Tahun Baru Cina sudah lepas. Semalam. Hari ini aku mula kembali bekerja. Akan tetapi, memandangkan tiada kelas yang khusus pada hari ini, makanya aku hanya menjalankan tugas-tugas lain sebagai pencacai sahaja. Ada rakan yang sambung cuti hari ini dan esok, termasuklah juga bos aku.
Tahun ini, menurut kalender cina, merupakan tahun naga. Terbaca di akhbar arus perdana tempoh hari, dijangkakan akan berlaku peningkatan kelahiran bayi di Singapura, Hong Kong dan Taiwan. Menurut ibu-ibu yang mengandung itu, tahun naga ada ong yang lebih berbanding tahun lain. Ini kerana naga itu memperlihatkan kegagahan yang tersendiri berbanding arnab mahupun ular mahupun haiwan-haiwan lain dalam kalender cina.
Aku, orang melayu sering mengaitkan tahun baru cina dengan buah limau. Tak tahu kenapa. Agak sinonim aku rasa. Bukan antonim. Dulu, sewaktu menolong Abah meniaga buah-buahan, kami sering mengambil kesempatan atas permintaan ke atas buah oren yang amat banyak tatkala tahun baru cina. Menariknya, selain orang cina, orang melayu dan india juga berbondong-bondong membeli buah limau.
Juga, sesetengah orang menanti tahun baru cina bagi memperolehi buah limau percuma. Juga, masa raya cina juga perut kembung dengan buah limau. Aku meranjau di internet, terjumpa iklan ni. Dari Etiqa rasanya.
Menarik iklan ni, semua orang suka limau.
Tapi, lebih menarik apabila cerita Hindustan di tayangkan tatkala musim raya cina. Bukan saja raya cina, raya puasa pun dia orang tayang Hindustan. 1Malaysia, bak kata anak Tun Razak yang sulung itu. Ke udara sekarang di TV2, cerita Mann. Aku tak layan mana. Tapi Pn.Nurul seronok berguling-guling!
Jujur, hanya 2 cerita Hindustan yang menarik minat aku. Satu, 3 Idiots. Pengajaran yang aku dapat, kau jangan menghafal bila belajar kejuruteraan. Kau harus faham! Dua, aku tak ingat tajuknya. Tapi, ia mengenai semangat cikgu yang menghidap dyslexia membantu muridnya yang juga dyslexia. Sebenarnya, dipercayai juga Leonardo dan Vinci juga seorang dyslexia. Itu sebab orang buasa sukar memahami tulisan beliau yang digelar Da Vinci code!
Ok, cukup. Aku malas nak tulis. Banyak kerja nak diselesaikan. Hahahahaha. (Padahal dah takde idea)
No comments:
Post a Comment
Nak duit bila tinggalkan komen?
KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT