JKM, dalam konteks ini adalah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Nampak macam sama, tapi kedua-duanya 180 darjah berbeza!
Manakala, PSMZA merujuk kepada Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, tempat kerja aku. Bukan poliklinik, bukan juga aiskrim polipop, jauh sekali dari Girls Generation K-Pop.
Macam biasa, aku akan merapu dahulu sebelum memulakan cerita.
Kisahnya, aku, bos kecil dan rakan-rakan menganjurkan pertandingan fotografi. Tujuannya sebetulnya adalah untuk mendapatkan stock photo bagi simpanan JKM (baca: Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, BUKAN Jabatan Kebajikan Masyarakat). Juga untuk mewujudkan satu logo rasmi jabatan bagi tujuan penjenamaan dan promosi kelak.
Pertandingan hanya terbuka kepada staf dan pelajar JKM PSMZA. Juga, syarat utama pertandingan fotografi adalah "gambar mesti di sekitar jajahan takluk JKM PSMZA"
Syarat-syarat lanjut boleh tengok di http://www.psmza.edu.my/jkm/photocontest/
Pertandingan, kalau nak diikutkan berlangsung dari 1 Mac - 15 Mac 2012. Akan tetapi, setakat ini masih belum lagi ada penyertaan mencipta logo, makanya pertandingan dilanjutkan hingga hujung bulan ini.
Di sini secara exclusive dipaparkan hadiah-hadiah yang ditawarkan.
PERTANDINGAN FOTOGRAFI
1.
Tempat pertama (x1) : Sijil + Hamper RM50 + Gambar dan
bingkai + Wang tunai RM100
2.
Tempat kedua (x1) : Sijil + Hamper RM40 + Gambar dan
bingkai + Wang tunai RM80
3.
Tempat ketiga (x1) : Sijil + Hamper RM30 + Gambar dan
bingkai + Wang tunai RM50
4.
Saguhati (x5) : Sijil + Hamper RM20
6.2
PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO
1.
Tempat pertama (x1) : Sijil + Hamper RM50 + Wang tunai
RM100
2.
Tempat kedua (x1) : Sijil + Hamper RM40 + Wang tunai
RM80
3.
Tempat ketiga (x1) : Sijil + Hamper RM30 + Wang tunai
RM50
4. Saguhati (x5) : Sijil
+ Hamper RM20Amacam? Lumayan tak boi? Nges nges nges
Kalau kau rasa kau layak menyertai, sila muat naik hasil karya kau di http://www.psmza.edu.my/jkm/photocontest/
No comments:
Post a Comment
Nak duit bila tinggalkan komen?
KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT