Aku sebenarnya tidak pasti sama ada hendak memboikot KFC atau tidak. Polemik ini muncul tatkala aku masih menuntut di peringkat pengajian tinggi. Mulanya aku seorang yang anti KFC. Tetapi, pensyarah aku dahulu memberitahu bahawa KFC Malaysia adalah anak syarikat JCorp yang mengamalkan konsep wakaf korporat. Berbahagi juga fikiran dan hati aku.
Tapi, aku fikir, sekali sekala boleh juga menikmati ayam gebu KFC. Barang sebulan atau dua bulan sekali.
Tetapi, aku harus fikir dua kali untuk memakan ayam KFC, kerana dikatakan ia mengandungi kalori yang tinggi. Hal ini sudah tentu mengganggu proses diet aku. Huhuhuhuhu.
Tapi, sebenarnya, kau harus tahu meneliti setiap jenis hidangan di KFC. Di mana-mana premis KFC, ada terpampang jumlah kalori setiap makanan dan minuman mereka.
Sebagai contoh, kalori drumstik original recipe adalah lebih rendah dari kalori peha original recipe. Kalori drumstik adalah 160kcal manakala peha adalah 287kcal.
Manakala, kalori bagi hot and spicy adalah lebih tinggi berbanding original resepi. Sebagai perbandingan bahagian peha. Bagi hot and spicy, kalorinya adalah 313kcal berbanding 287 bagi original recipe.
Bagi minuman pula, adalah lebih baik kau memilih pepsi max, kerana ia tiada kalori.
Owh ya, jika kau ingin kurus dengan kaedah psikologi, ada baiknya kau klik gambar di bawah ini.
Puasa adalah cara diet terbaik..
ReplyDeletese lagi, jika kao ke KFC jua untuk menelan ayam yang gebu itu, jangan kao minum air pepsi/coca cola nya. Kandungan Alkoholnya 6%. Lebih tinggi dari yang di benarkan.. dah hampir setaraf dgn kandungan alkohol dalam minum dlm kategori "yg memabukkan".