Monday, February 14, 2011

Muzium Dungun

Lama dahulu awal tahun lepas aku ada menulis tentang Muzium Terengganu

Baru-baru ini (tak berapa baru juga sebenarnya) Muzium Dungun telah dibuka, dan aku berkesempatan mengunjungi.

Menarik, bila mana aku disambut mesra oleh pegawai muzium dan beliau menemani aku bersiar-siar di dalam muzium ini sambil menerangkan dengan terperinci mengenai Dungun. Telah banyak juga muzium aku pergi, dan ini pengalaman pertama aku ditemani oleh pegawai muzium tatkala melawat muzium!

Berikut, sedikit trivia mengenai Dungun
1- Bangunan Muzium Dungun asalnya adalah pejabat pegawai daerah Dungun pada zaman British. Pernah juga menjadi markas polis tentera Jepun.
2- Ada sekelompok penduduk asal Dungun berasal dari Indo-China, lebih tepat Vietnam. Ada juga sekelompok yang berasal dari Johor. Kau bayangkan Johor campur Vietnam. Pergh! Itu pasal la awek di Dungun cun. Hahahaha
3- Ada satu tempat di Dungun (aku terlupa tempatnya yang lebih tepat), dijumpai satu tapak arkeologi dipercayai kubur manusia pra-sejarah. Menarik lagi, manusia tersebut ditanam bersama dengan bekas yang berisi makanan.
4- Dungun pernah terkenal sebagai pengeluar bijih besi terbesar di dunia. Pada masa dahulu, orang Bukit Besi di Dungun dianggap sebagai orang yang mempunyai taraf hidup yang jauh lebih baik dari penduduk kawasan lain di Dungun.
5- Dungun pernah mempunyai pelabuhan dan rel keretapi semasa zaman perlombongan bijih besi.
6- Aku kira ada 9 perkataan "MUZIUM" dalam pos ini, tidak termasuk perkataan yang ditulis sebegini >>> "MUZIUM"

Ada sedikit gambar Muzium Dungun. Layan...









2 comments:

  1. "2- Ada sekelompok penduduk asal Dungun berasal dari Indo-China, lebih tepat Vietnam. Ada juga sekelompok yang berasal dari Johor. Kau bayangkan Johor campur Vietnam. Pergh! Itu pasal la awek di Dungun cun. Hahahaha"

    kalao kao nak tahu, sbb tulah aku pilih orang Dungun sebagai isteriku... hahaha.. bijak..bijak..

    ReplyDelete

Nak duit bila tinggalkan komen?

KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT