Dulu, masa aku sekolah rendah, sekitar akhir 80an tiada istilah iPad. Bukan sahaja iPad, telefon di rumah juga adalah sesuatu yang janggal. Hanya orang yang agak mewah sahaja memiliki telefon di rumah. Pada masa itu, tak pernah terfikir apakah keperluan telefon. Akal kecil aku pada waktu itu merasakan seseorang itu adalah bangang kerana memiliki telefon di rumah. Dia nak buat apa dengan telefon tersebut?
Masa senggang aku pada masa itu tidak hanya terperuk di rumah. Walaupun sejak azalinya aku seorang yang pendiam, ia tidak membuatkan aku hanya memerap di rumah. Boleh jadi bosan. Boleh jadi bingung jika tiada apa yang perlu dilakukan di rumah.
Aku memulakan persekolahan di Sarawak. Kami sekeluarga menetap di kem askar, kuartes kelamin. Di tepi kuartes itu, ada padang yang sederhana luas. Boleh dikatakan setiap petang aku main "rounders" di situ. "Rounders" ini sejenis permainan seperti bola lisut. Cuma, kayunya boleh jadi apa-apa sahaja benda keras dan leper. Manakala bolanya adalah bola tenis. Walaupun pasukan aku sering tewas dan menjadi belasahan, aku tetap tidak serik untuk bermain setiap petang.
Kalau sudah merasa puas menjadi mangsa belasahan "rounders" sesekali aku bermain layang-layang. Lidi penyapu, kertas surat khabar dan benang sudah cukup untuk kehidupan petang aku lebih seronok.
Adakalanya, aku turut menyertai kanak-kanak yang lebih tua bermain perang-perang. Batang kayu, penyepit baju, paku, getah dan tali pinggang lama sudah cukup untuk menjadi selaras senapang. Aku tak pernah membuat senapang itu. Atas ihsan kanak-kanak yang lebih tua itu aku boleh menyertai platun mereka. Dengan syarat, aku mengutip kembali guli yang dijadikan peluru.
Pada waktu rehat sekolah, memandang aku ketua darjah, maka sering aku menghasut rakan-rakan sekelas untuk lawan pemadam. Ataupun bermain kad dengan pelbagai kaedah permainan.
Kemudian, kami sekeluarga berpindah kembali ke Semenanjung. Tinggal di Johor Bahru, bandar besar. Suasana berbeza dengan Sarawak. Namun, ia tidak menghalang aku untuk melakukan pelbagai aktiviti petang.
Biasanya, aku akan berjalan di lorong-lorong belakang kedai. Menyelongkar tong sampah untuk mencari setem terpakai. Kalau ada pekedai yang baik, mereka akan menyimpan dan memberi setem untuk aku jika aku lalu di belakang kedai mereka. Pada waktu itu, tidaklah mak bapa aku risau pasal penculikan atau kes jenayah. Cuma, aku sering risau dengan anjing. Boleh dikatakan sebulan sekali pasti aku di kejar anjing. Cis!
Di sini juga selain lawan pemadam, aku mula belajar main ceper. Juga, permainan menguji minda seperti dam haji, catur, SOS dan pangkah bulat.
Tapi, suasana di sekolah kurang menyenangkan. Kami, anak tentera sering dipandang seperti second class citizen. Biasanya golongan kami kurang cerdik dan agak pasif. Berbanding dengan anak-anak profesional yang kelihatan cerdik dan berkeyakinan.
Bapa aku bersara tentera, lalu kami sekeluarga memulakan kehidupan di Bandar Tenggara. Aku darjah 4 rasanya. Pada masa itu, aktiviti peleseran aku mulai mengurang. Tiada lagi aktiviti petang kerana aku perlu bersekolah agama pada waktu petang. Pada hujung minggu pula aku akan samada menolong bapa aku berniaga di Pasar Tani atau di kebun.
Owh, jauh rupanya aku melalut. Sampai ke laut. Tahniah kepada kau kerana membaca sehingga perenggan ini. Hahahaha
Cerita sebenarnya adalah mengenai gambar di atas. Gambar Pn. Nurul bermain congkak dengan anak saudara beliau. Aku kurang cekap bermain congkak. Aku tidak ingat bila kali terakhir aku bermain congkak sehingga aku berkahwin dengan Pn. Nurul. Beliau yang mengingatkan aku tentang cara bermain congkak.
Masa aku kecil dahulu, kerap juga aku lihat kanak-kanak perempuan bermain congkak atau batu seremban. Tapi, aku rasa kini semua permainan yang aku cerita di atas sudah lapuk dek hujan, dah lekang dek panas.
Kanak-kanak sekarang lebih seronok bermain dengan tablet atau telefon pintar. Mereka boleh diam bila menghadapnya. Tapi, mereka jadi pelik bila berhadapan kehidupan sebenar. Mereka merasakan kehidupan itu mudah, semudah swipe di tablet. Mereka mahukan respon pantas, sepantas respon telefon pintar bila di tekan.
Tapi, masalah ini bukan hanya kanak-kanak yang menghadapi. Malah, orang dewasa!
▼
Tuesday, April 29, 2014
Monday, April 28, 2014
Rayuan 2014
Sudah lama aku tak membaca rayuan pelajar pada kertas jawapan peperiksaan akhir semester. Dulu tahun 2009 dan 2010 aku pernah menulis mengenainya.
Sejak itu, aku kerap pesan kepada pelajar aku supaya tidak menulis rayuan pada kertas peperiksan akhir semester. Tapi, entah macam mana, pada semester ini, aku terlupa! Inilah hasilnya...
Salam kepada pemeriksa kertas plat technology ini, saya mohon jasa baik tuan/puan agar memberikan saya lulus untuk kursus JJ618 ini. Ini merupakan sem last saya di PSMZA. Saya harap dengan jasa baik tuan/puan dapat membantu saya. Terima kasih.
Cik tolong lah beri saya lulus. Saya dah sem lah nie.
Harap cik Nizam tolong saya cik. Kerja sama cik amat saya hargai. Ni je last subjek saya cik. Subjek lain dah lulus.
Saya dah cuba sedaya upaya, harap cik dapat membantu saya.
Dulu, mungkin aku agak marah bila membaca rayuan ini. Tapi, sekarang, memandangkan usia dah meningkat, aku hanya tersenyum membaca rayuan-rayuan tersebut. Pada aku kini, ini merupakan last resort atas usaha pelajar tersebut.
Namun, mengikut pengalaman aku, pelajar yang membuat rayuan sebegini adalah pelajar yang sederhana. Beliau boleh lulus, tapi tidak mempunyai keyakinan bahawa mereka boleh lulus. Pelajar yang lemah biasanya akan bersedia dan redha dengan kegagalan. Manakala pelajar yang cemerlang, sudah tentu sudah yakin mereka boleh lulus!
Seperti biasa, sama seperti semester-semester sebelum ini, akan ada pelajar yang gagal. Itu normal pada aku. Aku tidak mengatakan pelajar yang gagal itu bodoh. Tapi, mereka belum mencapai tahap piawai untuk lulus. Pada semester ini lebih kurang 8% pelajar aku gagal dengan markah bawah 50%. Manakala lebih kurang 4% mendapat A dengan markah lebih 80%. Purata markah keseluruhan lebih kurang 60%, dalam julat B-.
Setelah diselidiki, beberapa sebab pelajar gagal.
1- Tidak menghantar Case Study dan tidak membuat Ujian. Ini faktor pelajar itu sendiri. Malas. Kebayakan pelajar yang gagal berada dalam kategori ini.
2- Tidak dapat menjawab Ujian dan Peperiksaan Akhir dengan baik. Pelajar yang gagal aku rasa jenis pelajar Auditory. Kaedah pengajaran aku banyak menerapkan kaedah visual dan kinestetik. Aku masih belum mahir kaedah Auditory, kerana aku secara normanya adalah seorang yang visual dan kinestetik. Pelajar perempuan biasanya Auditory. Dan, pelajar perempuan jarang cemerlang dalam kelas aku. Ini bukan masalah ketidaksamaan gender. Tapi, masalah aku yang belum mengusai kemahiran pedagogi kinestetik.
Apa-apa pun, tahniah kepada pelajar aku yang lulus. Yang gagal, boleh cuba lagi. Tapi, jangan sampai 3 kali cuba. Kalau tak, kau boleh mengucapkan selamat tinggal kepada PSMZA tanpa diploma!

Wednesday, April 23, 2014
Kaedah Terampuh Memotivasikan Penulis Blog
Aku jadi pemalas sekarang. Malas menulis blog. Sindrom ini telah berlarutan beberapa lama. Aku kira 2 tahun.
Ia semacam yoyo. Ada kala sebulan berterusan aku menulis. Kemudian menyepi tiga bulan berikutnya! Hohohoho
Barangkali bukan kerana malas. Mungkin sebab tiada idea. Ia terjadi sebab aku kurang membaca sekarang akibat pengaruh smartphone dan tablet. Ya, membaca ternyata kaedah ampuh untuk memberi idea penulisan.
Juga, kebelakang ini, aku rasa hidup aku menjadi statik. Terasa semacam robot. Pergi kerja. Balik kerja. Balik kampung. Kitaran yang sama seminggu. Selama ini memang tak sedar. Tapi, dua tiga hari lepas terfikir semasa mendaki Bukit Bauk. Aku rasa setahun dah kot macam ni. Jadi, aku perlu menjalankan beberapa projek tahun ini untuk membuatkan hidup aku lebih dinamik! Berita baiknya, antara projek itu akan bermula esok!
Ketiganya, aku semakin kurang bergaul. Ialah, kembali ke perenggan di atas, hidup aku semacam robot. Jadi selepas ni aku akan kerap ke Bengkel Kimpalan untuk bersenda gurau! Hahahahaha.
Tapi, sebenarnya, yang paling memotivasikan aku untuk menulis adalah kerana komen ini.

Terharu aku membaca komen tersebut. Ini merupakan salah seorang dari 140 juta pembaca blog aku. Hanya seorang sahaja yang berani bersuara. Lagi 139,999,999 takde teloq. Hohohohoho
p/s: Semua di atas adalah benar. Cuma angka 140 dan 139,999,999 tu penipuan semata-mata. :-p