Sukar untuk mencari blog berbahasa melayu yang tidak berserabut penulisannya. Aku kira, majoriti blog berbahasa melayu mempunyai penulisan yang caca merba. Bahasa singkatan yang banyak, bercampur dengan bahasa Inggeris. Argh! Amat tidak menyenangkan bagi orang kampung seperti aku.
Kontra sekali dengan blog berbahasa Inggeris yang bukan ditulis oleh orang Malaysia. Bahasanya tersusun dan boleh difahami walaupun kadang-kala nahunya kurang tepat.
Aku tak ingat dari mana sumbernya aku mendapat pautan blog Mazidul. Tapi, aku suka membaca blog beliau. Aku tahu, ada yang di luar sana tak suka dengan Mazidul. Ialah, terkadang, dalam rancangan televisyen yang diliputi dan diacarakan oleh beliau, nada beliau sangat berterus terang.
Sifat berterus-terang itu dibawa oleh Mazidul dalam penulisan blognya. Nadanya kadang kala keras, tajam dan menyengat, tapi sedap dibaca dek susunan ayat yang baik dan penggunaan bahasa melayu yang luar biasa mutunya. Juga, membaca blog beliau, aku merasa santai walaupun isu yang diutarakan sangat serius.
Tidak menghairankan blog beliau mendapat kunjungan yang luar biasa!
Jumlah 38 tu "current visitor". Itu jumlah yang kecil bagi blog mazidulakmal.com. Pernah aku lihat ia mencecah 80++. Lagi takjub, halaman blog beliau telah dibaca sebanyak 6.7 JUTA kali.
Bagai langit dengan bumi. Blog aku cuma ada 1 "current visitor" dan hanya dilawati sebanyak 85 ribu kali sahaja.
Satu lagi, Encik Mazidul sangat kerap mengemaskini blog beliau. Banyak idea beliau.
Berbanding aku, kerap kali kering idea. Nak tulis post ni pun lenguh juga otak berfikir! Hahahahaha
Oleh kerana blog mazidulakmal.com berada dalam blog list aku, jadi, setiap kali aku kemaskini blog aku, akau akan membaca blog beliau.
No comments:
Post a Comment
Nak duit bila tinggalkan komen?
KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT