Thursday, December 15, 2011

Pulau Pinang 2: Queensbay Mall - Daiso - Kedai Jepun RM5

Pagi Sabtu yang nyaman. Tapi tidak senyaman di Terengganu. Udara di Pulau Pinang agak hangat.

Pagi itu, ketua rombongan memutuskan untuk ke berbelanja di Queensbay Mall. Membeli baju sehelai dua untuk anak-anak beliau di Jusco. Aku dan Pn. Nurul ikutkan sahaja, walaupun kami tiada niat untuk berbelanja.

Aku suka pemandangan apabila memasuki jalan yang menuju ke Queensbay Mall. Cantik. Itu Allah punya kuasa.



Tiba di situ, semua meluru ke Jusco. Aku ikutkan sahaja. sempat membelek-belek baju sehelai dua. Tapi harganya agak mahal walaupun tertulis "SALE 70%". Musykil. Aku rasa harga sebelum sale lagi murah. Errm...keji.

Aku  meluru keluar dari Jusco bersama Pn. Nurul. Kami meliau sekitar mall. Hiasan Hari Natal kedapatan di seluruh pelusuk mall. Kedai-kedainya macam biasa sahaja, tidak yang luar biasa.  Akan tetapi tiba-tiba aku ternampak sebuah kedai...


DAISO. Aku cuba masuk dan terpaku sebentar di televesyen promo di hadapan kedai. Menurut promo itu dan suasana kedai, Daiso merupakan kedai serbaneka yang asal jatinya dari Jepun. Yang menarik, barang yang dijual juga dari Jepun!

Macam biasa kita akan kagum dengan barang buatan Jepun. Hahahahaha. Ada macam-macam barang yang dijual di sini. Kebayakannya barangan kegunaan rumah dan pejabat yang kecil-kecil. Seperti bekas pensil, bakul, fail, alat tulis, pisau, lilin dan sebagainya.




Tapi, ada satu barang yang aku rasa lucu tapi menarik.

"Marker sticker" Sticker ini kau lekatkan ke mangkuk tandas. Jadi, bila kau kencing, kau halakan pada sticker itu. Jadi, secara psikologinya kau akan mengarahkan najis kau itu tepat ke sasaran. Hahahahahaha. Agak geli geleman aku menulis perenggan ini. Jepun punya idea.

Paling menarik, semua barang di kedai ini berharga RM5. Jadi, kau kena pandai pilih. Ada barang yang nilainya terlalu rendah bagi RM5, tapi, ada yang nilainya tinggi berbanding RM5.


Pn. Nurul sempat sambar tiga barang. Gunting dapur. Whiteboard fridge magnet. Pencedok serbaguna.

Belasah je la sayang... hahahahaha.

No comments:

Post a Comment

Nak duit bila tinggalkan komen?

KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT