Ahhh...lama tak menulis. Ada beberapa projek diusahakan. Antaranya projek http://babyneeds.my/. Walaupun buta IT, namun, berjaya juga aku siapkan shopping cart tu! Hahahaha
Juga ada beberapa teknologi sedang aku tekuni. Antaranya hal berkaitan FB Ads. Jika aku rajin dan berkesempatan, akan aku kongsikan di sini. Owh ya, banyak ujikaji FB Ads aku diaplikasikan di https://www.facebook.com/BabyNeedsShop
Tapi, entah mengapa aku bersemangat untuk menulis kembali setelah memberi kursus membuat blog untuk penghuni asrama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam (PERKAYA) Marang Terengganu. Sebetulnya, aku bukanlah otai dalam bidang ini. Tahu sikit-sikit je. Standard orang kampung.
Memandangkan aku calon bidan terjun untuk kursus membuat blog itu, tidak banyak persediaan yang dapat dilakukan. Nota pun takde. Semua stok dalam otak aku.
Bagi kursus ini, aku menggunakan platform Blogger/Blogspot. Pada asalnya, selain belajar buat blog menggunakan Blogger/Blogspot, aku nak juga ajar budak-budak tingkatan empat tu Nuffnag, ChurpChurp dan Says.my.
Tapi, jujur, aku sangat terkejut dengan perubahan teknologi. Dalam kepala aku, teknologi blogging masih pada tahap dua tahun lepas. Aku agak terkejut bila explore dan study untuk persedian kursus ini.
Antaranya perubahan tersebut
1- Blogger/Blogspot hanya menerima akaun Gmail sahaja.
2- Bila daftar Gmail, kena masukkan no telefon. Kemudian, verification code akan dihantar ke telefon dan kena verify supaya Gmail kita boleh guna. Barangkali Gmail cuba memastikan pemunya emel adalah manusia, bukan robot. Juga, setelah aku bertanya En. Google, setiap satu no telefon, boleh verify 15-20 Gmail.
3- Says.my dah takde income ke? Dah macam laman sosial aku tengok. Takde dah rasanya satu klik 20sen. Haiyh!
4- Nuffnag layout baru. Dan tetiba ada RM64 dalam Nuffnag aku. Terus aku klik "Cash Out"! Hahahaha
5- Churp Churp tetap cool. Masih ada lagi satu klik 20sen. Layoutnya pun berubah, tapi aku masih boleh faham lagi.
Akan tetapi, dalam banyak keadaan, apa yang dirancang tidak semestinya terjadi. Begitu juga dengan kursus blog ini. Ada beberapa masalah yang timbul semasa kursus blog ini berjalan.
1- Banyak blog yang budak-budak buat di"unpublished" kerana disyaki blog spam. Aku pula mensyaki perkara tersebut terjadi kerana aktiviti membuat blog yang banyak pada IP yang hampir sama menyebabkan Blogspot curiga.
2- Ada budak-budak yang buat sehigga empat blog, tapi semua di "Unpublished". Kasihan. Ini menyebabkan moral dan semangat mereka untuk belajar jatuh mendadak.
Akan tetapi, 35 pelajar, berjaya juga 14 orang menyiapkan satu blog dengan satu entry. Hebat!
http://sekarangkinidanselaman.blogspot.com/
http://hatikui.blogspot.com/
http://ieyfarid95.blogspot.com/
http://harishamizan.blogspot.com/
http://gopaaa.blogspot.com/
http://nuyueammyrah.blogspot.com/
http://amirklate.blogspot.com/
http://aniqkaye.blogspot.com/
http://yaallahbantulahaku.blogspot.com/
http://jambubo.blogspot.com/
http://niezalimanperkayahostel.blogspot.com/
http://syazwanq.blogspot.com/
http://telukmenare.blogspot.com/
http://hensem-dilarang-masuk.blogspot.com/ <<< Ini aku punya!
Semoga, blog di atas berjaya dikemaskini secara berkala!
hehe.. Ade jugak nama blog AmerKlate.
ReplyDeleteKenapa laa kalau orang kelantan nie suka sangat letak prefix negeri dia kat nama??
Even kat kereta pon, plat wilayah tapi ade jata kelate kat sebelah.
hehe.. Ade jugak nama blog AmerKlate.
ReplyDeleteKenapa laa kalau orang kelantan nie suka sangat letak prefix negeri dia kat nama??
Even kat kereta pon, plat wilayah tapi ade jata kelate kat sebelah.