Aku kurang membaca buku sekarang. Tablet sangap candu dari buku. Menyelak halaman muka buka lebih khayal dari menyelak halaman buku bercetak. Jadi, buku ini hampir 4 bulan untuk dihabiskan! Owh!
Buka kerana buku ini tidak menarik, tetapi, tablet dan muka buku boleh membuatkan aku ketagih! Oleh itu, antara azam tahun baru aku adalah untuk mengurangkan penggunaan tablet dan membuka muka buku. Tapi, setelah 3 minggu tahun 2014, masih belum berjaya. Ialah, mananya tak berjaya, aku ada juga meniaga melalui muka buku! Nampaknya kena ubah strategi niaga lepas ni, kurangkan muka buka, jaga pelanggan lama dan buka saluran selain saluran muka buku.
Nampaknya, kau masih setia membaca post ini walaupun aku belum masuk isi yang sebenar. Dua perenggan di atas dan dua ayat perenggan ini masih lagi merapu. Hohohoho. Sebenarnya, aku ingin ulas buku ini. Condol Pulut Santan Lebih.
Memang tajuknya sangat menggamit. Kerana aku biasanya menilai buku dari luarannya. Luaran dan tajuk buku seumpama magnet menarik aku untuk membeli sesebuah buku.
Buku ini sangat sesuai untuk orang yang nak kahwin, orang yang baru kahwin dan orang yang dah lama kahwin. Penulisnya, Abd Jalil Ali menulis berdasarkan kapasiti beliau sebagai "orang lama" dalam hal ehwal berumah tangga. Dengan pengalaman beliau sebagai orang surat khabar, penulisan beliau amat ringkas, mudah difahami, santai dan sedikit lucu.
Buku ini ditulis mengikut bab. Tapi, setiap bab tidaklah terlalu "rigid". Setiap bab santai, umpama cerpen. Dan setiap bab memaparkan kisah berlainan. Jadi, tiada masalah jika kau mula membaca dari bab yang terakhir.
Buku yang berbaloi untuk dimiliki!
No comments:
Post a Comment
Nak duit bila tinggalkan komen?
KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT