Friday, May 11, 2012

Bank Simpanan Nasional - Perbankan tanpa cawangan

Di Dungun, aku rasa sangat leceh untuk berurusan di Maybank, Bank Islam dan Bank Simpanan Nasional. Kawasan di situ agak berserabut dan susah untuk memakir kenderaan. Barangkali setaraf dengan keadaan di Kuala Lumpur. Hahahahah.

Kalau Maybank, aku selesa berurusan keluar masuk duit melalui Maybank2u. Manakala, Bank Islam, oleh kerana ia bank gaji aku, jadi, duit di situ akan tinggal RM8 menjelang 26hb tiap-tiap bulan. Jadi, ia banyak transaksi keluar dan tiada transaksi masuk. Hahahahahah

BSN paling leceh, sebab aku tiada akaun BSN. Cuma, terkadang perlu menggunakannya untuk mengirim duit kepada orang tersayang. Jadi, terpaksalah aku melecehkan diri mencelah-celah di dalam kesesakan bandar Dungun. Tambah leceh bilamana BSN tiada mesin masuk duit. Jadi, urusan masuk duit hanya boleh dibuat pada waktu bank beroperasi melalui kaunter.

Aku rasa, orang-orang besar di BSN memahami dan mengetahui masalah aku itu. Bukan masalah aku sorang sahaja, barangkali masalah ratusan ribu orang yang lain. Oleh itu, BSN telah memperkenalkan satu inisiatif yang sangat inovatif "perbankan tanpa cawangan".


Melalui sistem ini, aku tak perlu melecehkan diri untuk ke BSN. Cukup sekadar pergi ke kedai yang mempunyai papan tanda ini.


Paling terbaik pada aku, ada kedai yang mempunyai papan tanda ini di hadapan Politeknik Dungun.


Jadi, dengan hanya 500 langkah dari pejabat aku, aku boleh berurusan keluar masuk duit di BSN.

Tapi, kau harus pasti kedai itu adalah ejen BSN dengan melihat sijil ini.

Paling best di "cawangan BSN" ini, hanya makcik sahaja yang mengendalikan urusan. Ternyata makcik itu seorang yang celik teknologi.


Sangat best, bila urusan keluar masuk duit di "cawangan BSN" ini tidak dikenakan sebarang caj. Juga, duit yang dimasukkan terkemaskini pada masa sebenar, on-time.


p/s: Post ini tidak ditaja oleh BSN. Hahahahaha

No comments:

Post a Comment

Nak duit bila tinggalkan komen?

KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT