Monday, May 21, 2012

Nasi Ayam Buyong Corner

Di Dungun, tiada lapangan terbang. Tapi ada Jalan Lapangan Terbang. Jalan Lapangan Terbang itu merupakan jalan menuju ke UiTM Dungun dari jalan besar Kuala Terengganu - Kuantan.

Amat jarang sekali sebelum ini untuk aku makan tengahari di sekitar gerai-gerai Jalan Lapangan Terbang. Tak tahu kenapa. Barangkali kurang menarik. Barangkali juga ia bukan laluan ke politeknik ataupun bandar Dungun.

Tapi, tempoh hari dengan sengaja, pada suatu petang aku melalui Jalan Lapangan Terbang. Lalu terpandang gerai ini. Tapi, kelihatannya para pekerjanya sedang berkemas. Lalu, beberapa hari kemudian, aku memutuskan untuk makan tengahari di situ.



Menu utamanya adalah nasi ayam. Tapi, kedai ini juga menjual makanan yang ada kaitan dengan sup dan ayam. Antaranya mee sup dan rojak ayam. Kami memasan nasi ayam dan rojak. Sebetulnya, aku masih dalam misi mencari tempe dalam rojak di negeri Terengganu. Adakah kedai ini akan menamatkan misi aku itu? Kita tunggu sambungan post ini.





Hahahahaha.

Sambung kat sini je. Aku malas nak buat post lain.



Seperti dijangkakan, rojaknya tiada tempe. Rasanya bolehlah. Sedikit manis dan kurang pedas. Tapi, ayam dia memang banyak. Ayam lebih banyak dari tepung. Fuh!

Nasi ayam dia pula boleh tahan. Takla rasa ajinomoto dengan kicap je. Kuantiti memang banyak. Boleh tak makan 2 hari lepas makan kat sini. Hahahahahha


Tu dia, ayam bergantungan. Aku tengok mamat yang potong ayam tu tak berhenti dari mula aku masuk kedai, sampai aku keluar kedai.


Tapi, aku ada rahsia dengan mamat potong ayam ni. Hahahahahaha

Aku rasa, kedai ini menjadi pilihan pelajar. Tidak hairan kerana harganya murah, kuantiti banyak dan servis dia memang cepat.


Kalau kau di Dungun, dan sangat lapar, kau boleh ke kedai ini...

2 comments:

  1. kenape ko x try mee celup kedai tu,, sedap woo, nasi bubur lagi best,

    ReplyDelete
  2. yg dlm gmbr tu kdai baru. pernah gak mkn nasi ayam and rojak kat situ. Umah sewa aritu dekat je ngn kdai nasi ayam buyong yg lame. Jln kaki je pi situ. huhuhu

    ReplyDelete

Nak duit bila tinggalkan komen?

KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT