Thursday, June 23, 2011

Nasi Goreng Sepuluh Suap 4

Lama dahulu, aku ada menulis cerita hantu puaka bersiri mengenai "Nasi Goreng Sepuluh Suap". Kau boleh tengok kisah "Nasi Goreng Sepuluh Suap" menerusi link di bawah

Siri 1
Siri 2
Siri 3

Kiranya sudah 2 tahun aku tidak mengunjungi kedai kapal itu. Aku pergi di sana pun kerana Pn. Nurul sangat teruja dan beria-ia ingin menikmati hidangan di atas kapal. Aku pula, agak keberatan; pengalaman lalu tidak menyenangkan.

Kedai kapal tersebut aku perhatikan semakin lengang dari hari ke hari. Tapi, yang menariknya ia tetap terus bertahan. Barangkali ia sudah menjadi produk pelancongan di Dungun. Barangkali.


Sekonyong-konyong tiba, tauke kedai menyabut kami dengan mesra. Beliau menyangka kami tetamu VIP yang membuat tempahan di "bilik nakhoda". Tetapi, sangkaan beliau meleset. Kami hanya orang kampung sahaja yang teringin akan di atas kapal.

Seperti biasa, servis agak lambat, walaupun orang memang boleh dikatakan tiada. Hanya untuk mengambil order sahaja, kami terpaksa tinggu lebih dari lima minit.



Yang hairannya, si tauke langsung tidak mengambil order dan seolah tidak mempedulikan kami setelah mengetahui kami bukan tetamu vip. Dan seperti biasa juga, order yang dipesan agak lambat, walaupun hanya teh o ais limau, nescafe dan kentang goreng.

Rasa air agak best, cuma kentang goreng agak mengecewakan. Rasanya kalau aku goreng sendiri lagi sedap kot. Hahahahahah


Harga keseluruhan RM6.70. Erm..agak mahal aku rasa. Aku tak tahu bila lagi aku akan ke kedai itu lagi. Barangkali dua tahun lagi! Hahahahaha

5 comments:

  1. dari lahir sampai umur skarang dah boleh jadi ayah orang aku x jumpa kedai masakan panas yg best kat dungun

    ReplyDelete
  2. patut la maria tunku sabri jalang-jalang cari makang xpenah datang kat sini....hahaaa

    ReplyDelete
  3. restoran ni xsedar ker kelemahan dia,dah 4 kali ko tulis pasal kedai dia,dia mesti takder account google agaknya,kalau tak.xjadi mcm ni,atau pn aku ada terpikir yang restoran ni ada melakukan kegiatan lain d sebalik kapal titanic tu...restoran just nak cover jer...(kegiatan lain= rebus daun ketum@laga ayam@ada mesin kuda@judi bola dll)

    ReplyDelete
  4. nasib baik kau buat entri ni...aku dah tak tahu nak mengadu kat sapa pasal restoran titanic ni, memang tak best langsung..gagal!!!menyirap

    ReplyDelete

Nak duit bila tinggalkan komen?

KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT