Pages

Thursday, October 31, 2013

Pengalaman Menghubungi 1MOCC 0380008000 Hey Hey

Aku pasti ramai rakyat Malaysia yang pernah tengok iklan 1Malaysia Call Center (1MOCC). Iklan itu menggambarkan keseronokan sekumpulan penjawat awan menjawab telefon.  Pakej keseronokan itu merangkumi tarian, lenggokan, nyanyian dan juga sedikit rap.

Pada pendapat aku, iklan itu sangat berjaya. Walupun kelihatan lucu dan sering dipermain-mainkan, iklan tersebut ternyata mencapai objektif. Terus melekat dalam fikiran orang yang melihatnya. Ini memberikan satu brand awarness yang bagus kepada talian 0380008000 ini. Cuba kau bayangkan jika iklan ini macam orang baca warta berita. Memang takde la orang nak ambil peduli. Kau ingat ke berita utama Buletin Utama malam tadi?

Petang tadi, aku mempunyai sedikit kemusykilan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Aku ingin menukar alamat perniagaan Pn. Nurul. Malangnya, aku tidak tahu dimana ingin bertanya. Tapi, entah bagaimana aku teringat mamat yang menari macam kayu dalam iklan Hey Hey itu.

Terus aku dail 0380008000. Tak sampai 5 dering, seorang wanita India menjawab. Kedengaran beliau begitu mesra. Tapi, beliau tidak arif mengenai SSM. Lalu, terus aku disambungkan ke talian SSM.

Di talian SSM, seorang wanita Melayu menyambut. Mesra juga dan beliau dengan tenang memberi maklumat tentang cara nak selesaikan masalah aku itu.

Owh, keseluruhannya aku memang puas hati dengan khidmat 0380008000 ini. Satu inisiatif yang baik dari kerajaan. Aku ulang KERAJAAN. Bukan BARISAN NASIONAL.  Kalau aku suka dengan khidmat kerajaan, tidak bermakna aku suka Pakatan Rakyat.

Apa da... berbelit. Hahahaha. Apa-apa pun 4 thumbs up (termasuk ibu jari kaki) untuk 'kosong tiga lapan ribu lapan ribu hey hey satu talian'

Sunday, October 13, 2013

Kuantan 1: Pantai Batu Hitam

Kali ini, kali ketiga aku ke Pantai Batu Hitam. Pertama sekitar tahun 2005. Kali kedua sekitar tahun 2009. Dan tahun 2013 aku ke sini lagi. Kalau mengikut ritma janjang arimetik, barangkali tahun 2017 aku akan ke sini lagi. Hohohoho

Pantai ini tidaklah sepopular Pantai Cherating mahupun Teluk Cempedak yang popular dan kusut itu. Pantai Batu Hitam suasananya tidak sesak. Ia sengat dekat dan sejajar dengan Pantai Balok. Kurang lebih jaraknya 10km dari bandar Kuantan, menghala ke Pelabuhan Kuantan.

Suasana pantai ini agak tenang. Cuma akan sibuk sedikit pada petang hujung minggu. Namun, tempoh hari aku ke sana pada jam 3 hari Jumaat, jadi, memang sangat lengang. Mujur cuaca agak redup, jadi boleh sahaja aku dan Pn. Nurul berpeleseran di pantai itu.

Pantainya yang berwarna hitam tidaklah menyebabkan ia kelihatan cantik. Tapi, ia kelihatan unik! Pantainya memang hitam. Termasuklah batu-batu di pantai ini juga hitam. Bukan hitam legam, sekadar hitam kelabu gitu.

Juga, di pesisiran pantai itu kedapatan liang dan jejak ketam. Ketam yang dah mati pun kelihatan ada. Agak kagum juga. Lebih kagum, pantainya kelihatan bersih.

Aku tak tahu mengapa batu dan pasirnya kelihatan hitam. Barangkali ada mitos atau sejarah atau faktor geologi yang membuatkannya begitu. 





LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin