Saturday, June 25, 2011

Jalan Tak Berpenghujung

Dulu, manusia tak tahu bumi ini bulat. Terdapat kengerian pada pelaut pada waktu dulu bahawa mereka akan terjerumus ke penghujung dunia jika tidak berhati-hati ketika belayar. Malah, kalau kau tengok Pirates of Caribbean: At Wold End, ada satu babak dimana kapal Black Pearl berada di penghujung dunia. Kapal itu terbalik "flip" apabila matahari terbenam.

Owh, lupakan cerita Jack Sparrow yang mabuk itu. Sebenarnya, aku ingin bercerita mengenai gambar di bawah, yang di ambil oleh Pn. Nurul tatkala kami pulang ke Johor baru-baru ini.



Kelihatan jalan di atas seperti tiada hujungnya. Dan, kiri kanan jalan dipenuhi pokok kelapa sawit. Amat tidak hairan jika kau menjumpai banyak pokok kelapa sawit di Johor, kerana Johor merupakan pengeluar minyak sawit terbesar di Malaysia. Sangat mudah rasanya untuk kau menjumpai pokok kelapa sawit di Johor, malah ada penduduk kampung yang lebih rela menanam pokok kelapa sawit di belakang rumah dari menanam pokok durian.

Pernah dulu semasa remaja, lewat tahun 90-an (aku dah tua ke sekarang?) motosikal aku pancit di tempat sebegini. Cuba menahan kereta, tapi haram, tiada yang berhenti. Menolak motosikal di laluan sebegitu amat mencabar ketahanan minda! Setelah terasa berputus asa, tiba-tiba berhenti sebuah van dipandu lelaki Cina  memberi pertolongan. Memang terbaik la Cina tu, hantar sampai depan rumah dan tanpa bayaran 60 hari courts!

Aku juga, 5 tahun dahulu semasa baru tiba di Terengganu, merasa teruja melihat Kertih yang bersinar pada waktu malam. Juga kagum dengan hasil karya Allah dengan pantai Dungun yang panjang  dengan laut kebiruan.

Itulah, lain padang, lain belalang. Nasib baik aku hanya di Terengganu. Kalau aku pergi Jerman ke, Chile ke, Zimbabwe ke, Bhutan ke pasti aku lagu kagum dengan apa yang ada di sana.

No comments:

Post a Comment

Nak duit bila tinggalkan komen?

KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT