Wednesday, February 01, 2012

Selera Selatan

Hampir enam tahun duduk di Terengganu. Kadang-kala terasa sangat rindu untuk menikmati masakan Johor. Lontong, soto, mee rebus, mee bandung dan tempe antara makanan Johor yang menjadi kegemaran aku.

Sukar, memang terlalu sukar aku kira untuk mencari makanan Johor yang betul-betul mempunyai rasa 100 peratus rasa seperti di Johor. Mee rebus dan mee bandung di Terengganu, amat berlainan dengan mee rebus dan mee bandung di Johor. Juga tidak janggal untuk menikmati mee rebus pada waktu pagi di Johor.

Sama juga halnya dengan tempe. Tempe di Terengganu biasanya dibungkus dalam plastik. Tapi, di Johor kalau kau jual tempe dalam plastik, memang tak berapa laku. Hahahahahahaha. Tempe di Johor biasa dibungkus dengan sejenis daun (yang aku tak tahu daun apakah ia) dan surat khabar.

Manakala kebanyakan lontong yang di jual di Terengganu kebanyakkan tidak meletakkan tempe. Itu tidak menghairankan kerana tempe tidak sepopular kerepok lekor di Terengganu.

Mujur, ada kedai makan di Dungun ini menghidangkan 80 peratus masakan Johor. Dimiliki oleh pasangan suami isteri dari Negeri Sembilan dan Johor, boleh dikatakan ini merupakan dapur aku pada waktu sarapan dan makan tengahari tatkala bujang dahulu. Selera Selatan nama kedai ini diberi.


Kedai ini terletak betul-betul berhampiran Awie Metal, Shell dan Petronas baru di Alur Tempoyak.

Menu pagi di sini tidak menjual nasi dagang atau nasi kerabu atau nasi minyak. Sarapan pagi di sini menjual nasi lemak sambal ikan bilis ala johor (nasi dia memang terbaik, lemak dan banyak kalori, hahahahaha), soto, mee sup, mee rebus Johor, mee goreng, nasi goreng dan lontong. Kegemaran aku di kedai ni adalah mee rebus dia. Kalah mee rebus yang ada di Johor!



Juga, soto dan sup dia memang mencengkam. Kuah sup memang pekat. Makanan lain aku rasa biasa sahaja.


Lagi best kedai ni memang murah. Sepinggan nasi lemak telur dan teh o baru RM2.80. Tidak hairan ia menjadi tumpuan pelajar politeknik Dungun.


p/s: Aku masih mencari mee bandung Johor di Terengganu

4 comments:

  1. Saya pun teringin sgt nk rasa mee rebus johor tp dok jmpa lg kat trg ni. Tp ada beli paste mee rebus johor yg dijual di sabasun tp x buat2 lg takut x jadi..

    ReplyDelete
  2. try je yang paste tu. ikut instruction dia. boleh jadi, jgan risau. tak cuba, tak tahu!

    ReplyDelete
  3. @marinahunny: kalau tak jadi.. ambik kunci kete, start & jalan terus sampai ke plaza angsana skudai. berhenti kat medan selera, cari kedai "Mee Rebus Hj Wahid". insya allah terbaik.. mee rebus dgn kriuk..kriuk..nya. awesome!

    ReplyDelete
  4. knl kdai i.. siang td sy bru mkn di kdai ni,smabal belacan ye amat sedap..

    ReplyDelete

Nak duit bila tinggalkan komen?

KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT