tahun lalu di Batu Pahat, harga nasi beriyani gam Kurang dari RM5! Hahahahaha. Inflasi

Lalu kami memasan nasi beriyani gam daging dan ayam.



Tapi, aku kecewa. Yang sampai bukan beriyani gam. Tapi beriyani biasa sahaja. Sefaham aku, kalau beriyani gam, daging/ayam akan dimasak bersama nasi. Jadi, sepatutnya aku kena menguis nasi baru jumpa ayam/daging.

Juga dalca dia ada 3 biji kacang dal. Mungkin harga kacang dal sudah naik melambung.

Ayam dia pula semacam tidak cukup zat.

Rasanya, ia tidak berbaloi dengan duit yang aku bayar.

Tapi, sebab perut lapar, aku belasah je la. Hahahahaha

Paling mengejutkan awek yang jaga kaunter tu bersinglet dan berseluar denim ketat. Macam tak payah pakai baju! Hahahahahaha

Monday, June 18, 2012

Melaka 15: Kedai Jepun

Diam tak diam sudah 15 siri Melaka aku tulis dalam blog ini. Ternyata, Melaka sangat banyak benda untuk diceritakan.

Untuk siri Melaka kali ini, kita pergi ke kedai Jepun. Kedai Jepun ini mengingatkan aku tentang sebuah kedai Jepun yang aku kunjungi di Pulau Pinang pada tahun lepas (KLIK SINI)

Kedai ini terletak di kompleks beli belah Mahkota Parade. Seperti kedai Daiso di Pulau Pinang tempoh hari, kebanyakan barangannya berharga RM5. Kedai ini diberi nama Hinode Shop.



Namun, banyak juga barang yang berharga lebih RM5.



Awek yang menjaga kedai itu menawarkan kad keahlian kedai Hinode. Aku menolak. Beliau memaksa dengan mengatakan kedai Hinode ada di seluruh Malaysia. Aku tanya balik "Kat Terengganu ada tak?". Dia kata, tiada. Ternyata kedai ini tidak ada di seluruh Malaysia.

Sasaran Aku dan Pn. Nurul ke Melaka sebenarnya hanya hendak berjalan-jalan dan tidak mahu membeli belah. Tapi, akhirnya, Pn. Nurul membeli juga di kedai ini. Beliau membeli semacam alat membakar untuk aromaterapi. Juga, beliau membeli sandal. Cis!



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin