Friday, April 10, 2009

Satu Hari Lagi Di Pejabat Pos Dungun

Aku pernah tulis mengenai pejabat pos Dungun 13 bulan nan lampau.

Tempoh hari aku pergi sekali lagi ke pejabat pos Dungun dengan tujuan untuk mengepos barang yang ditempah pelanggan dari blog aku yang lain. Ramai juga pelanggan pada masa aku tiba.



Aku mengambil nombor, pergh! Lagi 60 orang!!! Aku beredar untuk menyelesaikan urusan aku yang lain. Pergi beli minyak hitam. Pergi RHB ambil duit. Pergi Bank Islam bayar kad kredit. Pergi Tabung Haji keluar duit. Pergi Sura Gate ngeteh seorang diri sambil menjeling-jeling kepada gadis-gadis yang berkeliaran. Kemudian kembali semula ke pejabat pos Dungun, sejam selepas aku mengambil nombor. Masih ada 15 lagi giliran sebelum aku.



Suasana panas di dalam pejabat pos itu, kerana penyaman udara tidak berfungsi. Seperti biasa, hanya ada dua kaunter sahaja yang dibuka, barangkali kerana kekurangan kakitangan.

Terkadang aku merasa kasihan juga dengan pekerja Pos Malaysia. Bos besar mereka sambar semua jenis perkhidmatan yang ada di Malaysia. Jual insurans, perbaharui lesen, pembayaran 8ribu juta bil, ASB, dan 100juta lagi perkhidmatan. Teruk juga kerja sebagai kerani pos. Mungkin sebab itu muka mereka kelihatan kelat.

Bagi warga Dungun yang inginkan keselesaan dan kepantasan ketika membayar bil, kau boleh saja pergi ke pejabat SATU atau BSN atau Kedai TNB. Kalau kau nak membuat urusan ASB/ASN kau boleh pergi ke RHB atau CIMB. Kalau kau nak memperbaharui insurans kenderaan motor dan cukai jalan, kau boleh pergi kemana-mana kedai ejen insurans yang bersepah di Dungun. Jika kau melakukan perkara yang aku nyatakan di atas, nescaya kau tidak akan merasa tertekan dengan kualiti perkhidmatan di pejabat pos. Juga, kau boleh mengurangkan kesesakan di pejabat pos supaya orang-orang yang hendak melakukan urusan pos yang sejati tidak memaki pejabat pos...

7 comments:

  1. sengaja di adakan begitu

    untuk rakyat Malaysia lebih ke arah pembayaran online

    ReplyDelete
  2. betul juga tu. tapi ramai juga yang tak yakin nak bayar online

    ReplyDelete
  3. pelik jugak.mana pegi staf yg lain?selalu time interbiew berduyun2 yg dtag.time selection ambik 2~3 org je.itu pun kaum masing2.kesudahan nya,...tengok la pic tu....

    ReplyDelete
  4. wei!!!bape byk kuar duit daaaaa....RHB lagi tabung haji lagi...simpanlaa duit tu buat nikah sama cik nurul eaa!!kehkehkeh~~~

    ReplyDelete
  5. zairi,
    bos besar nak untung lebih. tanak amek pekerja ramai2

    halena,
    kuar duit utk kawin la tu

    ReplyDelete
  6. aku stuju....pejabat pos mmg mcm tu...tgk posmen yg anta surat kat umh aku pon sebek je...tah la...ape nk jd ngan pjbt pos ni...

    ReplyDelete
  7. tu la pasal. aku rasa pos malaysia semakin teruk sekarang. walaupun ia sebenarnya suatu entiti swasta

    ReplyDelete

Nak duit bila tinggalkan komen?

KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT