Thursday, October 30, 2008
Selekoh Maut Di Bukit Bauk
Lalu kedengaran pelbagai khabar angin dikalangan mereka-mereka yang turut sama menyibukkan diri.
"Dia bawak laju sangat. 140km/j!!!!"
"Dia berlumba tu...."
"Dia ngan family dia... kesian...."
"Dia ngan kawan dia, dua-dua kat spital sekarang"
"Dia nak gi Kemaman, rumah mak cik dia"
"Dia ni jiran aku ni..."
"Kereta dia berguling 2 kali"
"Dia langgar tiang, pastu langgar pokok, pastu baru la masuk gaung"
Aku hanya mengangguk dan mengiakan sahaja. Malas aku nak jadi internet bergerak.
Tetapi, memang aku akui selekoh di Bukit Bauk itu agak bahaya, kerana jalan di situ agak beralun. Kalau dengan Iswara aku yang laju tu pun, paling berani aku hanya bawa 80km/j ketika melalui selekoh tersebut. Jadi, hati-hati di selekoh maut Bukit Bauk!!!
Wednesday, October 29, 2008
Cis! Jangan Kau Beri Sudu Itu Padaku!
Jauh perjalanan luas pengalaman. Masih lagi bercerita kepergian aku ke Melaka, walaupun aku berada di Dungun sekarang ni. Jalan-jalan di Melaka, aku terjumpa satu sudu yang pelik rupa parasnya, dan tidaklah praktikal penggunaannya. Bukan sahaja di hotel tempat aku menginap, tetapi ada beberapa kedai di Melaka menggunakan sudu tersebut.
Biarpun sudu tersebut sungguh cantik dipandang mata, tetapi aku tidak suka sudu ini kerana:-
1- Kecil sangat, susah nak mengacau dan tak puas.
2- Diperbuat dari plastik, dan plastik sedikit sebanyak akan mencair bila dicelup dalam air panas.
Owh! Sungguh tak best sudu itu!
Tuesday, October 28, 2008
Sungguh Hebat Stesen Minyak Petronas Itu
Sampai je tempat parking nak isi minyak, ada seorang pekerja stesen tersebut suruh aku buka bonet. Lalu, beliau pun memeriksa enjin aku serba sedikit; minyak hitam, minyak brek, penapis angin dan juga radiator. Melihatkan air radiator aku sama warnanya dengan teh tarik yang tawar, beliau menawarkan perkhidmatan mencuci radiator dengan percuma, dengan syarat aku mesti membeli coolant dari stesen tersebut. Aku setuju.
Aku setuju bukan kerana perkhidmatan mencuci radiator percuma. Aku setuju bukan kerana coolant yang dijual murah. Tetapi aku setuju kerana aku amat kagum dengan idea bisnes stesen minyak tersebut. Erm.....
Sunday, October 26, 2008
Mencari Hang Tuah
Aku menginap di Hotel MITC Ancasa. Kalau korang inginkan hotel yang bernilai untuk wang, MITC Ancasa seharusnya menjadi pilihan yang terakhir. Hotel tak seberapa, tapi caj yang dikenakan agak tinggi (pada aku la...).
Sempat juga henpon cap kambing gurun aku mengambil gambar Menara MITC, bersebelahan dengan Hotel MITC Ancasa.
Bila malam menjelma, aku menelifon sahabat lama aku, Rizam dan Pais yang memang menetap di Melaka. Aku katakan pada mereka, "Aku nak jumpa Hang Tuah". Lalu mereka membawa aku ke Hang Tuah Mall.
Cis! Pasti Hang Tuah sedey bila melihat namanya diabadikan di "Mall" yang sebegitu rupa. Kemudianya mereka membawa aku berjalan-jalan di sekitar Melaka. Lalu mereka membawa aku ke "Uptown Melaka". Cis! aku rasa pasar malam kat bandar Tenggara 10 kali besar dari "Uptown Melaka". Berhampiran "Uptown Melaka", terdapat roda ferris, "Eye of Melaka". Caj sekali naik roda ajaib itu, hanya RM5 sahaja.
Kemudian mereka membawa aku ke Dataran Ayer Keroh. Kalau nak lihat gadis-gadis seksi dan aksi ringan-ringan boleh saja korang ke sini.
Tapi, aku rasa kehidupan di Melaka pasti menyenangkan. Jalan cantik, makanan murah dan banyak tempat-tempat untuk menenagkan fikiran...
Saturday, October 25, 2008
Tiub Moto Untuk Dijual
Dengan itu, stok aku aku masih lagi bersisa. Dan aku hendak menjual stok-stok lama tersebut kepada sesiapa yang berminat. Stok lama tersebut adalah....(jeng, jeng, jeng)
Tuesday, October 21, 2008
Kursus Pengurusan Kewangan Peribadi
Satu kursus kewangan peribadi akan diadakan pada 14 November 2008 di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun. Kepada warga Terengganu yang berminat, boleh saja menghubungi aku, roshaizul (019-722 3166) atau pengarah kursus Terengganu, en.roswady ((013-922 3252).
Untuk maklumat lanjut mengenai kursus tersebut boleh juga korang menghubungi aku dan en.roswady atau boleh juga korang meluncur ke website ini.
Pembaca blog ini yang mendaftar untuk kursus tersebut, akan mendapat hadiah misteri dari aku. (sila baca dengan nada pengacara Misteri Nusantara....)
Monday, October 20, 2008
Services Curently Not Available
I'm sure, very sure that problem not only happen to me in Dungun, but to all ASTRO subscribers all over Malaysia. More worst, their call center line always busy sokmo. Erm...
Maybe ASTRO must make a huge improvement to their "piring ajaib". Maybe the design of the "piring ajaib" should like "mencurah air di daun keladi" concept.
Thursday, October 16, 2008
Dungun Oh Dungun...
"Minta pihak Agro Bank Dungun asingkan urusan buka akaun baru kerana ambil masa terlalu lama. Ramai pelanggan bosan menunggu. - JEBAT85[IMA35048]"
-Aku tak pernah pergi Agro Bank. So, no kemen!
"Bila lagi hospital baru Dungun nak dibina? Yang ada sekarang cuma berfungsi sebagai transit dan 80 peratus kes dirujuk ke Kuala Terengganu. - MAN3[IMA43234]"
- Aku setuju. Diharap juga kualiti perkhidmatan meningkat berbanding dahulu! :p
"Harga barang keperluan harian dan ikan terlalu mahal di daerah Dungun, pihak berwajib tolong atasi masalah ini. - JEBAT65[IMA35048]"
- Aku setuju! Tapi sebagi seorang peniaga kerepek, aku rasa ini adalah peluang!
Wednesday, October 15, 2008
Kedai Motor Itu Menjual Nombor Ekor
Mr. J: Jam, jom pergi kedai moto jap.
Aku: Buat apa nak pergi kedai moto? Ko nak beli moto ke?
Mr. J: Tak la...
Aku: Abis tu?
Mr. J: Adala...
Aku: Ok la...
Sampai saja kami di kedai motor itu...
Mr. J: Ko tunggu dalam kete jap.
Aku: Orait babeh!
Aku pun menunggu dan sempat mengambil gambar kedai itu menggunakan henpon cap kambing gurun. 10 minit berlalu dan Mr. J pun kembali ke kereta aku.
Aku: Siap dah?
Mr. J: Siap!!!
Aku: Ko buat apa kat kedai motor tu?
Lalu Mr. J pun menyerahkan kepada aku 2 helai resit.
Aku: Cis! Ko beli nombor ekor. Haram jadah. Ko nak masuk neraka ke? Apa kejadahnya kedai motor tu jual nombor ekor?
Mr. J: Kedai tu jual nombor ekor haram...
Aku: Ada ke kedai nombor halal?
Mr. J: Ada... kedai Magnum dan Sport Toto
Aku: ??????
Lama aku berfikir. Kemudian aku mengemukakan satu teori kebarangkalian yang mudah kepada Mr. J
Aku: Hadiah pertama dapat barapa hengget?
Mr. J: Kalau main seringgit besar, boleh dapat RM2500.
Aku: Ko penah dapat?
Mr. J: Jangan kata hadiah pertama, saguhati pun aku tak dapat!!!
Aku: Dah tu yang ko bongok sangat main nombor apsal?
Mr. J: Errr......
Aku: Ko bayangkan, dari 0000 hingga 9999 ada ada 10,000 kombinasi. Ini bermakna, bagi setiap satu nombor yang ko beli, kebarangkalian untuk ko menang adalah 0.01%. Memang nampak mustahil beb! Memang ko tak akan kaya dengan beli nombor ni, yang kaya kedai motor tu...
Mr. J: Err....
p/s: Jangan main nombor. Haram! Ada paham?
Tuesday, October 14, 2008
Pekan Itu Banyak Nenas
Seperti kelihatan seperti tiada apa-apa. Tapi, cuba perhatikan gambar bahagian bawah kedua-dua gambar di atas. Bahagian bawah itu merupakan tanaman nenas! Seluas saujana mata memandang. Seperti padi di Kedah kelihatannya.
p/s: Gambar sedikat malap kerana diambil menggunakan henpon cap kambing gurun
p/s/s: Info nenas di Malaysia
Monday, October 13, 2008
Permintaan Melebihi Penawaran
p/s: Gambar diambil oleh rakan kongsi aku.
Thursday, October 09, 2008
Tip Penjimatan Pada Hari Lebaran
Berikut adalah tip penjimatan melalui pengalaman aku berhari raya sebanyak 21 kali.
Duit Raya
Zaman sekarang ni, duit raya paling ciput pun RM1. Itu pun ada budak-budak yang merungut. "Eleh, seringgit je. Cis, kedekut sungguh Pakcik Ijam ni". Ada sebuah keluarga di Felda Inas di Kulaijaya tidak memberi duit raya sebanyak seringgit. Tapi, mereka siapkan bungkusan kecik yang mengandungi gula-gula sebanyak empat biji dan duit siling sebanyak 50sen. Setelah diteliti, kos bungkusan dan empat biji gula-gula hanyalah 20sen. Ini bermakna korang hanya mengeluarkan modal 70sen untuk setiap bungkusan. Kalau seratus bungkus, baru RM70. Ini pastinya amat menjimatkan berbanding RM1. Barangkali budak-budak akan gembira. Ye la, duit dapat, gula-gula pun dapat.
Baju Melayu
RayaKorang pakai je baju melayu raya tahun lepas. Bukannya selalu korang pakai baju melayu tu. Paling kerap pun seminggu sekali pada hari Jumaat (melainkan korang kerap ke masjid dengan berbaju melayu). Ada sesetengah kawan-kawan aku mesti nak buat baju melayu baru setiap tahun. Alasan mereka "Raya kan setahun sekali". Aku tanya "Pas raya baju tu ko nak pakai ke?". Alasan mereka lagi "Kalau tak pakai aku boleh bagi kat umah anak yatim". Aku perli "Ko ingat anak yatim tu muat ke nak pakai baju ko yang dah jadi second hand tu?"
Kuih Raya
Korang pakat dengan 10 orang atau lebih kawan-kawan korang. Kemudian, belilah dengan kuantiti yang banyak. Kemudianya lagi, ko tanya tauke yang jual kuih tu "Ni saya beli banyak takde diskaun ke"? Nak jimat lagi? Buat sendiri la...
Langsir Raya
Pakai je langsir raya tiga tahun lepas. Orang tak akan perasan tu langsir lama. Tapi dengan syarat. Langsir tu mestilah langsir yang segar malar rupa parasnya. Tidak terlalu bercorak dan tidak banyak ropol-ropol yang melayut-layut.
Jalan-jalan Raya
Ni paling senang nak buat pada pendapat aku. Pertama, kongsi kereta. Kedua, rancang perjalanan. Ketiga, agak keadaan trafik. Keempat, kenal pasti jalan alternetif. (Macam iklan keselamatan jalan raya pulak rasanya)
Air Raya
Tak payah beli minuman segera berkabonat. Sebotol RM3. Takkan la beli sebotol untuk raya, paling kurang satu karton. Beli je kordial CNI. Nak lagi jimat beli pati berperisa cap dua singa. Nak lagi jimat, air kosong cukup la. Kalau mak mentua korang kata korang kedekut, ko jawab je begini "Air kosong bagus untuk kesihatan mak. Lagi pun, mak kan ada kencing manis. Jadi, tak boleh minum air manis-manis. Sebab saya sayang mak la saya hidang air kosong je ni"
Rumah Terbuka
Hari raya masanya untuk ziarah-menziarahi. Rumah korang pasti sentiasa terbuka di hari raya. Buat apa lagi nak buat rumah terbuka?
p/s: Just my 2 cent. Huhuhuhuhuh.
Wednesday, October 08, 2008
Drama Meleleh
Terus terang, aku tidaklah begitu teruja untuk menonton rancangan-rancangan tersebut kerana aku lebih suka beraya menziarah saudara dan rakan-rakan di serata pelosok negeri Johor, dari Muar ke Johor Bharu, juga dari Pontian ke Kota Tinggi, dan tidak ketinggalan di Bandar Tenggara.
Menarik, setiap kali aku berkunjung ziarah ke rumah orang, pastinya mereka akan menyalakan suis peti televisyen mereka. Kebetulan, kebanyakan rumah yang aku pergi rancangan drama meleleh sedang ke udara di peti televisyen mereka.
Pemerhatian aku, tidak kurang 10 drama meleleh telah ke udara sepanjang hari raya. Ini menunjukkan para pembikin drama Malaysia amat gemar menerbitkan drama yang pelakonnya mesti menangis. Jika ditanya oleh wartawan hiburan mengapa mereka ini gemar membikin drama meleleh sempana hari raya, barangkali ini jawapan mereka "Itu kehendak penonton. Kita buat drama untuk orang tengok. Tak guna buat drama yang orang tak nak tengok". Barangkali juga mereka akan menjawab begini, "Drama yang saya buat ni akan memberi keinsafan kepada penonton".
Aku setuju dengan pendapat mereka itu. Tapi, kalau sampai sepuluh drama leleh setiap kali raya, apa kejadahnya. Muak! Bukan ke Eidulfitri adalah tentang meraikan kejayaan? Bukan ke Eidulfitri adalah tentang kegembiraan?
Apa kata sekali sekali dibuat pula cerita tentang cabaran mualaf berpuasa, misalnya. Ataupun kisah perjalanan kejayaan seorang ahli perniagaan muslim. Boleh juga dibuat drama tentang kegembiraan seorang anak yang berjaya memajukan ekonomi keluarganya.
p/s: Gue suka bangat sinetron Diari Ramadhan/Raya Rafique.
Tuesday, October 07, 2008
Balik Bandar
Encik B: Selamat hari raya Jam. Maaf zahir batin. Kosong kosong!
Aku: Ye, selamat juga untuk ko, maaf zahir batin.
Encik B: Tak balik kampung ke?
Aku: Tak...
Encik B: Aik? Ko nak jadi anak derhaka ke? Nak jadi malim kundang? Nak jadi si tanggang?
Aku: Jadahnya aku nak jadi malim kundang. Tu la ko, tengok sinetron malim kundang banyak sangat. Aku memang tak balik kampung, tapi aku balik bandar.
Encik B: Balik bandar?
Aku: Aah la. Aku balik BANDAR TENGGARA! Huhuhuhuhuhu
Encik B: ??????
Saturday, October 04, 2008
Selamat Hari Raya
Belum terlambat rasanya untuk aku mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada semua pengunjung blog aku. Barangkali ada sesetengah post aku yang akan membuat korang marah ataupun seperti terasa ada sembilu dihati.
Aku bukan sengaja untuk tidak mengupdate blog. Tetapi, tempahan kerepek yang begitu menggila membuat aku tak menang tangan dan membuatkan aku tertekan! Huhuhuhuhuhuh. Tetapi, tekanan yang aku alami itu terbayar dengan keuntungan yang agak lumayan serta pasaran yang makin meluas!!!!
Dan lagi, kesibukan untuk persiapan raya juga membuatkan aku lalai dari mengupdate blog ini.
Kini, aku berada di Bandar Tenggara, bercuti untuk tempoh 2 minggu, hingga 12 November yang akan mendatang...