Lama tidak mengemaskini blog. Maaf semua, aku sibuk dengan projek BabyNeedsShop.
Hari ini ada sedikit kelapangan, kerana aku sedikit jaub dari pusat operasi BabyNeedsShop. Yeah!!
Sebetulnya, aku kini berada di Kelana Jaya, ada urusan kerja rasmi. Kelihatannya Kelana Jaya sedikit lengang dari tempat-tempat lain di Lembah Kelang. Tidak tahu kenapa, kerana aku jatinya bukan dari Lembah Kelang.
Agak sinonim aku kira antara Lembah Kelang dan kesesakan jalan raya. Bagai isi dengan kuku, bagai aur dengan tebing, hati kuman sama dicicah. (Sila abaikan peribahasa yang terakhir). Nak pergi kerja sesak, nak balik kerja sesak, nak berfoya-foya sesak, nak balik kampung - lagilah sesak.
Jarang sekali aku menempuh kesesakan di Lembah Kelang, kerana aku jatinya bukan dari Lembah Kelang. (Ulang ayat perenggan ketiga, kerana aku kehabisan idea). Tapi, terbaru, semalam aku menempuh perjalanan yang tidak menyenangkan dari tol Karak ke tol Gombak. Hingga aku merasakan lutut aku menjadi longgar.
Aku Tidak Mahu Tinggal Di Lembah Kelang!!!!
mmg jem ke En.Nizam? patut la mak saya lmbat sampai
ReplyDeletepergh! 3jam karak-gombak
ReplyDeletetukar kete gear auto bang.. ehehe
ReplyDeletedah pakai auto dah bang
ReplyDelete