Friday, January 10, 2014

Jika Sayangi Dungun, Sila Bayar Parkir

Beberapa bulan selepas PRU13 yang lalu, Majlis Perbandaran Dungun (MPD) terus melaksanakan sistem parkir berbayar. Tidak tahu sebab apa. Barangkali kerana penghasilan MPD yang kurang berbanding ongkos yang perlu dikeluarkan. Barangkali untuk membiayai Jalan Yahya Ahmad yang tak siap-siap. Atau barangkali  kecewa kerana Pas menang bersih di Bandar Dungun. Hohohohoho



Menariknya, parking berbayar ini tidaklah menyeluruh di seluruh tempat. Aku perasan ia kedapatan di Pak Sabah (kawasan bank), Sura Gate (Mydin, Kamdar), di pasar buah dan Tabung Haji.

Tapi, agak hairan kerana tiada sistem parkir berbayar di Kuala Dungun dan sekitar pasar. Barangkali kawasan itu tidak dianggap sebagai bandar Dungun.



Caj parkir minimum 30sen untuk maksimum 30minit. Ini bermaksud kalau kau nak parkir selama 2 minit sahaja, kau perlu juga membayar 30sen. Caj seterusnya adalah 10 sen bagi 10 minit.

Aku rasa ramai waga Dungun tidak gemar dengan perlaksanan parkir berbayar ini, termasuklah aku. Tapi, pada masa yang sama, aku suka memasukkan duit ke dalam alat ajaib berwarna biru bertiang kuning itu. Ia menjadi tabiat. Sama macam tabiat sesetengah orang yang suka membuang sampah keluar dari kenderaan!


3 comments:

  1. Hensem tauke parking. haha..

    ReplyDelete
  2. dila pun x brape suke sangat parking d d'gate tu.. 30sen baru nak terima.. demand sangat ok.. daripada buat parking berbayar, lebih baik, perbaiki sistem parking.. jalan asyik jamm.. yer dop??

    ReplyDelete
  3. @Asrul
    Ala, titew bese bese je.......
    Hahahahaha

    @Adilla,
    Takyah sistem parking lagi senang. Hhuuhuhu. Jalan sura gate tu kena setelkan dulu kot.

    ReplyDelete

Nak duit bila tinggalkan komen?

KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT