Sepengetahuan aku, sangat banyak muzium di Melaka dan lokasi besejarah. Kerana waktu di Melaka ini yang terhad, aku bercadang untuk sekurang-kurangnya pergi ke satu muzium dan satu lokasi bersejarah.
Malam sebelumnya, aku dan Pn. Nurul tidur awal setelah kekenyangan menikmati ikan bakar di Alai. Esok paginya, kami keluar awal, seawal jam 8 untuk memulakan peluang menambah pengetahuan di Melaka.
Jam 8 pagi, suasana bandar Melaka tidak sibuk. Agak tenang. Cuma terkadang melihat sesetengah pemandu memandu sedikit laju. Barangkali sudah lewat ke pejabat! Hahahaha.
Oleh kerana masih awal, semua muzium masih tutup. Lalu, kami berjalan-jalan sahaja di luar muzium. Akan tetapi, sedang kami berjalan-jalan, terlihat sebuah bangunan ajaib. Bangunan itu merupakan kubu Melaka. Kubu Melaka merupakan salah satu bangunan dalam kota Melaka. Kedudukannya di Muara sungai Melaka membolehkan ia mengawal kapal yang masuk lalu lang ke dalam pelabuhan Melaka. Juga ia menjadi pertahan pertama Melaka dari serangan musuh dari laut.
Terdapat beberapa pelan kota Melaka yang dilukis sejak dari zaman penjajan Portugis, Belanda dan awal Inggeris dengan rekabentuk berbeza mengikut perkembangan semasa. Pelan di bawah ini dianggap tepat kerana ia dilukis oleh dua orang pelukis zaman Belanda dengan bentuk yang hampir serupa. Pelan kota ini dipadankan dengan pelan pada 1744 beserta tanda utama bangunan.
1512: Kota Melaka yang dibina oleh Portugis
1668: Kota Melaka berdiri gagah semasa pemerintahan Belanda.
1807: Kota melaka setelah dimusnahkan Inggeris. (Inggeris berniat untuk menawan kota Melaka bagi memusnahkannya. Ini bagi membolehkan pelabuhan Pulau Pinang dan Singapura berkembang)
2007: Ukuran keseluruhan Kubu Middelburg (Kubu Melaka)
Pelabuhan Melaka zaman Portugis
1660: Pelabuhan Melaka
Pertahanan Melaka: Pertahanan Melaka berkait rapat dengan Kota Melaka. Kota Melaka dijadikan kompleks pentadbiran dan juga perdagangan dan pertahanan Melaka. Portugis telah mempertingkatkan keselamatan dan pertahanannya dengan membina lapan buah kubu pertahanan dan semasa Belanda pula, sebuah lagi kubu pertahanan dibinia iaitu Kubu Middleburg.
Pasukan tentera yang besar bilangannya ditempatkan di atas Kubu Middleburg bersama dengan alat senjata dan meriam. Terdapat juga sebuag turet atau menara tinjau. Turet merupakan sebahagian daripada sistem pertahanan Kota melaka yang terdapat di rangkaian tembok Kota Melaka.
Dengan itu, keselamatan Kota Melaka, pelabuhan Melaka, Sungai Melaka dan Bandar Melaka dapat dipantau dengan mudah oleh pasukan tentera yang ditempatkan di atas Kubu Middleburg. Dengan sistem keselamatn yang amat kukuh yang dinina oleh belanda dari 1641 hingga 1784 setiap serangan dapat dipatahkan. Justeru, sistem pertahanan Belanda di Melaka amat kukuh dan berjaya mengawal sebarang percubaan untuk menawannya.
1563: Serangan tentera Aceh ke atas Kota Melaka (Portugis)
Kota Melaka (Portugis) diserang Aceh
Kota Melaka (Portugis) diserang oleh tentera Belanda. (Pada masa yang sama, tentera Johor menyerang dari darat)
Tentera Belanda mendarat di Melaka (Dipercayai pada tahun 1641, setelah berdekad lamanya cuba untuk menawan)
1744: Kota Melaka semasa pemerintahan Belanda.
No comments:
Post a Comment
Nak duit bila tinggalkan komen?
KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT