Memang besar gila kilang kerepek ni.
▼
Tuesday, September 06, 2011
Rengit 1: Azhar Food Industries
Sebagai peniaga kerepek, adalah penting untuk senantiasa mengemaskini pengetahuan tentang perniagaan kerepek termasuklah pengilang, pesaing dan pelanggan. Tempoh hari, semasa cuti hari raya, aku bersama Pn. Nurul sempat bersiar-siar di Rengit, dengan pelbagai tujuan. Antaranya adalah untuk membuat tinjuan terhadap pengilang kerepek yang ada di sepanjang Parit Hamid-Parit Raja-Senggarang-Parit Botak-Rengit. Banyak kilang yang kami masuk. Tapi, aku rasa yang terbesar adalah Azhar Food Industries yang terletak di Rengit.
Memang besar gila kilang kerepek ni.Gila pun tak besar macam ni. Siap ada khidmat penghantaran menggunakan trailer. Harganya juga murah, lebih murah berbanding dengan tempat yang selalu aku ambil kerepek selama ni. Tapi, aku rasa aku tak akan ambil stok di sini kerana kos pengangkutan aku akan meningkat beberapa belas peratus. Juga, aku sudah selesa berurus niaga dengan Wak Asmon yang aku kenal lebih lima tahun.
Memang besar gila kilang kerepek ni.
jual jenama sediri ke apa?
ReplyDeletesaya org KT kot2 saya ada terbeli kerepek kamu.
kerepek aku takde jenama. jual melalui ejen.
ReplyDeletekalau kau nak jadi ejen aku pun boleh. :-)