Jalan-jalan di Johor Bahru yang keliru tempoh hari.
Dalam perjalanan pulang melalui Kota Tinggi untuk ke Bandar Tenggara, aku singgah di Hentian Rehat Panti. Atas meja di salah sebuah kedai, terdapat telur pindang. Memang klasik beb. Lama aku tak makan telur pindang. Dulu, kalau pergi kenduri kawin, mesti tuan rumah beri telur pindang sebagai bontrot/berkat/buah tangan. Sekarang susah nak jumpa. Biasanya tuan rumah beri kek/gula-gula/jajan.
Memang sedap sekali telur pindang tu. Memang kena dengan bakso yang aku pesan di gerai itu.
Kalau kau orang Johor, untuk mendapatkan telur pindang itu dalam kuantiti banyak, kau boleh hubungi En. Jalil di talian 019-7416610. Gerai beliau nombor 11.
Kalau kau orang Terengganu, aku boleh tolong kau belikan telur pindang itu dari En. Jalil. Tapi, hulur sikit la duit minyak kat aku. Huhuhuhuhu
▼
Tuesday, March 31, 2009
Monday, March 30, 2009
Komen Pelajar
Sebagai pensyarah politeknik, bukan hanya aku sahaja yang akan menilai pelajar, tetapi pelajar juga akan menilai aku. Pada akhir borang penilaian, pelajar dikehendaki memberi komen yang tulus dan ikhlas mengenai corak dan cara pengajaran aku. Berikut, antara komen yang ditulis oleh pelajar aku, Diploma Automotif semester 5.
No komen.
Kau macam artis la pulak..
Hidup PSMZA
Err...ini komen pasal aku. Bukan pasal poli ni!
Encik nie best...senang jadi idola poli.
Apa kau ingat kau juri Malaysia Idol ke?
Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi.
Nasib baik aku takde kelas hari Ahad tengahari. Kalau tak, sudah pasti aku tahu siapa yang menulis komen ini.
Pensyarah yang berkebolehan, naikkan pangkat encik.
Err...aku tak pasti ini adalah komen yang ikhlas atau sekadar mahu membodek. Jika ini adalah ikhlas, sesungguhnya aku tak mahu naik pangkat, aku nak naik gaji! Huhuhuhuh
Hidup mestilah t'atur, jangan suka membuang sampah, ini mencemarkan alam sekitar, suasana yang sihat ditangan anda.
Aku percaya, budak ni akan menjadi Menteri Alam Sekitar suatu hari nanti.

Friday, March 27, 2009
Lelaki Gila Seks
Ada seorang kawan aku mengadu. Awek beliau diganggu oleh seorang lelaki gila seks. Lelaki itu menawarkan korset percuma berjenama Cosway kepada awek ini. Bagi memperolehi korset itu, awek itu perlu menjawab beberapa soalan. Antaranya saiz bra dan pinggul. Kemudiannya, lelaki ini memberitahu bahawa untuk kelihatan kurus, awek itu harus melakukan onani dengan kerap, lebih kurang 3 kali seminggu. Kelucahan lelaki ini semakin bertambah apabila beliau menerangkan cara-cara untuk onani. Owh! Macam haram.
Awek ini ketakutan, lalu menceritakan kepada kawan aku yang merupakan teman lelaki beliau. Kawan aku ini menelifon Cosway bagi mengesahkan promo korset percuma. Nyata, Cosway tidak membuat promo seperti itu. Nyata juga, lelaki gila seks itu adalah penipu.
Kawan aku menayakan kepada aku apa yang harus beliau buat. Aku mencadangkan beliau dan awek beliau segera sahaja melaporkan kepada polis. Lalu, aku mencadangkan supaya nama samaran lelaki gila seks itu dan nombor telefonnya dipaparkan di blog yang suam-suam kuku ini.
Nama Samaran: Azlan
No. Telefon: 019-6335724
Jadi, gadis-gadis diluar sana harus berhati-hati dengan nombor telefon ini. Manakala kepada jejaka yang mempunyai banyak kredit dan masa lapang, boleh saja melakukan misscall kepada lelaki ni dengan kadar sekali bagi setiap 15 minit. Huhuhuhuhuhuh

Thursday, March 26, 2009
Kerana Tiada Kesedaran Sivik
Pada satu hari, setelah mengisikan petrol pada Iswara kesayanganku di stesen minyak Petronas di hadapan Sekolah Sains Dungun, aku berkira-kira untuk mengisi angin pada tayar kereta aku. Lalu, aku bergegas ke kawasan untuk mengisi angin.
Kedapatan di situ sebuah kereta memakir di kawasan tersebut. Aku kira pemandunya sudah selesai mengisi angin dan hendak berlalu pergi. Kira-kira 5 minit menunggu, tiada pergerakan dari kereta itu. Aku turun, rupanya tiada orang dalam kereta itu. Cis!
Lalu, dengan terpaksa, aku memakir kereta aku di belakang kereta tersebut, kerana tiada ruang untuk aku memakir di kiri atau kanan kereta tersebut. Dengan bersusah payah, aku menarik hos angin dan hanya tayar hadapan kereta aku dapat dipam. Aku kecewa. Jika diturutkan nafsu amarah, hendak saja aku pecahkan cermin sisi kereta tersebut, membuka pintunya, menurunkan brek tangannya dan menolak kereta itu ke samping; seperti yang pernah aku lakukan sewaktu muda dahulu.
Pada hemat aku, pemandu tersebut adalah buta huruf, dan mendapat lesen melalui program "JPJ Bersama Rakyat", dimana tiada ujian bertulis diadakan. Aku berkata demikian, kerana beliau tidak boleh membaca papan tanda ini.
Ataupun, jika beliau boleh membaca, barangkali beliau tiada kesedaran sivik kerana kerap ponteng sewaktu bersekolah dahulu. Itu teori kebarangkalian aku. Jadi, apa pula teori kebangkalian engkau?

Iklan Layanan Masyarakat 4: Rumah Untuk Dijual
Monday, March 23, 2009
Celik IT 2
Gambar diambil di Makmal Robotik, Politeknik Dungun. Kedua-dua mereka sangat celik IT. Jauh rasanya ilmu IT mereka dengan aku. Mereka kelihatannya sangat IT dengan laptop, kamera digital, pemutar skru, telefon bimbit, tugasan pelajar, kotak rokok, post-it-notes, fail, kunci kereta. Tidak ketinggalan termos air di atas kiri gambar.
Dah macam peraduan mencari gambar tersembunyi...

Sunday, March 22, 2009
Baru Nak Pasang?
Kisah Yang Tidak Senonoh
Post yang keempat hari ini. Pergh, gila babi. Rekod untuk hari ini.
Ahad lepas, aku membawa mak bapak dan adik-adik aku untuk jalan-jalan cari bini di Kuala Terengganu. Selepas jumpa bini yang diinginkan di Pulau Rusa, kami singgah di Losong. Kemudiannya terus ke Masjid Terapung di Kuala Ibai.
Cuaca hujan waktu itu. Terasa pundi kencing begitu penuh. Kalau tidak dibuang, air itu akan mendak dan menghasilkan batu karang. Aku bergegas ke tandas di Masjid Terapung itu. Cis!!! Tutup!!!
Tiba-tiba ada seorang pakcik bagitau aku "Kat luar tu ada tandas". Aku bergegas ke luar masjid itu, di kawasan orang jual cenderahati. Sekali lagi aku menyebut, cis!!! 50 sen!!! Aku menjangkakan tandas itu cemerlang kualitinya. Maklumlah, bayar 50 sen. Tapi, sokong bawa rebah.
Durjana aku rasa tandas itu. Dengan bau yang tidak menyenangkan dan kemudahan yang sama tahap dengan tandas awam yang percuma.
Aku tak paham apa yang mereka cuba lakukan. Tapi, seolah-olahnya mereka cuba menghalang orang ramai berkunjung ke Masjid Terapung dan Kuala Ibai. Dan mereka seolah-olah cuba membunuh industri pelancongan di Terengganu. Apa agaknya yang mereka cuba lakukan? Hairan aku...

Iklan Layanan Masyarakat 3: Prudentual BSN Takaful
Post ketiga untuk hari ini....
- Apakah yang kita sediakan untuk anak-anak dan keluarga, ketika kita "tiada"?
- Mahukah bil-bil rawatan dan pembedahan kita di Hospital Swasta ditanggung?
- Adakah kita terpaksa bekerja apabila sudah bersara, bagaimana dengan hari tua?
Miliki Kad Perubatan 3 dalam 1,
- Pembiayaan Kos Perubatan
- Simpanan Hari Tua / Pendidikan
- Pampasan Kematian, Kemalangan dan Penyakit Kritikal.
Kalau kau berminat untuk mendapatkan polisi ini, hubungi Lukman Hakim di talian 019-272 6469.
Atau, kalau kau duduk menganggur adalah lebih baik kau menjadi ejen. Kelas dan bimbingan disediakan. Modal air liur sahaja. Berminat? Hubungi Kak Zu di talian 012-388 9293.
Takde kredit nak call? Kau klik sini.

Tag Ke 11
Post kedua untuk hari ini dan tag yang kesekian kalinya dari Halena. Beliau memegang gelaran "Manusia Yang Paling Kerap Mengetag Aku"
------------------------------------------------------
1)kitak ada rahsia sik??
Aku tak paham soalan ni. Jadi, aku tak boleh jawab.
2)kitak mok bergerek ngan laki yg mudak dr umo kitakkah?
Owh! Aku bukan gay. Aku lelaki sejati!
3)kitak sukakah pergi kolej?
Huh! Hari-hari kena pergi
4)Pa polah kitak mun ada duit sejuta?
Buka asrama anak yatim.
5)Adakah kitak sanggup bercinta dgn kwn kitak pon?
Mungkin
6)Nak ni lebih bagus,rasa dicintaikah atau mencintai urang?
Dua-dua
7)5 lagu kesukaan kitak?
Lagu Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi
Dari Sinar Mata - BPR
Lagu Tema Gaban
Nyalakan Azam
Gila Judi -M.Daud Kilau
8)Mun urang disuka kitak ya dah ada urang lain,apa akan kitak polah?
Tah ek, tak tau la.
9)5igek rancangan tv paleng kitak suka?
Majalah 3
Buletin Utama
CSI
National Geographic Special
Raja Lawak
10)Kitak ada apa-apa yg disesalkan dalam idup?
Tiada.
11)Kitak akan jadi macam kitak kitek tok kah mun kitak(kononnya) dilahirkan semula?
Owh, tak terpikir la pulak. Mati kan sekali jer.
12)Apa wish kitak maok masa tok?
Hati tenang, tiada hutang.
13)Kitak rasa apa jenis insan yang tagged kitak ya?
Aku tak rasa apa-apa pun.
14)Mun di berik pilihan,kitak sanggupkah jadi urang ''bujang tp kaya'' atau sanggup ''berkahwin tp miskin''?
Kahwin
15)Apa kaler kesukaan kitak?
Biru laut.
16)Kitak sanggup berkorbankah demi sebuah hubungan?
Ya.
17)Mun lah kitak jatuh cinta duak urang sekaligus,nak ney dipilih kitak?
Err...
18)3igek perkara yang teringin kitak mok polah sik dapat2?
Kahwin
Nissan AD Resort
Helikopter
19)Sapa mangsa tag kitak yang seterusnya?

Papan Tanda Yang Mengusutkan Keadaan
Seminggu aku tak online. Ada tugas rasmi yang perlu dilakukan di Johor Bharu dan Kota Tinggi. Sudah lama kiranya aku tidak ke Johor Bharu. 3 tahun barangkali. Nyata, Johor Bharu banyak berubah. Banyak flyover telah wujud, antaranya di persimpangan ke Pontian/UTM Skudai. Juga di Taman Perling ada flyover menuju lebuhraya ke Gelang Patah/Nusanjaya.
Walaupun dulu kerap aku ke Johor Bharu, tapi aku sesat juga. Bukan kerana banyak jalan yang berubah, tetapi kerana papan tanda jalan yang mengelirukan. Ada juga papan tanda yang dilindungi pokok sepenuhnya.
Masalah papan tanda jalan ni bukan hanya berlaku di Johor Bharu, malah di seluruh Malaysia. Pada hemat aku, papan tanda di Malaysia ni hanya ditujukan pada mereka-meraka yang amat biasa dengan sesuatu tempat tersebut. Erm...
Mujur aku membawa google maps bersama, walaupun tidak 100% membantu, namun ia amat membantu tatkala aku kusut membaca papan tanda jalan yang mengelirukan. Kelemahan utama google maps: dia tak kira jalan rosak, jalan ada divider, jalan sesak, ataupun jalan berubah, dia main bedal je. Kalau aku mempunyai kereta terbang, mungkin google maps 100% boleh membantu. Ermm...

Sunday, March 15, 2009
Cabul
Dungun: Seorang budak lelaki berusia 11 tahun menggunakan alasan mahu membuang semut ketika memperdaya kanak-kanak perempuan lima tahun supaya membuka seluar, kelmarin. Dia kemudian mencabul mangsa di kuartes kakitangan kerajaan Kampung Bukit Besi di sini,
Begitulah rupa paras tajuk muka depan akhbar Harian Metro. Kebejatan sosial semakin menjadi-jadi di kala ini.
Barangkali kerana ibu bapa salah mendidik.
Barangkali kerana guru salah mengajar.
Barangkali kerana pemimpin yang sibuk bercakaran merebut kuasa, pangkat dan wang.
Barangkali juga kerana akhbar yang paling laku itu kerap memaparkan berita yang sensasi dan berada dalam kategori 18sx atau 18 pl.
Ops! Nanti dulu. Jangan menunding jari kepada sesiapa. Apa yang penting, kerja...sama (sila baca mengikut nada Wonderpet).
Ibu bapa, cakna sikit kat anak-anak.
Guru, kembali ke Falsafah Pendidikan Negara. Kau tak tahu? Baik kau berhenti jadi cikgu.
Pemimpin, sila tengok Wonderpet atau Spongebob.
Harian Metro, kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. Jadahnya kau siarkan berita stail cerita blue 2 bintang dalam surat khabar kau?

Saturday, March 14, 2009
Penilaian Tahap Kecekapan.
Jangan kau harap akan ada nota PTK di dalam post ini.
Kali kedua aku mengambil PTK, setelah kecundang sewaktu percubaan pertama.
Terasa juga (teramat) sedikit bebanan dan bahang PTK. Sempat la juga aku menggelupur menyerap segala ilmu dan soalan-soalan bocor. Situasi itu sempat dirakam dengan sengaja oleh Acik di sini.
Peperiksaan berlangsung sejam. Tetapi kebanyakan calon sedah keluar seawal minit ke20 peperiksaan berlangsung. Tinggallah aku yang tak berapa bijak ini termanggu-manggu mencari jawapan yang benar. Hinggakan sampai ke satu tahap, kerana ingin meredakan kekusutan melanda, aku mencuri mengambil gambar dewan peperiksaan yang telah kosong.
Aku tanya salah seorang bos aku, Mazudi. "Berapa kali dah kau ambil PTK?". Beliau menjawab "6 kali". Adakah aku akan mengambil jumlah sebanyak itu? Owh....!

Thursday, March 12, 2009
Bijak Kalkulator
Sabtu lepas, aku menjadi fasilitator bidan terjun Kursus Bijak Kalkulator untuk para pelajar politeknik Dungun. Aku menjadi fasilitator bidan terjun kerana tiada pensyarah lain yang "available" di kala itu. Juga, aku sekadar ingin mengutip pengalaman, kerana ini adalah julung kalinya aku menjadi fasilitator.
Mulanya aku sedikit menggelupur kerana sudah lama kiranya aku meninggalkan alam perkalkulatoran. Walaupun aku mengajar subjek yang memerlukan analisis pengiraan mendalam, tetapi hanya fungsi asas, trigonometri dan sedikit pembezaan sahaja yang digunakan. Juga, aku masih selesa menggunakan kalkulator jenis lama yang tidak boleh digunakan untuk mengira permasalahan matrik dan persamaan serentak serta mempunyai pelbagai lagi limitasi. Tapi syukur kepada Allah kerana memberikan aku otak sehebat ini! Huhuhuhu
Mengujakan, peserta kursus ini adalah sukarela untuk menyertainya. Pastinya aku tidak menghadapi masalah untuk menjadi fasilitator mereka.
Paling mengujakan, hampir 80 peratus peserta adalah perempuan. Ternyata mereka ada kesungguhan yang tinggi untuk belajar. Dan, aku ditugaskan untuk menjadi fasilitator kepada satu kumpulan yang semuanya perempuan! Huhuhuhuhu.
Itu merupakan satu pengalaman baru juga kepada aku. Memandangkan aku mengajar kejuruteraan mekanikal, amatlah sukar sebenarnya untuk menemukan semua pelajar kelas adalah perempuan. Juga, biasanya aku akan mengajar kelas Diploma Automotif yang pastinya 99% adalah lelaki.
Mulanya agak gugup juga, namun setelah 5 minit keadaan menjadi seperti biasa.
Gambar sengaja dikaburkan. Mereka kata, malu rasanya apabila wajah terpampang di weblog yang suam-suam kuku ini.
p/s: Aku pasti Cik Nurul akan menelifon selepas membaca post ini. Huhuhuhuhuhu

Tuesday, March 10, 2009
Gaya Terkini: Baju Terbalik
Gambar di ambil sejurus selepas aku mengambil gambar untuk post "Dungun Barang Mahal Macam"
Tengok betul-betul gambar di atas. Mereka memakai baju terbalik.
Tengok betul-betul. Baju tersebut memang direka sedemikian. Mengapa?
Mengapa mereka membeli baju tersebut?
Barangkali mereka ada sebab yang tersendiri...
Barangkali mereka ingin dilihat berbeza dari yang lain...
Barangkali mereka seorang yang suka akan perubahan...
Barangkali mereka berani menongkah arus...
Barangkali gadis zaman sekarang suka jejaka berpakaian terbalik... Jadi, gadis-gadis, sila komen. Yang tak berapa gadis pun boleh komen juga. Jejaka yang perasan boleh juga memberi komen.

Sunday, March 08, 2009
Dungun Barang Mahal Macam...
Hari tu, aku buat ujian untuk pelajar aku, budak-budak Diploma Automotif, subjek Kaji Daya Bahan 1. Dan, seperti biasa, skil meniru cap kambing gurun masih lagi menjadi amalan.
Ujian selama 90 minit, tanpa rehat. Aku bosan. Sempat juga aku menyapu bahagian belakang kelas dan membaiki meja-meja yang hampir jahanam. Tiba-tiba aku ternampak satu tulisan vandalisme,
Aku tersenyum. Ternyata tulisan itu menarik perhatian aku berbanding tulisan berikut,
"Awek cun 017-xxxxxxx"
"SKM The Best"
"W = F x S"
"kos 0 = 1"
"Motor rempit. Paling laju. TAA 4xx4"
"Piee selamba kodok"
Barangkali pasti kau berteka teki kenapa di biarkan ayat tersebut tidak bersambung "Dungun Barang Mahal Macam...". Jadi telahan aku.
1. Beliau ter'kantoi' dengan pensyarah beliau. Lalu beliau diarahkan berdiri di hadapan kelas, dengan memakai helmet dan menjulang marker sehingga kelas tamat.
2. Sedang menulis, seorang gadis rupawan melintas. Beliau terpesona lalu terus mengurat gadis tersebut.
3. Beliau memang mahu orang yang membaca tulisan tersebut berteka-teki.
Barangkali juga itu merupakan luahan hati pelajar tersebut yang tersepit antara kemahuan belajar dengan kos sara hidup yang agak tinggi di Dungun. Barangkali lagi, beliau mewakili juga keluh kesah golongan marhaen di Dungun. Aku akui juga, aku turut terkesan dengan harga barangan di Dungun. Seorang akak dari utara yang baru berpindah ke tempat kerja aku pernah berkata "Fuh! Harga barang kat Dungun nih sekali ganda dari kat Penang nun!"
Jadi, sila sambung tajuk di atas. Atau boleh saja kau kemukakan teori kebarangkali kau tentang mengapa pelajar itu menulis seperti itu...

Saturday, March 07, 2009
Pelancong Perlu Belajar Loghat Tempatan Elak Ditipu
Begitulah tajuk salah satu berita di Harian Metro. Minggu lepas aku rasa. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh presiden Kongress India Muslim Malaysia (Kimma) Terengganu.
Pengalaman aku, perkara tersebut memang berlaku. Bukan sahaja berlaku di Terengganu, malah di negeri-negeri yang mempunyai loghat yang ketara juga berlaku keadaan demikian. Juga, perkara tersebut berlaku di kawasan tumpuan pelancong.
Pernah aku ke Rantau Panjang di Kelantan. Masa tu aku masih kurang dapat menilai kualiti kain pelikat. Lalu aku dengan yakinnya membeli sehelai kain pelikat yang berharga RM15.Aku anggap harga tersebut murah. Ternyata aku silap.Kain tersebut hanya di jual RM8 oleh Abang Pakistan yang datang menjaja di rumah mak bapak aku di Bandar Tenggara. Kalau buat installment dua bulan, harga menjadi RM10; RM5 sebulan.
Menurut Acik, harga barang di Rantau Panjang agak mahal, terutama sekali pada musim cuti sekolah. Beliau mencadangkan agar pergi sahaja ke Pasar Besar Pasir Putih atau kedai-kedai biasa di Kota Bharu.
Keadaan sama sahaja di Pasar Payang, Kuala Terengganu. Adalah lebih selamat dan menjimatkan jika kau membawa sekali orang yang boleh berloghat Terengganu dengan fasih jika kau ingin membeli-belah di Pasar Payang. Ataupun, boleh sahaja kau mebeli-belah di Perhentian Bas Kuala Terengganu atau Kedai Kain Desa Murni di Pengadang Baru.
Terkadang, aku terfikir, semacam ada kasta antara pembeli tempatan dan pembeli "luar". walhal kita sama-sama berada di dalam satu negara. Barangkali tidak semua peniaga mengamalkan kasta, tetapi aku rasa bilangan yang mengamalkan kasta ini agak ramai. Jika tidak, masakan akan ada kenyataan dari presiden Kimma Terengganu itu. Masakan pokok bergoyang jika angin tiada.
Pengalaman aku membantu bapak aku menjual buah-buahan sejak berusia 10 tahun; tidak pernah sekali bapak aku pesan "kalau bukan orang Johor, engko bagi harga mahal sikit tau!". Harga buah yang kami jual sama sahaja, samada kepada orang Johor, atau kepada pelancong tempatan atau kepada pelancong asing. Amalan tersebut aku amalkan hingga kini, dalam perusahaan kerepek aku.
p/s: Iklan. Aku sedang mencari ejen jualan kerepek di sepanjang Kuantan - Kemaman - Dungun - Kuala Terengganu. Ada minat? Klik di sini. Kalau kau adalah budak asrama, amatlah digalakkan.
p/s/s: Kenangan pengalaman. Pernah pelancong Belanda terkejut melihat harga rambutan. RM 3 sekilo. Di negara beliau, harganya mencecah RM 80++; dan dianggap buah yang mewah; dan rambutan itu akan di buang saja oleh rakyat Malaysia.

Friday, March 06, 2009
3 Tahun di Terengganu
Hari ini, 6 Mac 2009, genap 3 tahun aku di Dungun, Terengganu. Pernah aku menulis kisah aku 2 tahun di Terenganu, tapi bukan pada tarikh yang tepat. Terasa sebantar sahaja tempoh 3 tahun itu. Tapi, bila dikenang kembali, banyak juga perkara yang aku lalui...
Thursday, March 05, 2009
KTB Bowl Astaka
Kali kedua aku bermain bowling. Kali pertama kira-kira empat atau lima tahun yang lampau. Aku bermain bowling atas tajaan salah seorang bos aku, di KTB Bowl di Astaka Kuala Terengganu. Tapi, pada hemat aku, KTB Bowl ni boleh la juga dianggap cap ayam kerana ia hanya mempunyai 10 lorong sahaja.
Dan lagi, permainan hebatku senantiasa tergangu, oleh kerana terdapat agak banyak kegagalan sistem di situ.
Ganguan makin bertambah kerana secara tiba-tiba para pekerja di situ ingin membersihkan lorong, kononnya.Aku merasakan KTB Bowl menggunakan barang second hand. Oleh yang demikian, banyak peralatan yang tidak boleh berfungsi secara optimum.
Oleh sebab-sebab yang di atas, aku hanya mampu menjatuhkan kira-kira 120, 80 dan 140 pin bagi tiga game. Tapi, yang best kat sini orang tak berapa ramai, amat sesuai bagi newbie. Kiranya taklah segan sangat apabila bola masuk longkang atau masuk lane sebelah atau terpelanting ke belakang.
Kalau kau suka main bowling, tapi tak berapa pandai main, boleh la ke sini. Harga seperti tertera di atas.
Wednesday, March 04, 2009
Surau Hj Mat Kerinci, Tanjung, Kuala Terengganu
Nama surau ni mungkin nampak biasa-biasa je. Tapi, pada aku surau ni memang unik. Dari luar memang tak perasan bahawa itu adalah surau. Tanggapan pertama aku mengatakan bahawa ia adalah sebuah rumah.
Surau Hj Mat Kerinci ni terletak di antara Dataran Shahbandar dan Astaka Kuala Terengganu. Menariknya surau ini, bahagian sembahyang lelaki dan perempuan sama besar luasnya.
Tetapi, yang peliknya di surau ini, pengunjung dikenakan bayaran 20 sen untuk masuk ke tandas surau. Barangkali bertujuaan untuk menampung kos penyelenggaraan dan pembersihan tandas. Tetapi, kebersihan tandasnya tidak seperti yang aku harapkan.
Lagi yang menarik tentang surau ini, aku tidak berasa panas ketika bersembahyang di dalamnya walaupun pada ketika itu jam menunjukkan pukul 2 petang. Barangkali kerana aliran pengudaraan yang mantap, atau bahan binaannya atau kedudukannya di tepi laut atau kesemua sebab tersebut.
Lebih menarik tentang surau ini, terdapat ukiran seni pada sesetengah bahagian. Walaupun nampak biasa, tetapi pada aku ia memang menarik.
Aku rasa surau ni juga boleh dijadikan tarikan pelancong di Kuala Terengganu. Malangnya aku rasa tiada usaha dilakukan ke arah itu. Malah ini merupakan kunjungan aku yang pertama ke surau ini walaupun amat kerap kiranya aku ke Dataran Shahbandar atau Astaka.

Tuesday, March 03, 2009
Iswaraku Yang Amat Kusayangi
Ini bukan kereta untuk dijual. Kereta ini tidak akan dijual di bawah harga RM100,000.
Kereta ini sangat laju.
Ia juga sangat boleh diharapkan untuk membawa tuan punya beliau berulang alik ke Johor dari Terengganu setiap bulan.
Selain itu, beliau juga pernah dibawa menjelajah Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Perlis dan Perak.
Namun, kereta ini tiada penyaman udara dan radio. Ini kerana pemilik beliau adalah seorang yang kedekut.
Kereta ini juga hanya dimandikan tiga bulan sekali.
Namun, beliau masih setia terhadap tuannya...

Sunday, March 01, 2009
Membeli Mini Notebook
Lama blog ini tidak disenggara. Kesibukan dan kekeringan idea melanda.
Ini adalah post pertama menggunakan netbook baru. Netbook yang dibeli di Seng Heng Dungun berharga RM1800 dengan lima tahun jaminan. Aku tak mampu untuk membeli notebook yang besar, jadi netbook menjadi pilihan aku. Netbook ini adalah untuk tujuan "cari makan"
Adapun netbook ini dilengkapi prosessor jenama yahudi, Intel Atom CPU N270 berkelajuan 1.6Ghz. Bukan tidak mahu memboikot jenama yuhudi, tetapi tiada netbook di Dungun yang dijana oleh prossesor AMD.
Netbook berjenama Acer AspireOne ini juga dilengkap RAM selaju 1G. Juga ia mempunyai kapasiti storan sebesar 160GB. Turut melengkapi netbook ini adalah VGA output, wireless network, bluetooth, soket networking, 4 port USB, webcam, port untuk pembesar suara/mikrofon, dan slot untuk kad memori. Barangkali ada spesifikasi yang aku tak tahu, maklumlah, buta IT.
Menarik tentang netbook ini, baterinya boleh bertahan antara 6-8 jam. Yang tak menariknya pula, ia tiada CD/DVD ROM.
Semasa netbook ini dibeli, Acik telah merakam gambar aku secara curi. Sungguh durjana beliau. Kedurjanaan beliau bertambah apabila beliau mengupload gambar-gambar tersebut di sini. Barangkali jika aku adalah Mawi, trafik ke blog beliau pasti meningkat.