Terima kasih DS Najib kerana mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia. Saya sayang DS Najib. Tapi undi belum tentu lagi ya. Sebab undi itu rahsia! Hahahahaha
Skeptikal. Ramai beranggapan bahawa barang KR1M tidak berkualiti. Barangkali terpengaruh dengan pendedahan Tony Phua dan Nurul Izzah lama dahulu. Aku yakin bahawa ada bahagian yang didedahkan oleh dua orang MP PKR itu ada benarnya. Tapi, pada aku masih banyak lagi barang lain di KR1M yang berkualiti.
Aku melihat KR1M dari sudut pandang pelanggan. Pada hemat aku, adalah adil untuk kita membayar kurang pada kualiti yang kurang sedikit. Aku sempat sambar beberapa barang di KR1M ni. Antaranya, sabun basuh, tisu, kurma dan berus gigi. Jujur, aku sangat berpuas hati dengan kualiti kurma dan tisunya. Murah. Tetapi jauh lebih berkualiti dari yang ada di pasaran.
Selain itu, ada juga rakan yang mengatakan bahawa susu pekat di KR1M mempunyai kualiti yang baik dari yang ada di pasaran. Yang paling tak berkualiti pada aku dia punya minuman coklat. Kalau nak dibanding dengan Milo atau Radix Koko memang macam langit dengan bumi. Warnanya nampak pekat, tapi rasa cair. Hahahahaha. Tapi okey la kan. Harga dia memang jauh lebih murah dari Milo.
Paling memikat di sini, layanan stafnya. Setiap kali kita masuk atau keluar sekuntum senyuman dan ucapan selamat diberikan.
Jadi, pada aku, kau jangan dengar sangat apa kata orang tentang KR1M. Pergi dahulu dengan meninggalkan skeptikal kau di dalam longkang.
Saya harap barangan kedai 1Malaysia ni turut dijual di kedai runcit biasa, atau kedai TUKAR. Baru semua orang dapat manfaat. Kalu setakat jual di kedai dia je, orang kampung macam kami ni tak dapat manfaat je.. huk3..
ReplyDeleteDah pergi ke kedai 1 Malaysia kat kampung batu tiong, sebelah pulau serai Dungun, ade uncle Bob!!!
ReplyDeletebtw, mmg murah barangan kat sana...org kampung banyak membeli. layanan staff amat mesra..senyum sokmo.
Barang tak complete. So i shopping kat lain
ReplyDelete