Aku rasa, itu merupakan parkir yang satu-satunya seumpanya di Malaysia. Rasanya aku pernah melihat rekabentuk tempat letak kereta berkenaan di internet, di negara barat.
Tetapi, yang aku hairan, sistem parkir tersebut masih dikawal secara manual. Apabila kereta hendak masuk ke parkir berkenaan, akan ada petugas yang akan menunggu. Setelah kereta masuk dan pemandu serta penumpang keluar, butang ajaib akan ditekan oleh petugas untuk menaikkan kereta ke atas. Proses sama akan dilakukan untuk kereta seterusnya. Jika mahu keluar, pengguna harus menunggu beberapa ketika bagi membolehkan kereta diturunkan ke bawah.
Ermm...aku rasa agak leceh juga untuk parkir di bangunan berkenaan. Juga, cajnya lebih mahal sedikit berbanding parkir yang biasa.
Mahal dan leceh. Murah dan mudah. Mana satu kau pilih?
sebenarnya mesin parking boleh dioperate sendiri oleh tuan kereta, tetapi petugas diletakkan di situ kerana masih ramai yang x pandai menggunakannya..kalau baca ' instruction" kt situ semua boleh buat sendiri.
ReplyDelete