Minggu lepas, 27-29 Mei, aku kena pergi kursus "Komunikasi Berkesan" di Gem Beach Resort, Batu Rakit, Kuala Terengganu. Instructor tu suruh kami membuat satu cerita dengan lima ayat, dan setiap ayat mesti mempunyai perkataan yang sama. Aku memilih perkataan "kusut" untuk dijadikan cerita....
.
.
.
.
.
.
Pada satu hari yang kusut dan berserabut aku telah ke Kuala Lumpur.
Aku pergi ke Kuala Lumpur dengan menanaiki Iswara 1.3s aku yang comot dan kusut.
Ahhhh........ Kuala Lumpur, sungguh kusut hingga Iswaraku hanya mampu merangkak-rangkak walaupun ia mampu memecut laju.
Oleh kerana Kuala Lumpur sangat kusut, aku yang sedia kusut jadi bertambah berserabut.
Aku tertekan, lalu aku berhenti di Pasar Budaya dan jumpa seorang lelaki berambut kusut bermain gitar.
.
.
.
.
.
p/s: Cuba korang try
4 dari 5 ayat yang kau gunakan perkataan kusut dalamnya agak janggal bunyinya. Adakah sesuai penggunaannya mengikut kaedah Bahasa Melayu tulen?
ReplyDelete---------------------------
syam @ http://aeropama.blogspot.com
huhuhuhuh,
ReplyDeletelupa nak bagi tau.
kusut tersebut adalah mengikut definasi aku. sama seperti definasi puas(http://roshaizulnizam.blogspot.com/2008/04/ahhhhpuas.html) orang johor dan orang terengganu
Nak tanya..
ReplyDeleteapa itu linkage
Terangkan kepada kita yang tak berapa nak pandai nih..
linkage
ReplyDeletemari kita bertukar-tukar link
Baik.... tuan...
ReplyDelete