Lama aku tidak menggunakan mesin taip. Paling akhir seingat aku, semasa membuat laporan projek rekabentuk bagi subjek Pengajian Kejuruteraan Jentera sewaktu tingkatan lima di Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi 12 tahun yang lampau. Kalau diikutkan hati mahu saja aku menulis laporan itu menggunakan tangan, tapi masih segar kata dua Cikgu Maidin, "Siapa tulis tangan, markah pun standard tulis tangan jugalah".
Pada masa itu, ada juga rakan-rakan yang menulis menggunakan komputer, dan mereka dipandang sebagai manusia yang sangat hebat dan sangat kehadapan pengetahuan ilmunya.
Itu 12 tahun yang lalu. Kini, komputer menjadi satu pekara yang biasa. Ia tidak lagi dianggap sebagai kehandak, tetapi ia merupakan suatu keperluan. Ia memudahkan dan mempercepatkan proses kerja. Ia amat membantu di zaman dunia tanpa sempadan kini.
Namun, masih lagi ada manusia yang setia pada mesin taip. Tuan rumah aku misalnya, masih menggunakan mesin taip untuk memberi resit pembayaran sewa rumah.
Bila ditanya kenapa pakcik tak pakai komputer. Jawab beliau, beliau lebih selesa menggunakan mesin taip. Juga, beliau kurang mahir menggunakan komputer. Jawapan yang klise, secara tersurat. Tetapi, secara tersirat menaip memerlukan ketelitian. Kesilapan menaip bermaksud kau perlu membuang seminit masa kau untuk membetulkan kembali ejaannya.Ataupun kau perlu membuang kertas kau.
Ternyata pakcik itu memang teliti orangnya...
ko pon terkehadapan jam...harini baru 20hb tp ko tulis pd 24hb!
ReplyDeletesilap setting. hohohohoh
ReplyDelete