Beca Melaka memang unik dan menarik. Dengan dihasi bunga dan macam-macam lagi hiasa, memang terasa nak naik beca di Melaka. Berbanding di Kuala Terengganu, becanya suram, berkeladak dan kelihatan dalam keadaan yang tidak elok. Juga, kebanyakan beca di Kuala Terengganu di kayuh oleh warga emas.
Boleh dikatakan beca yang terburuk di Melaka adalah beca yang paling cantik di Kuala Terengganu. Barangkali akan ada yang terasa tentang pernyataan aku itu. Tapi, itulah hakikatnya!
Kebanyakan pengayuh beca di Melaka adalah orang muda. Semuda lewat belasan tahun pun ada. Selain beca yang dihias cantaik, ada sesetengah beca yang memasang speaker besar di bawah seat penumpang!
Tapi, kadar beca di Melaka agak mahal. Harga sewa beca adalah RM50 sejam, dan kau akan di bawa sekeliling bandar Melaka. Pada aku, ia merupakan suatu pendapatan yang lumayan. Kalau dapat kayuh 4 jam seharu pun sudah dapat RM200. Fuh, kalau gaji aku!
Tapi, jujur, aku tak sampai hati nak naik beca. Dengan berat 100kg, aku khuatir aku yang akan mengayuh beca membawa pengayuh yang berat 50kg dan kelelahan. Hahahahaha
Tapi, aku tengok mat saleh yang lebih besar dari aku selamba je naik. Memang tiada hati perut mat saleh tu.
Nice blog, singgah jap n dah follow..=)
ReplyDelete