Tuesday, November 04, 2008

Langit Tidak Selalu Cerah

Mengajar memberi aku peluang untuk menimba sebegitu banyak pengalaman dan berjumpa dengan sebilangan ramai orang. Adakalanya pengalaman itu melucukan. Adakalanya juga pengalaman itu mengujakan. Ada juga yang menggerunkan.

Selain mengajar subjek-subjek teknikal, aku juga ada mengajar subjek Ping Pong dan Keusahawanan. Ada suatu tugasan keusahawanan yang aku berikan kepada para pelajar aku di politeknik Dungun. Tugasan itu mengkehendaki mereka menyenaraikan 100 idea bisnes. Dari jumlah 100 itu, mereka dikehendaki memilih 20 dan menyatakan sebab mengapa mereka ingin menjalankan bisnes tersebut. Lalu adalah pelajar aku yang menulis begini, sebab mereka ingin menjual payung...

Ada juga yang menulis begini...

Dari 20 pernyataan sebab tersebut, mereka diminta memilih satu daripadanya dan membuat kertas kerja dan portfolio perniagaan mereka. Lalu ada yang menulis begini, profil salah seorang ahli lembaga pengarah...

Aku sekadar gelak terbahak-bahak. Tak tau macam mana nak beri markah....

Erm....

6 comments:

  1. Teringat aku dulu masa ade perbentangan masa kelas Pengurusan Pernigaan..dapat tajuk berkaitan dengan KWSP, SOCSO dan LHDN..kne bentangkan tntg ape benda mereka tu..dsb..

    cara perbentangan kena ala2 wakil syarikat dtg memberi taklimat..

    grup ni dia buat perbentangan dengan menghantar wakil tukang cuci tingkat kwsp..pembancuh teh socso dan pak guard lhdn..

    lahanat..!

    ReplyDelete
  2. setiap orang ada creativity masing2 kannns .. gittewww cekgu

    ReplyDelete
  3. pakcikque,
    huhuhuhu, aku dapat bayangkan keadaan itu

    en_me,
    begitulah nampaknya. dan aku jarang sekali menghalang kretiviti anak murid aku, walaupun nampak pelik dan melucukan

    ReplyDelete
  4. kalah budak skolah rendah camni

    ReplyDelete
  5. aku cukup x suka buat benda ni masa skolah dulu dalam kelas kemahiran hidup..macam gampang pun ada..mungkin cukgu aku tu gelak lebih kurang macam ko ni..

    ReplyDelete
  6. keroro,
    memang macam budak2 sekolah rendah. tapi pada aku mereka mempunyai idea yang baik

    zairi,
    welcome...
    aku gelak bukan kutuk. tapi sebab memang betul2 lawak

    ReplyDelete

Nak duit bila tinggalkan komen?

KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT