Lama sungguh aku tak mengemaskini blog ini. Fikiran, jiwa, minda dan fizikal aku benar-benar kusut beberapa minggu yang sudah. Alhamdullilah hari ini sedikit lega dan menyegarkan (seperti haruman fabreeze barangkali, huhuhuhuhuh)
Kekusutan yang melanda adalah kerana beberapa faktor,
1) Sekarang ini hujung semester. Lalu, pelbagai perkara "hujung semester" perlu dilakukan. Antara yang paling menguji fizikal dan kesabaran adalah tatkala menanda kertas peperiksaan akhir.
2) Persiapan perkahwinan. Kau jangan tak tahu aku hendak berkahwin dengan Cik Nurul tak lama lagi. Jadi selepas ini tak perlulah aku cover line gila babi tatkala sedang berdating. Juga, beberapa minggu sudah aku kalut menguruskan hal borang kahwin dan kad kahwin. Bagi pengetahuan kau semua, aku membuat sendiri kad kahwin bagi menimatkan kos.
3) Membantu rakan-rakan dan juga bos. Beberapa rakan aku dan beberapa bos aku meminta tolong aku membuat beberapa kerja/tugasan/esei untuk mereka. Aku bersetuju kerana mereka bersetuju untuk membayar khidmat aku. Huhuhuhuhuhu
4) Perniagaan kerepek yang secara tiba-tiba menggila. Tak tahu kenapa. Barangkali kerana kesedapan kerepeksedap.com yang begitu menggoda. Oleh sebab itu juga aku masih tidak sempat menghantar kerepek percuma kepada mereka-mereka yang telah aku janjikan. Maaf.
5) Projek gelap aku. Projek ini betul-betul gelap. Kau semua tak tahu. Kawan-kawan aku tak tahu. Mak bapak aku tak tahu. Malah Cik Nurul sendiri pun tak tahu. Huhuhuhuhuh
6) Kesihatan aku tergangu. Betul-betul tergangu. Hingga aku harus mengambil dadah di klinik kesihatan Kuala Abang.
ammvoiii.. nak kawen abang jem ghupernyerrr..
ReplyDeletepergghh!! patut a lame dok memblog mung ning!! haha.. cis dah mau kahwen rupanya.. kang da kawen ltak a gmbar.. boleh wa buat post..
ReplyDeleteselamat maju jayo!
nak kawen dah akhir nya.slamat maju jaya n slamat dengan ikatan hingga ke hujung nyawa.moga berbahagia slalu.kad kawen buat sindri?bagus2.aku dulu pun bikin sindri gak.abis ink printer opis aku takek.projek gelab?jangan ko pasang hidden kamera kat malam petama ko sudah laa...hahaha...
ReplyDeletetahniah bro ijam....heheheh
ReplyDeleteen_me,
ReplyDeletedah sampai jodohnya
org lidi,
bereh bos!
zairi,
apa kejadahnya aku nak letak cctv di malam pertama. aku tidak mahu menjadi seorang pensyarah politeknik yang terlampau
pais,
terima kasih. eh, bukan ke engkau tengah kursus ni? kau sedang memontengkan diri kah?
oi2.. bukan wa xlukis.. cuma salah letak nama si kaki jalan 2 kali.. spatutnya untuk lu satu.. haha.. nanti wa tukar
ReplyDeleteaku nak kad kaler pink!!
ReplyDeleteCongrats....
ReplyDeleteAlhamdulillah...
org lidi,
ReplyDeleteowh! yah kah? terharu aku
halena,
aku bagi kau kale hijau
serindit,
terima kasih :-)