Wednesday, April 29, 2009

Mesin-Mesin Ajaib Untuk Dijual

Semalam, tamat sudah pameran projek semester akhir pelajar diploma Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Dungun. Bermacam-macam mesin yang ajaib fungsinya dan pelik rupa parasnya.

Berikut antara mesin-mesin ajaib yang dihasilkan. Kita mulakan dahulu dengan projek-projek di bawah seliaan aku.


Mesin pengering ikan ajaib!!!
Mesin untuk mengeringkan ikan kering. Apabila cuaca cerah, ia akan terjulur dari oven. Apabila cuaca gelap, atau hari hujan, buzer akan berbunyi dan pengguna perlu berlari-lari anak untuk menekan butang supaya tray yang terjulur itu dapat dimasukkan kembali ke dalam oven. Seterusnya oven akan mengeringkan ikan itu


Mesin pemberi makan kucing automatik!!
Kalau kau ada kucing, tetapi malas memberi makan kepada kucing ini, kau harus menggunakan mesin ini. Makanan akan masuk sendiri ke dalam bekasnya apabila kucing kau terasa lapar. Hebat bukan?


Mesin pencucuk bebola ikan automatik
Owh! Minta maaf Haris, Saiful and the geng. Aku lupa nak ambil gambar mesin ajaib kau. Tetapi, mesin kau yang paling berjaya. Tahniah aku ucapkan!

Disamping itu, terdapat juga mesin-mesin ajaib yang mendapat sedikit khidmat nasihat aku,

Kincir angin
Ini kincir angin jenis horizontal. Tapi hanya kipas sahaja yang direka. Bila ditanya kepada penyelia mereka mengapa hanya kipas sahaja direka, beliau menjawab, kepala budak-budak boleh keluar darah kalau aku suruh di buat gearing dan power transmission


Mesin ajaib yang boleh memasukkan minyak gearbox dengan satu suis sahaja!!!
Jika dijual, pasti mesin ini menjadi rebutan tauke-tauke bengkel. Ye la, tak payah susah-susah nak pam minyak masuk gear box



Mesin pemampat spring kereta.
Budak-budak yang buat mesin ni pening-pening lalat nak buat analisis. Huhuhuhu


Mesin untuk menjujus brek kereta.

Kau tahu apa maksud menjujus? Tak tau? Kau tanya Dewan Bahasa dan Pustaka


Mesin mengangkat tayar lori.
Sungguh efisyen mesin ni. Tak perlu kau terkangkang untuk menolak tayar lori.


Juga, terdapat beberapa mesin ajaib yang lain, yang menaraik pada padangan aku.

Lelabah robot.
Best layan robot ni jalan. Dia punya best tu sama macam layan tiger show, agaknya la. Huhuhuhu


Motor roda 3.
Aku nak hadiahkan bapak aku menatang ini sempena hari jadi beliau yang ke 58 nanti. Pasti mudah bapak aku nak membawa pisang-pisang beliau.


Mesin pembuat keropok lekor.
Ini mesin yang paling ajaib. Masuk je ikan, terus jadi keropok lekor rebus. Siap boleh makan. Tinggal cari sos cili je.


Kuasa matahari
Menjana elektrik dari kuasa matahari. Tetapi, arus dia tak berapa kuat. Sekitar 2mA je. Tapi, ini inovasi yang menarik.


Troli ajaib.
Memang ajaib troli ni. Bila berat barang mencecah 25kg, terus mesin motor beroperasi untuk menolak mesin ni. Sesuai untuk makcik-makcik kantin yang tak larat nak tolok troli di pasaraya.

Mesin skodeng dalam air.
Mesin ini boleh masuk dalam air, dan mengambil gambar keadaan di bawah sana. Kalau kau berniat jahat, kau boleh memiliki mesin ini untuk skodeng gadis-gadis mandi di kolam renang. Kalau kau berniat baik, kau boleh gunakannya untuk cari henfon kau yang jatuh dalam air tatkala kau gelojoh menyauk ikan.

14 comments:

  1. mesin pengering ikan ajaib tu dah lapuk laa...kaci idea laen laa..sem lepas budak2 dke dah buat laa..agagagaga!!!!

    ReplyDelete
  2. he he..

    er... mungkin mesin2 itu tidak la sesuai..troli tu pun tidak sebab kita tak suka shopping

    ReplyDelete
  3. halena,
    yang ini lagi canggih, maklumlah aku jadi penyelia!

    serindit,
    pelik nih, org puan tak suka soping

    ReplyDelete
  4. Mesin untuk mengeringkan ikan kering. Apabila cuaca cerah, ia akan terjulur dari oven. Apabila cuaca gelap, atau hari hujan, buzer akan berbunyi dan pengguna perlu berlari-lari anak untuk menekan butang supaya tray yang terjulur itu dapat dimasukkan kembali ke dalam oven. Seterusnya oven akan mengeringkan ikan itu

    P/S : buat penat jer..kena berlari-lari anak semata-mata nak tutup tray tu...tambahlaa cket idea..guna remote control ke.henpon cap ayam ke...agagaga!!
    tapi aku rasa idea nie dah xlaku kot..ngee~~ =P

    ReplyDelete
  5. tujuan berlari-lari anak itu adalah untuk bersenam

    ReplyDelete
  6. penatlaa asyik nk bersenam jer...huh!!!

    ReplyDelete
  7. wah,bestlah mesin2 tu..kreatif betul korang.Tapi takde ke mesin yang senangkan proses pembuatan kerepek...senang skit nak wat research..Tapi papehal pun congrats kat korang,chayo2

    ReplyDelete
  8. owh, mesin kerepek tuh aku yang akan reka!

    ReplyDelete
  9. saya secara serius ingin mencari mesin pembuat kropok leko yg kita masukkan bahan kluar siap vacuum sealer. tinggal angkat masuk lori.
    klu abg ada mesin tu, hubungi saya di jefri3979@gmail.com. utk bincang lebih lanjut.
    sy mmg terlalu mengharap.

    ReplyDelete
  10. boleh taw lebih lanjut x tentang smart cat feeder

    ReplyDelete
  11. tolong telefon saya , saya nak beli salah satu mesin diatas , 0174540326 , nak present sebelum raya nie .. tolong ye

    ReplyDelete
  12. Tuan tanah... tolong hubungi saya... saya nak beli salah 1 mesin diatas.... 0137529820

    ReplyDelete
  13. Inovasi budak peringkat sekolah rendah di Thailand dan Indonesia jauh lebih maju dari sini. Search saja di Youtube, banyak inovasi berfaedah untuk petani dan industri tempatan. Pam air tanpa letrik, mesin2 pertanian, membuat baja organik dan sebagainya... search di Youtube dan luaskan minda anda...

    ReplyDelete
  14. Kita sebenarnya lagi maju dari diorang. Kena bangga dengan hasil orang kita.

    ReplyDelete

Nak duit bila tinggalkan komen?

KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT