Thursday, December 04, 2008

Peminat Sejati 2

Dungun cerah dua hari kebelakangan ni setelah seminggu matahari tidak kelihatan. Tempoh seminggu itu amat menyeksakan pada aku. Selepas seminggu yang sejuk itu, aku mengalami batuk, sakit tekak dan sakit mata. Huhuhuhuhu.

Ada satu malam dalam seminggu yang sejuk itu, aku keluar untuk makan sup - memanaskan badan dan melegakan tekak. Lalu singgahlah aku di sebuah kedai makan di Jalan Lapangan Terbang, Dungun. Dan aku melihat sekumpulan peminat sejati...


Owh! Mereka sedang melihat gusti. Sungguh asyik mereka menonton. Teringat aku suasana di kedai makan Birin di Bandar Tenggara. Kedai itu pernah menjadi tumpuan peminat gusti untuk menonton CD gusti yang terbaru.

Tetapi, yang menghairankan aku, mereka di dalam gambar di atas agak tenang menonton gusti, berbanding dengan suasana di kedai makan Birin yang agak kecoh
"Ha! Hentam kepala dia"
"Ek eleh...pura-pura sakait la tu"
"Yang tu jahat tu!"
"Kasi hentak sikit dia punya k***k tu!"

Aku? Aku bukanlah peminat gusti, walaupun aku mempunyai gaya seperti Undertaker (si penggali kubur) .... Huhuhuhuhuh

4 comments:

  1. Selamat Hari Raya. hr ni ribut lain mcm setelah 2 hari cerah

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya bro, tu ah, tegok dalam berita, dungun banjir teruk

    ReplyDelete
  3. tu dah 2~3 kali ulang tayang dah tu.tu yang memasing dok relek je.tapi masa aku kecik2 dulu,time player belum ada kat umah memasing,macam pasar malam warung2 tepi jalan kat felda2 tu.dengan aku2 skali dok tang jauh relek atas basikal BMX aku.kihkihkih...

    ReplyDelete
  4. owh! engko peminat gusti juga rupanya

    ReplyDelete

Nak duit bila tinggalkan komen?

KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT