Aku tak pasti cara hendak ke Alai. Hanya berpandukan GPS, tiba-tiba aku sampai ke sini. Hahahahaha. Tapi, dapat digambarkan bahawa medan ikan bakar Alai terletak di pantai paya bakau. Jadi, lokasinya pada waktu malam sedikit berangin dan hangat.
Terdapat banyak gerai di medan ikan bakar Alai. Tapi, ada sahabat menyarankan aku ke kedai Hj. Musa.
Aku dan Pn. Nurul sampai ke sini kurang lebih jam 9 malam. Orang memang sangat ramai.
Kami pesan ikan siakap bakar dan sotong bakar. Oleh kerana tiada siakap yang kecil, kami balun siakap untuk makan 4 orang. Hahahaha.
Ikan bakar dia cicah dengan sambal kicap. Terangkat beb!
Tapi, pilihan ikan yang terhad walaupun jam baru 9 malam.
Alhamdullilah, kenyang malam tu. Aku rasa aku boleh pergi lagi kedai ini jika pekerja dan tauke ramah. Ini muka kelat. Tau la beb kau penat layan pelanggan. Tapi, orang nak hantar duit kat kau, senyum la sikit. Apahal pula nak jerkah orang?
Rasa masakan dia boleh tahan la juga. Tapi, aku pernah makan yang lebih sedap dari ini di Dungun. Tapi, sayangnya kedai itu sudah tutup. Hahahahaha
No comments:
Post a Comment
Nak duit bila tinggalkan komen?
KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT