Selak-selak fail-fail dalam netbook aku yang murah ini (kerana aku belum mampu untuk membeli laptop yang mahal) terjumpa suatu gambar lama dalam arkib aku. Antara gambar yang sempat di selamatkan dari henpon yahudi cap kambing gurun aku yang lama itu.
Perhatikan gambar di bawah. Adu tulang ikan tertusuk di jari itu, dan jari itu adalah jari mak aku. Owh!
Kecelakaan itu berlaku tatkala mak aku sedang membersihkan lubang sinki. Mujur aku ada di Bandar Tenggara tatkala itu. Menggunakan kereta Lamborghini Biru aku, aku terus memecut ke klinik kesihatan Bandar Tenggara. Malangnya ia tutup kerana hari itu adalah hari Ahad. Terus aku memecut ke sebuah klinik swasta, juga di Bandar Tenggara. Malang sekali lagi, doktor yang cun itu tidak berani untuk mencabut duri itu.
Sekali lagi aku memecut. Kali ini lebih laju. Ada stail macam 30% Karamjit Singh dan 70% Jensen Button. Terus ke Hospital Kota Tinggi yang berjarak 40km++ dari Bandar Tenggara. Pembantu perubatan di hospital itu dengan selamba merawat mak aku. Beliau kelihatan amat berpengalaman walaupun sekadar pembantu perubatan.
Selesai rawatan mak aku cakap "Nasib baik kau ada Jam..."
p/s: Moral: Berhati-hati dengan duri ikan...
adeh.. sakit2.. ni nseb bek luka yg boleh dlihat.. luka dihati sapa tau kan?
ReplyDeleteikan pun ada duri ea??
ReplyDeleteoranglidi,
ReplyDeleteterbakar kampung nampak asap, terbakar hati siapa yang tahu...
halena,
ikan sardin jer takde duri
well, pembantu perubatan lebih cekap buat keje2 cmnie drp doktor... bb jahit menjahit, bersihkan luka mrk lebih expert..
ReplyDeletehb aku penah luka di dahi time keje ( ntah terhantuk aper sampai wound )
then gi panel klinik.. bapak gajah doktor tu jahit luka hb aku.. sampai umah, wound still bleeding..
pastu aku bwk kat tmpt keje aku ( aku keje kat jabatan kecemasan dan trauma, hospital sultanah aminah, jb )
pembantu perubatan lah yg menjahit balik luka hb aku.. ader ke patut, doktor kat panel klik tur tak ikat arteri hb... hampes.. mcm nak saman je.. ( hu2 mcm byk duit je aku eik nak saman2 nie )....