Pages

Wednesday, December 25, 2013

Kuantan 4: Gua Caras

Setelah kenyang makan di Tanjung Lumpur, sempat kami bersiar-siar di bandar Kuantan sebelum pulang ke Sri Manja.

Keesokkan harinya, kami bercadang ke Sungai Lembing, masuk muzium.

Sepanjang perjalanan ke Sungai Lembing, kami lihat banyak papan tanda Gua Caras. Dengan sifat ingin tahu, kami ingi ke tempat itu. Hampir tiba di destinasi, kelihatan bukit semacam di Batu Caves tersergam.



Kami terus masuk ke jalan kecil menuju Gua Caras. Kalau tengok dari luar, gua tersebut kelihatan amat dekat. Bila masuk jalan kecil tersebut, terasa amat jauh! Jalan itu merentasi ladang kelapa sawit. Jalannya berlubang teruk. Sebahagian jalan bertar, tapi banyak lubang, Sebahagiaan lagi hanya diturap batu kerikil, juga banyak lubang. Akan tetapi, pemanduan lebih mencabar kerana terpaksa mengelak tahi lembu yang memenuhi jalan. Hohohoho






Sampai sahaja di Gua Caras. Keadaan menyeramkan. Kelam. Suram. Ada tiga orang lelaki yang sedang melepak di wakaf di kaki gua. Manakala ada seorang wanita sedang membersihkan kawasan. Kelihatan juga beberapa ekor anjing berkeliaran. Kami tidak turun dari kereta, malah cermin tingkap juga tidak diturunkan. Kesemua manusia di sutu memandang kai dengan dengan hairan dan curiga. Barangkali hairan kerana ada orang Malayu ke tempat itu. Rupanya di kaki gua itu ada sebuah kuil. Hohohoho. 

Patutlah mereka hairan!

Papan tanda Gua Caras. Cantik tak?

Tuesday, December 24, 2013

Kuantan 3: Ikan Bakar Tanjung Lumpur

Kalau ke Kuantan, tidak sah rasanya jika tidak pergi ke Tanjung Lumpur. Tanjung Lumpur terletak berhampiran bandar. Dari bandar Kuantan, kau perlu menyeberangi jambatan Kuantan. Lalu, Tanjung Lumpur terletak di lembangan kuala Sungai Kuantan.

Di sini, terdapat puluhan kedai makan ikan bakar. Tapi, kelihatan hanya beberapa kedai yang penuh. Paling meriah rasanya Ana Ikan Bakar Petai. Perkataan "Ikan Bakar Petai" itu kelihatan amat menggamit. Akan tetapi, memandang Pn. Nurul anti-petai, maka, dibatalkan sahaja hasrat itu. Lalu, kami pergi ke kedai sebelah kedai Ana Ikan Bakar Kedai. Kedainya sangat lengang. Hinggakan tauke kedai terpaksa memannggil pelanggan untuk ke kedai beliau.

Sebetulnya, ini bukan kali pertama aku ke sini. Barangkali sudah tiga atau empat kali aku ke sini. Tapi, lama juga kiranya aku tidak ke sini. Kalu terakhir kalau tak silap aku tahun 2009. Dan, sebelum itu rasanya sekitar 2005. Kurang lebih, hanya setiap lima tahun aku ke sini! Hohohoho. Jadi, itu menyebabkan aku tidak tahu kedai ikan bakar mana yang sedap. Pada aku, yang namanya ikan bakar, pasti sedap!

Aku pergi ke kedai sebelah itu, memilih ikan dan menunggu hidangan. Agak lambat, walaupun hanya kami berdua sahaja yang menunggu hidangan. Rupanya tuan kedai tengah masak dulu makanan untuk anak beranak dan pekerja mereka. Lalu, baru aku tahu kenapa kedai ini tak ramai orang. Hohohohoho






Kami memesan makanan yang sederhana sahaja. Ikan bakar, sayur campur dan kerang bakar sahaja. Tak sedap kalau memesan banyak lauk. Tak "feel" bila makan ikan bakar. Harganya tidaklah terlalu murah atau terlalu mahal. Lebih kurang sama seperti di Medan Ikan Bakar Dungun. Rasanya juga begitu. 





Tapi, tak salah kiranya mencuba makanan di sini. Belum cuba, belum tahu. Nothing to lose, something to gain!


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin