Dungun tiada McDonald. Jika kau adalah penduduk Dungun, kau perlu memandu sejauh 40km untuk menikmati burger McDonald di Kerteh sana. Tapi, kalau kau di Kuala Lumpur, aku kira pasti tiada masalah mendapatkan McDonald.
Sinonim barangkali, McDonald dengan kaunter pandu lalunya. Dari dalam kereta kau boleh memesan burger kesukaan kau, membayar dan mengambil pesanan juga dari dalam kereta. Amat menyenangkan...
Tapi, kalau kau warga Dungun, kau sebenarnya boleh mengalami perasaan melalui kaunter pandu lalu. Bagi tujuan itu, kau boleh ke Syarikat Air Terengganu (SATU) cawangan Dungun. Dari dalam kereta, kau boleh membayar bil air kau. Amat menyenangkan...
Bil-bil lain aku tak pasti samada boleh di bayar melalui kaunter itu. Ini kerana, aku selesa membayar bil telefon bimbit aku di kedai telefon yang terpilih. Juga, bil elektrik aku telah dibayar oleh kerajaan Malaysia kerana jumlahnya tidak lebih RM20.
Aku rasa, dari segi aspek pembayaran bil melalui kaunter pandu lalu, Dungun adalah sama tarafnya dengan Kuala Lumpur...
En.Ijam Buabua..,
ReplyDeleteAku setuju dgn ko. Memang PERBANDARAN DUNGUN tu sama tarafnya dengan KL.
Selain pandu lalu di SATU, di dungun kita "The Dungun Ship"(http://roshaizulnizam.blogspot.com/2008/11/nasi-goreng-sepuluh-suap.html) yang setanding dengan The Ship di KL tu.. Kedua-duanya mempunyai ramai gadis2 genit.. tapi pakaiannya tu kurang periksalah pulak sama atau tidak.. boleh la En. Ijam tolong survey2 kan jikalau ada ke KL..
Setaraf sungguh Dungun & KL...
owh, aku kalau ke KL pasti sesat
ReplyDeleteaku pun setuju en-en semua...kalau engkau lalu di bukit tebok, sama perasaan nya macam engkau lalu di terowong karak, cuma terowong karak tu panjang sket dan bukit tebok tu pendek je...dok menda-menda doh sapa ujung beloh nuu....dok dang nok rasa puah...tapi tarafnye sama la, hi class tuu....
ReplyDelete