Pages

Wednesday, March 12, 2014

Cara Mudah Download Video Youtube

Ini merupakan cara yang mudah untuk dowload video youtube. Tanpa plugin. Tanpa software. Tanpa add ons. Kalau kau tahap buta IT macam aku, boleh guna cara ini.

Bahan-bahannya.

Cara-caranya.
1) Rebus Youtube hingga mendidih. Buka Youtube. Cari video kesukaan kau. Video Mawi ke, video Siti Nurhaliza ke atau video teori konspirasi pesawat MH370.

2) Copy link video youtube tersebut.

3) Buka keepvid. Paste link youtube dalam ruangan yang disediakan. Kemudian klik DOWNLOAD

4) Akan ada security reminder oleh java. Klik sahaja run. Kalau kau tiada Java dalam pc kau, takkan keluar pop up ni. Kena download java dulu.

5) Kemuadian, akan ada pilihan kualiti dan format video. Pilih sahaja yang mana kau suka. Video berkualiti biasanya saiz fail agak besar.

Zaman aku belajar dulu, youtube takde lagi. Kalau ada memang aku dapat anugerah dekan 10 semester berturut-turut agaknya. Hohohoho.  Senang sebenarnya nak belajar pelbagai perkara dalam youtube. Banyak penerangan konsep dan aplikasi yang dikongsi oleh pengguna youtube seluruh dunia.

Juga, senang untuk kau muat turun dan menjadi lanun cetak rompak lagu. Dengan keepvid, kau boleh juga donwload audio sahaja. Tak macam dulu-dulu. Kena tunggu radio main lagu kesukaan kau, kemudian kena rekod pakai kaset.

Ok, itu sahaja. Nak masuk mengajar pula ni. Hohohohooh

Selamat mencuba!


Sunday, March 09, 2014

Jualan Penghabisan Stok Mizi Sport Kuala Terengganu

Misi asalnya untuk mencari glove untuk anak saudara aku. Katanya, beliau mewakili sekolah sebagai penjaga gol. Pihak sekolah tidak menyediakan glove. Lebih haru, di Bentong sukar untuk mencari kedai menjual goalkeeper glove untuk kanak-kanak 12 tahun.

Lalu, Sabtu lepas aku menjalankan misi mencari glove. Kedai pertama aku pergi, Mizi Sport. Berhampiran Kolej Komuniti Kuala Terengganu dan Stadium Sultan Ismail Nasirududdin Shah. Terpampang depan kedai "JUALAN PENGHABISAN STOK. POTONGAN 60%".

Pn. Nurul terus rambang mata. Aku, tenang-tenang sahaja. Hahahaha. Terus aku cari glove. Saiz 5. Malangya tiada. Yang ada hanya saiz 4. Itupun tinggal satu dan keadaannya tidaklah begitu baik.

Sekonyong-konyong aku nak meninggalkan kedai, penjaga kedai terus pancing aku. "Tengok-tengok dulu la bang barang lain. Murah ni. Potongan harga 60%. Pastu, beli 2 percuma 1!"

Aku terpengaruh. Terus ambil t-shirt 3 helai. Pn Nurul pun terpengaruh. Sambar selipar. Aku makin terpengaruh, sambar seluar jeans. Pn. Nurul tak mahu kalah, turut sambar seluar jeans dan beg!

Hohohohoho.

Sambil memilih, aku sempat berbual-bual dengan penjaga kedai. Katanya, kedai di Kuala Terengganu di tutup kerana ingin mengukuhkan bisnes di Lembah Kelang. Juga, katanya, jualan murah ini akan tamat hujung bulan ini.

Jangan lambat. Nanti tak dapat! Aku pergi tempoh hari pun banyak barang habis. Seluar jeans saiz 34-38 dah macam tak ada. T-shirt saiz M pun dah tak banyak.





Wednesday, March 05, 2014

Idea Strategi dan Pemasaran Online

Selain mengajar, aku juga ada berbisnes di internet. Secara kecil-kecilan. Cap ayam. Komang spanar. Ada masa banyak. Ada masa tak ada langsung. Bergantung kepada tahap kerajinan aku. Menariknya, dalam bidang ini, kalau kau rajin bulan ini, bulan depan baru kau dapat hasilnya. Ianya tidaklah serta merta seperti menjual kerepek. Hohohohoho

Teknologi dalam bidang ini juga sangat cepat berubah. Bukan sahaja teknologi, teknikal dan taktikalnya juga perlu sentiasa berubah supaya bakal pelanggan tak bosan.

Justeru, amat penting untuk aku sentiasa berada dalam gerabak yang betul. Untuk itu, ada juga aku menyertai seminar, kursus, webinar serta membeli ebook untuk memastikan pengetahuan aku dalam bidang ini adalah yang terkini.

Tapi, untuk menyertai seminar atau membeli ebook, memakan kos yang tidak murah. Seminar yang paling murah pun sekitar RM50-RM100. Yang sampai beribu ringgit pun ada! Memang rasa bebankan? Lebih-lebih kalau kau baru berjinak-jinak dan tiada modal yang besar.

Tapi, ada juga sebenarnya seminar dan ebook percuma. Tapi, jarang ada yang berkualiti.

Jarang bukan maksud tiada. Masih ada yang berkualiti. Malah, sangat berkualiti. Macam ebook ini.
http://bit.ly/1l0CFrh 

Biasanya, kalau ada ebook percuma, aku akan baca sekali lalu. Kalau rasa macam longkang, terus aku delete. Tapi, yang ini aku terus nak print! Kena betul-betul baca ni. Isi dia bukan calang-calang. Banyak idea-idea bernas pemasaran dalam ebook ni. Bukan satu, tapi 127!

Selain itu, membaca buku ini sangat santai. Bahasa mudah. Tidak bombastik. Tidak skema. Tapi masih menggunakan Bahasa Melayu penuh.

Juga, buku ini pada hemat aku sangat sesuai bagi orang baru atau orang lama dalam pemasaran internet.

Membebel panjang pulak aku. Mesti kau tak sabar nak bacakan? Hohohohoho <<< Macam poyo ayat ini.



Terus terang aku cakap, aku dapat RM1 kalau kau muat turun ebook tu. Hahahaha best tak aku?

Kalau kau nak dapat juga RM1 kalau orang download melalui link kau, kau boleh daftar juga melalui link yang sama.

Terus terang sekali lagi. Aku dapat 20 sen kalau ada orang download dari link kau. Hahahahah! Best tak aku?



Tuesday, March 04, 2014

Firefox atau Nuffnag yang Gila Babi

Lama tak menulis. Macam-macam cerita yang nak ditulis. Bersemangat ni! Berkobar! Ini kalau Pn. Nurul ada sebelah ni pun aku memang tak layan dah. Layan tulis blog lagi best! Hahahahaha

Namun, api kobaran aku itu padam. Hanya tinggal bara api sahaja setelah melihat paparan blog aku.

Kalau perhati, iklan Nuffnag tu dah tak rotate. Terus dia letak bawah macam tu. Aku tak pasti error ini disebabkan oleh Firefox atau coding Nuffnag yang tak ngam dengan Firefox. Tengok dalam Chrome ok je. (Jangan tanya Internet Explorer. Aku buka Explorer hanya untuk minta cuti sahaja)

Kau nampak apa bila tengok blog aku pakai Firefox? Ok tak? Kalau aku, Laptop aku ni kot yang gila babi! Hahahahah

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin