Monday, October 05, 2009

Buah Keranji



Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan saya makan,
Suruh mengaji saya tak tahu.

Pantun yang cukup popular. Tapi aku tidak tahu bagaimana rupa paras buah keranji itu. Hinggalah tatkala pulang ke Dungun dari Bandar Tenggara tempoh hari; melalui Jalan Kuantan - Segamat; di sekitar Muadzam Shah; orang asli menjualnya.

Mulanya aku tidak mahu berhenti. Tetapi setelah di desak oleh Pn. Nurul, terpaksalah juga berhenti dan membeli buah keranji itu dengan harga RM4 sebungkus. Aku beli dua bungkus.

Buahnya berkulit agak keras, dan seolah-olah disaluti lapisan baldu. Isinya seolah-olah asam jawa. Begitu juga dengan bijinya. Tetapi, ternyata buah keranji itu tidak kena dengan selera aku. Masam + manis + kelat rasanya.

Bagi pengetahuan kau, orang Terengganu memanggilnya sebagai buah kadeh.

8 comments:

  1. owh masih ada lagi sisa inai itu! dulu2 buah ni kira mcm kuaci atau makanan ringan la....

    ReplyDelete
  2. owh....baru ku tahu buah keranji itu ialah buah kadeh...selama ni aku tak taw pun...huhu

    ReplyDelete
  3. orangkayabertaqwa2:18 PM, October 06, 2009

    Buah Keranji Dalam Perahu,
    Dulu Ayah Ijam Tak Jual Buah Keranji,
    Suruh Mengaji Engkau Tak Tahu,
    Sebab Sibuk Tolong Ayah Meniaga Buah..

    hihihi... (pantun rekaan jer.. jgn marah encik ijam..)(nnt kena jual pulak..)

    ReplyDelete
  4. kadeh tewwww.. abang jam afasal gambar blur ghitewww..

    me jumpa gambar lagi clear kat sinih:
    Buah Keranji

    ReplyDelete
  5. makan cmana tu? beli banyak2, pn.nurul blasah suma?

    ReplyDelete
  6. kat belakang umah ni banyak buah keranji

    ReplyDelete
  7. adanz,
    masih....

    halena,
    yah kah? isk..isk..isk

    lukman,
    memag bapak aku tak pernah jual buah ni

    en_me,
    kamera murah. tu gambar jadik blur. huhuhuhu

    zairi,
    aah, beliau suka masam-masam sekarang.

    haritz,
    bole aku buat kunjungan ke sana

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum...sy terjumpa blog encik ni...boleh la sy mengikuti yer..

    ReplyDelete

Nak duit bila tinggalkan komen?

KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT