Saturday, April 02, 2011

Masjid Kristal?

Tiba-tiba sahaja terfikir tatkala ini. Ketika menonton iklan "School Attack TV3" yang menyerang SK Padang Hiliran di Kuala Terengganu. Salah satu bahagian memaparkan para "School Invaders" keluar beramai-ramai dari Masjid Kristal.

Menjadi suatu budaya bahasa aku kira di Malaysia ini, jika sesebuah musolla itu dijadikan tempat untuk solat Jumaat, ia akan dinamakan masjid. Jika tidak, ia hanya dinamakan surau sahaja.

Sepengetahuan aku, Masjid Kristal tidak dijadikan lokasi menunaikan solat Jumaat. Barangkali Masjid Kristal sesuai dinamakan sebagai Surau Kristal. Atau, untuk lebih gampak seperti Surau Hj Daud di Dungun, boleh juga Surau Kristal itu boleh juga dinamakan sebagai Surau Abdullah Badawi. Amacam? Gempak tak?

Gambar kridit kepada http://terengganusatudestinasi.blogspot.com/

2 comments:

  1. Surau Vincent Tan aci dak?

    ReplyDelete
  2. orangkayabertaqwa3:10 PM, April 14, 2011

    apa kena mengenanya pakcik VT? setau aku patrick lim tu mungkin juga.. surau patrick starfish..hehehe...

    ReplyDelete

Nak duit bila tinggalkan komen?

KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT