Friday, January 08, 2010

Muzium Terengganu

Aku percaya ramai orang Kuala Terengganu tidak pernah menjejakkan kaki ke Muzium Terengganu ini. Barangkali mereka menganggap muzium adalah tempat yang membosankan. Barangkali juga mereka beranggapan ianya tempat untuk kanak-kanak sahaja. Tapi masing-masing punya pilihan bukan?

Aku agak gemar ke muzium. Ini merupakan kali kelima atau keempat aku ke Muzium Terengganu.



Ternyata muzium ini memang besar. Dari luar sahaja ternyata kebesaran muzium ini. Ada tiga atau empat tingkat di bangunan utama sahaja.



Di luar muzium juga, terdapat kolam ikan yang menarik. Agak jinak ikan di dalam kolam itu.



Ha, yang di bawah ini adalah tandas. Unik...




Ini adalah antara galeri yang ada di luar bangunan utama. Galeri ini menempatkan sejarah kehebatan pelayar Terengganu. Galeri ini terletak di tebing sungai Terengganu. Pemandangan dan rekabentuk galeri ini memang menakjubkan.




Bangunan ini menempatkan geleri Petronas. Sejarah Petronas, ada di sini.




Di kawasan muzium Terengganu ini juga, disediakan keretapi untuk melihat dan berlegar-legar di seluruh kawasan muzium. Di kawasan muzium Terengganu ini terdapat juga semacam mini zoo, kapal tradisi Terengganu dan rumah tradisi Terengganu. Caj keretapi ini pada tahun 2009 adalah RM1 untuk dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak.




Ini adalah kereta rasmi Menteri Besar Terengganu sehingga zaman Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad.




Ini pula adalah kereta Proton yang digunakan untuk mencari bahan dan sumber untuk ditempatkan di muzium Terengganu




p/s: Difahamkan, tiket masuk mulai 1 Januari 2010 adalah RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak, Kalau tak silap aku la.
p/s/s: Aku melawat muzium pada 2009, jadi tiketnya hanya RM2 dewasa, RM1 bagi kanak-kanak.
p/s/s/s: RM10 agak membebankan. Pasti semakin kurang orang melawat muzium Terengganu.... :-)

2 comments:

  1. ooo, i find it interesting to note that muzium terengganu mungkin one of the most beautiful museum in Malaysia, kalau bukan yg tercantik. Kitorg kat Ganu panggil muzium losong sbb terletak kat losong hj shapie kan? Fuh, pah ni tulislah plak pasal pulau wan man lak...

    ReplyDelete
  2. yup, muzium losong tu aku kira memang yang tercantik. juga yang terbesar.

    nanti aku buat post pasal pulau wan man

    ReplyDelete

Nak duit bila tinggalkan komen?

KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT