Sunday, March 13, 2011

Ikan Bakar Kuala Dungun

Dulu, tak berapa lama dulu, sekitar 2006, Kuala Dungun tiada apa-apa. Sunyi, tapi sangat tenang. Tapi di sebalik kesunyian itu, ada sebuah gerai ikan bakar yang buruk. Walaupun buruk, ikan bakar di kedai itu memang menakjubkan!

Kini, Kuala Dungun mengalami fasa transformasi. Lalu kedai itu dirobohkan untuk memberi laluan kepada transformasi itu. Lalu, wujudlah semacam medan ikan bakar kira-kira 200m dari lokasi kedai buruk itu. Tapi, tauke kedai buruk itu tidak kelihatan di medan ikan bakar yang baru...

Namun, medan ikan bakar itu aku fikir sangat menarik. Dengan susunan gerai yang teratur betul-betul di Muara Sungai Dungun memberikan satu tempat riadah yang baru di Dungun. Pada waktu petang kau boleh sekadar duduk-duduk sahaja di batu-batu besar di tepian muara. Manakala, malamnya kau boleh menikmati ikan bakar yang segar sambil angin muara bertiup nyaman.

Dengan adanya medan bakar ini, aku tidak perlu berfikir panjang untuk mengajak kawan-kawan yang datang dari jauh untuk makan-makan di Dungun.


Tapi, masih ada manusia yang kemproh. Cis! Takde sivik langsung!

6 comments:

  1. nnt aku gi sana jgn lupe bawak k...mmg plan nak ke ganu nak shoot sunrise!!~koretan

    ReplyDelete
  2. Aku suka design atap tu? Kenapa eh semua kat terengganu design atap dia begitu? Macam istana

    ReplyDelete
  3. owh, itu design kesukaan MB Terengganu barangkali. Huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  4. Tu atap rumah tradisional Terengganu, popular bagi Rumah Tele, dan juga Rumah Bujang Berselasar.Rasanya rekabentuk depan atap yang papannya melengkuk tu dipanggil peleh.

    ReplyDelete
  5. tq Awang,

    Info baru pada saya. :-)

    ReplyDelete

Nak duit bila tinggalkan komen?

KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT