Tuesday, February 03, 2009

Johor vs Kelantan

Sudah sinonim, PAS dan Kelantan. Barangkali sinonim juga UMNO dan Johor. Kelihatan agak janggal juga bila seorang pemuda Johor adalah pengikut PAS. Juga kelihatan canggung jika seorang pemuda Kelantan adalah ahli UMNO. Hinggakan ada cakap-cakap mengatakan "kat Johor, letak tiang lampu jadi calon UMNO pun boleh menang". Atau ada suara-suara sumbang berbunyi "kat Kelantan letak batang buluh jadi calon PAS pun boleh menang".

Pemuda di atas adalah pemuda Johor. Memandangkan beliau adalah pegawai kerajaan, aku terpaksa menghitamkan mata beliau supaya beliau tidak dikenali.

Barangkali persamaan antara orang Kelantan dan Johor ni adalah atas dasar kenegerian mereka ketika berada diperantauan. Amat mudah rasanya untuk melihat orang Kelantan berkumpul dan berbual menggunakan loghat Kelantan seperti gambar di bawah ini. Juga, mudah rasanya untuk melihat sekumpulan pemuda Johor duduk mengeteh selama berjam-jam di kedai makan.

10 comments:

  1. cam ku kenal gambar yg dihitamkan tersebut...hahahaha..kantoi sudaaa..mana kamoo maw larik haa...
    lalala....

    ReplyDelete
  2. kecek pasa gapo tuh..?tok ajok kawe pong..

    ReplyDelete
  3. orang kelantan keturunan siam.. orang johor keturunan jawa dan banjar dan bugis .. gittewwww.. ekeke

    ReplyDelete
  4. @halena,
    ko kenal? ye ke?

    @acik,
    demo besut... buke kelate

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. awek kelate pengotor? huhuhuhuhu. tak kot rasanya. sebab aku ramai kenal awek2 kelate ni. ok je diorang...

    ReplyDelete
  7. yer yer aku mmg kenal..xsah lagi..pasti!!batang hidungmu tetap terpahat di mata ku..cis!!larikkkkkk....

    ReplyDelete
  8. emm..eden rasa,kita semua sama....y membezakan nye adalah amal ibadah dan aper ehh..?lu pikir la sendiri...hehehhe

    ReplyDelete
  9. halena,
    kompom?

    faiz,
    betul tu bro

    ReplyDelete
  10. yup pasti!..xpercaya ke inchik??

    ReplyDelete

Nak duit bila tinggalkan komen?

KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT